Salam.
Pagi tadi lepas subuh, aku keluar dari pantai sekejap  sebab barang-barang tesco belum beli lagi. Aku meredah pagi dengan kirin  yang sama-sama tidur dalam bilik imah malam tadi. Sebelum pulang sempat  juga menyakat imah yang tinggal sengsorang dalam bilik itu.
Selepas  pulang dari tesco perut terasa amat lapar.  Aku tengok roti burger ada 5  ketul.  Sardin pun ada dua tin.  Maka aku pun teringat akan resepi dari  
cik mimi semasa aku  merayau-rayau ke rumahnya tempoh hari. Bermulalah projek aku.   Buat..snap.  Buat....snap.  Memang rancangan aku untuk main masak-masak  bersama kengkawan hari ini.

Cik mimi namakan roti ni roti sadin.  Aku namakan Bun Sardeen.  Biar bunyi gempak.
Barang yang diperlukan:
A.
bun burger
B (inti)
1 tin kecil sardin dihancurkan
bawang besar sebiji dipotong dadu
1/2 biji buah tomato dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris kecil
sedikit daun sup/bawang dihiris
perahan sebiji limau kasturi
sedikit garam
C.
Sebiji atau dua biji telur dikocok.
.
.
.
.
Campurkan bahan A, masak sebentar di dalam kuali.  Angkat dan biarkan sejuk.

Bun burger dipotong dua.  Belah tengah tetapi jangan putus.

Masukkan inti tadi.  (Boleh juga dipelbagaikan inti ini.  Ikut suka dan selera masing-masing)

Panaskan  sedikit majerin di dalam kuali leper yang tidak melekat.  Celup  permukaan roti yang dibubuh inti tadi ke dalam telur dan letakkan ke  dalam majerin yang telah panas. Apabila sudah masak, goreng pula sebelah  atas dan bawah roti.

Sekian.   Sedia untuk dinikmati bersama sos cili, mayonis atau apa saja sos  kegemaran anda. Boleh dimakan begitu saja ataupun dengan fries, salad  dan sup cendawan.
