Monday, March 28, 2011

Kerang Rendang

Bagi anak-anak yang sukakan sedikit kelainan, di sini mak ajar bagaimana membuat kerang rendang.



Bahan:
A
2 kilo kerang.  Dicuci, rebus dan keluarkan isi.
Daun kunyit dihiris
 B
Santan pekat daripada satu biji kelapa.
Setengah inci lengkuas diketuk
Setengah inci halia diketuk
2 batang serai diketuk
3 ulas bawang putih diketuk
5 ulas bawang merah dihiris nipis

2 sudu kerisik
Cili api mengikut kepedasan (kalau tak suka pedas, cukup 10 biji sahaja)
Kunyit serbuk adabi

Cara:
Masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Biarkan hingga mendidih dan kuah agak pekat.  Kacau selalu supaya santan tidak pecah.  Masukkan bahan A. Rasakan garam dan masak hingga kuah pekat.


kakpah

Sunday, March 27, 2011

Ais Krim Goreng

Mudah membuatnya.

Bahan-bahan yang mesti ada:


Lihat gambar di atas:
Roti, botol penyembur tu , cutter dan semestinya aiskrim.

Macamana nak buat?

Mula-mula ambil dua keping roti. Penyek-penyekkan sikit.  Kemudian semburkan sedikit air di atas permukaan roti.  Sekali sembur saja.  Jangan sampai basah kuyup pula.






Kemudian ambil satu scoop aiskrim.  Letakkan di atas sekeping roti tadi, betul-betul di tengah. Roti yang sekeping lagi tu, tangkupkan ke atasnya.



Tekan sedikit di sekeliling roti.





Ambil cutter, tekan sekuat-kuat hati (haha) sehingga roti terpotong seperti di bawah.



Okay, siap.  Buatlah beberapa keping mengikut selera masing-masing.
Masukkan ke dalam bekas dan simpan di freezer selama tiga jam. Kalau dah tak menyempat nak makan, boleh juga digoreng tapi aiskrim akan cair. Jadi, ikut cakap sifu.  Simpan 3 jam dalam freezer atau lebih.

Bila hendak makan, panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam. ( Aiskrim yang makcik goreng tu tak tenggelam sebab minyak tak cukup).  Bila minyak sudah panas, keluarkan aiskrim tadi dari freezer.  Goreng sekejap sahaja sampai bewarna kekuningan.





  Siap!!!  jom makan.. sila.. sila..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...