Nenda wat per tu.., tanya sikecil yang sama-sama sibuk di dapur.
I want to make some cookies, jawab aku.
Aish nak enyok, sambil kakinya terjengket-jengket di tepi kaunter dapur untuk melihat dulang yang telah aku isi dengan adunan untuk dibakar.
You grow taller fast, dan aku dukung dia untuk melihat apa yang aku telah buat. Suka sangat dia bila kena dukung. Padahal lengan aku ni macam dah tak terlarat untuk menampung badannya yang montel.
Aish nak!!..
I havent baked it yet. You have to wait.
Dan dia menunggu sehinggalah aku siap membakar beberapa trays.
Memang dia suka makan choc chips. Yang rajin membuat choc chips ni maklangnya. Aku, jarang sekali. tetapi bila melihat chocolate chips famous amos di beberapa dapur yang aku skodeng, maka keinginan nak mencubanya meluap-luap.
Aku ambil resepi ini dari dapur
diana yang mengambilnya dari dapur
ct delima yang diambil pula daripada
Nadz cute oven. Nadz pula mengambilnya daripada
mr. Namie. Ohhh.. panjangnya asal usul. Terima kasihlah kerana asal usul yang panjang inilah yang menyebabkan dapur dan seluruh rumah harum semerbak bau cookies.
Resepi di c&p dari dapur
diana.
Bahan² Diayak
280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 tbsp susu tepung
Secubit garam
Bahan² Lain
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang ) _ Diana bubuh gajus cincang . Bundo bubuh badam cincang.
Kismis _ Optional ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa ) _ Diana tak bubuh. Bundo pun tak bubuh.
Cara²
- Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
- Masukkan kuning telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
- Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
- Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
- Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
- PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
- Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
- Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Dah masyak ke nenda. Aish nak... Tangannya cepat saja mencapai chips yang masih belum berapa sejuk.
Hot.. Tunggu syijuk dulu ye nenda?. Dia menarik balik tangan comelnya bila tersentuh dengan cookies yang masih terasa panas.
Dulu masa anak-anak aku masih kecil, cepat je tangan aku nak
membabab tangan kecik yang mencapai sana mencapai sini. Tapi bila anak
kecil itu bernama cucu, hati menjadi lembik bagai agar-agar.
ibundo