Salam.
Tangan mak aku sejuk. Macam tulah orang cakap bila tanam semua menjadi.
Tanam cili buahnya sampai orang datang beli. Makan sendiri tak habis. Jual tak cukup.
Tanam terung telunjuk buahnya berjuntai-juntai. Sampaikan melambak-lambak atas tanah sebab tak terlarat nak makan terung selalu.
Tanamlah apa saja. Mesti tak menghampakan.
Begitulah.
Tak seperti tangan aku.
Tanam cili tumbuh ranting.
Tanam bende buahnya mengerekot macam tak cukup bitamin.
Tanam tomato jangankan nak berbuah, hidup pun tidak.
Mereka kata tangan aku panas.
Entah iya entah tidak. Di mana kebenarannya tidaklah aku pasti. Tapi kalau mengikut logik aku, tanah tempat aku tanam semua tu macam tak cukup baja.
Mak aku dulu selalu masak terung telunjuk ( ada orang panggil terung melayu) goreng cili api campur ikan bilis. Berpinggan-pinggan nasi aku makan. Mungkin sebab dari kecil selalu makan terung, ia menjadi sayur kegemaran aku. Tak kiralah terung apa.
Resepi terung bilis goreng pedas ni senang saja.
Bahan:
4 biji terung panjang dibelah dua dan potong
2 genggam ikan bilis dibersihkan, rendam dan tumbuk kasar
8 biji bawang kecil ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
20 biji cili api di tumbuk atau diblender
4 biji cili api di potong dua
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil serbuk stok ikan bilis
garam secukupnya
1. Bilis digoreng garing. Ketepikan.
2. Terung digoreng sehingga masak. Ketepikan.
3. Kurangkan minyak dikuali. Tumis bahan tumbuk hingga masak dan wangi.
4. Masukkan cili api. Goreng garing.
5. Tambah garam, stok ikan bilis dan cuka.
6. Sebelum padamkan api, masukkan terung dan ikan bilis goreng.
7. Padam api segera untuk pastikan ikan bilis kekal rangup.
Bagi mereka yang tidak gemar makan terung, mereka adalah orang yang rugi ahakss..
Sekian.
ibundo
Showing posts with label SAMBAL. Show all posts

Wednesday, October 16, 2013
Wednesday, July 3, 2013
Sambal tempoyak goreng
Selalu kalau nak makan sambal tempoyak, bundo gaul aje tempoyak dengan cili api yang telah ditumbuk halus. Makan dengan ulam petai. Pergh..
Kalau memang dah hantu tempoyak, lauk lain tak ada pun tak apa.
Haritu teragak pula nak buat sambal tempoyak goreng.
Bundo lebihkan minyak semasa menggoreng cili supaya cili masak. Masa masukkan sambal ke dalam mangkuk, lupa pula nak mencedok keluar minyak yang terlebih.Hmm.. abaikan je lah.
10 biji cili api
3 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
1 senduk tempoyak (lebih pun tak apa)
1 sudu jus limau/lemon
garam dan sedikit gula
Cili api dan cili merah diblender
Bawang dihiris
Ikan bilis ditumbuk kasar
Panaskan minyak. Tumis bawang putih. Bila naik bau, tumis bawang merah.
Masukkan cili. Goreng sampai masak.
Masukkan ikan bilis.
Masukkan tempoyak, jus lemon, garam dan sedikit gula.
Goreng sehingga masak dan rasa sebati.
Lagi pedas, lagi kaw....

Monday, November 5, 2012
Sambal gesek ayam dan ikan bilis
Salam hari isnin. Semuga keceriaan memihak kepada anda semua.
Alhamdulillah. Antara tugas besar yang menanti bundo setiap hujung tahun sudah selesai Sabtu lepas. Bukan maknanya sudah boleh lepas tangan. Banyak lagi kerja yang menanti untuk memasuki sesi baru pada awal tahun depan. Semuga bundo diberikan kekuatan memandangkan bundo ni dah patut pencen goyang kaki saja di rumah sambil goyang-goyang tangan ketuk kuali belanga.
Projek sambal ini bundo buat tengahari semalam. Mulanya nak buat sambal gesek ikan bilis tapi bila tengok dalam peti ais ada mangga sebiji dan ada pula dada ayam kepsi yang tak habis dimakan, bundo beralih ke plan b. Siapa yang selalu makan sambal gesek orang nisemilan memang akan tahu rasa sambal ni. Ada keseimbangan rasa pedas, masin, masam yang menyengat di dalam mulut ketika ia dimakan. Masa bundo kecil dulu, mak bundo selalu buat sambal gesek untuk dimakan bersama pulut tanak.
Okay, yang ini versi tambahan dari bundo. Enak juga...
Bahan:
15 ulas cili api
1 genggam ikan bilis
1 ketul dada ayam kfc (kalau tak ada, rebus seketul dada ayam)
1 biji mangga
5 ulas bawang merah
3 biji limau kasturi
garam
1. Daging ayam disiat-siat. Ketepikan.
2. Ikan bilis direndam dalam air panas sebentar. Tos dan ketepikan.
3. Bawang merah dihiris.
4. Mangga diparut kasar.
5. Cili ditumbuk. Masukkan ikan bilis, tumbuk kasar. Masukkan pula bawang, tumbuk kasar.
6. Masukkan ke dalam mangkuk. Gaul bersama ayam, mangga dan jus limau berserta garam.
7. Seimbangkan kesemua rasa dan tambah mana yang kurang.
Makan dengan nasi panas. Pergh!!!
Kepada pembaca yang lalu di sini bundo pohon tolong sama doakan cucu bundo Muhammad Hafiy Fakhrullah sehat segera. Ceritanya di sini dan di sini.

Monday, October 15, 2012
Sambal cincaluk goreng cili hijau
Salam pagi Isnin.
Sejak subuh angin di luar sana bertiup agak kuat. Langit gelap menjanjikan titik-titik hujan akan dicurahkan ke atas muka bumi. Kilat berlegar-legar di kaki langit dan guruh sahut menyahut mengejutkan tidur anak-anak kecil. Namun sang unggas terus saja mencicip-cicip terbang ke sana ke mari mencari rezki apa yang ada.
Tatap saja hidangan bundo pada pagi ini.
Bahan:
8 biji cili hijau besar
15 biji cili api hijau
1 biji kecil bawang besar bersaiz kecil dipotong kasar
5 sudu besar cincaluk
1/2 biji lemon diambil jusnya
Cara:
1. Blender kasar cili dan bawang.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan kisar sehingga masak.
3. Masukkan cincaluk dan perahan lemon. Gaul rata sehingga benar-benar masak.
(Kalau suka pedas, boleh tambah cili api)
Sedap dimakan sebagai penambah selera.

Friday, July 13, 2012
Sambal ikan bilis petai
Ada orang suka makan petai. Ada orang tak suka makan petai. Ikutlah kehendak dan kesukaan masing-masing kan? Tapi kalau buat sambal bubuh petai, pergh... kalau makan gerenti tak nampak orang lalu lalang.
Ada adik-adik atau anak-anak yang tak tahu buat sambal petai? Ni bundo perturunkan ilmu.
2 senduk gulai pes cili kering (cili kering yang telah diblender)
1 cawan ikan bilis
2 papan petai
1 biji bawang besar dihiris bulat
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih*
1 cm halia *
sebesar guli asam jawa dibancuh dengan 1/4 cawan air
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk stok ayam (tak apa kalau tak bubuh)
1. Ikan bilis dibersihkan dan direndam sebentar. Toskan air.
2. Petai diambil isinya dan dibelah dua.
3. Bahan yang bertanda* diblender.
4. Panaskan sesenduk minyak. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili dan goreng sehingga garing/masak.
5. Masukkan ikan bilis dan santan. Kacau sebentar dan masukkan air asam, gula dan garam.
6. Apabila hampir masak, masukkan bawang. Rasakan masam, masin dan manis serata.
Sedap juga dimakan bersama dengan nasi lemak.

Monday, June 11, 2012
Sambal goreng hijau bertempoyak
Salam hari isnin. Harini cuti sekolah dah habis. Apasallah dua minggu rasa macam dua hari je ye. Memandangkan bundo belum besiap lagi ni, bundo buat a quick n3 je lah. Lagipun korang bukannya nak baca sangat bebelan bundo ni. Bedesup pegi kat resepi je kan hehe..
bahan:
5 biji cili besar bewarna hijau
8 biji cili api hijau (nak pedas, tambah lagi)
1 biji bawang besar dibelah enam
sedikit serbuk stok ayam
sedikit garam
2 sudu besar tempoyak (lebih pun tak apa)
minyak untuk menumis
Cara:
Rebus cili dan bawang hingga lembut. Toskan.
Kemudian blender kasar bahan yang direbus tadi.
Panaskan minyak. Goreng bahan kisar sehingga masak. Kemudian masukkan serbuk stok ayam dan tempoyak. Gaul rata. Bila rasanya dah semua okay, padam api.
Itu saja. Okay.. jumpa lagi.

Tuesday, February 7, 2012
Sambal kosong
Sehari balik di melaka kami ambil kesempatan untuk makan ikan bakar di umbai. Kalau balik melaka, memang tak sah kalau tak makan ikan bakar. Walaupun dah tahu ikan yang dibakar di situ tidak fresh macam dulu-dulu, kami tetap pergi jugak. Walaupun tahu kadang-kadang ikan bakarnya tak adalah sesedap mana pun, kami tetap pergi jugak. Walaupun tahu cili kicap buat pencecah ikan tak seumphh yang kita buat sendiri di rumah, kami tetap pergi jugak.
Nama pun makan free. Nama pun orang belanja. Nama pun tak payah masak sendiri.
Satu keunikan ikan bakar melaka ialah, ia dimakan bersama nasi lemak. Nasi lemaknya dibungkus kecil-kecil. Nasi seciput dan sambal juga seciput. Semalam nasi lemak yang aku makan ada sedikit mentah. Terasa ada beras yang belum sempat menjadi nasi yang sempurna. Sambalnya juga kalau dibandingkan dengan sambal yang aku buat, sedap lagi yang aku buat hiii..
Ha.. sebenarnya nak cerita pasal sambal akulah ni. Sambal yang kami makan bersama dengan nasi lemak shrek haritu. Nak resepi?
3 senduk gulai pes cili kering
4 ulas bawang putih dititik dan dicincang halus
3 biji bawang besar ditumbuk atau diblender kasar
1/2 inci halia ditumbuk halus
2 batang serai dikerat anggaran 1 1/2 inci, kemudian diketuk
1 sudu besar gula
air asam jawa secukupnya
1 sudu besar serbuk ayam knorr
Cara:
Panaskan minyak. Biar banyak untuk menggaringkan sambal. Ia boleh dibuang kemudian.
Tumis halia, bawang putih dan serai sehingga wangi. Masukkan bawang besar. Masak sehingga bawang betul-betul masak dan kering air. Kemudian baru masukkan cili. Masukkan pula garam,gula dan serbuk ayam. Goreng sehingga cili garing. Masukkan air asam. Adjust rasa supaya semua rasanya lengkap. Apabila masak, buang minyak yang berlebihan.
Sedap sambal yang dibubuh serai ni. Tapi pastikan ditumis dulu bersama bahan tumbuk/blender sebelum masukkan cili. Cubalah. Boleh juga ditambah ikan bilis atau udang kering.

Wednesday, December 7, 2011
Sambal Gesek
Di kampung bundo ada pokok buah kundang. Pokok kundang ni berada dalam kawasan rumah maktua berhadapan dengan rumah bundo. Seingat-ingat bundo pokok ni dah wujud sejak bundo kecil lagi. Mungkin umur pokok ni dah hampir seratus tahun.
Bila bundo balik kampung baru-baru ni bundo tengok rumah peninggalan aruah maktua sudah banyak yang reput. Rumput-rumput liar tumbuh memenuhi kawasan rumah. Pokok-pokok kecil telah menjadi pokok besar menambahkan semak samun. Sayang. Sungguh sayang sekali melihatkan rumah yang dulu semasa bundo kecil begitu cantik dan meriah bertukar menjadi seperti itu.
Di tengah-tengah semak samun itu kelihatan buah kundang berjuntai-juntai melepasi pagar. Terliur bundo melihatnya. Dulu bundo teramat suka makan buah kundang yang telah masak ranum dicicah dengan kicap bercampur gula dan cili api. Sedap. Rasa masam pedas masin berbaur di dalam mulut. Nikmatnya.
Bundo ambil buah kundang yang masih muda beberapa tangkai. Buahnya sudah tidak cantik seperti dulu malah kellihatan seperti muka yang dipenuhi dengan freckles kerana sudah lama tidak membuat facial. Realitinya, pokok ini sudah bertahun-tahun terbiar tidak diperdulikan.
Kundang muda boleh dibuat macam-macam. Dijeruk boleh. Dimasukkan ke dalam masakan lemak cili api boleh. Sebagai asam untuk sambal goreng pun boleh. Macam-macam. Tapi kali ni bundo buat sambal gesek ikan bilis. Selalunya bila buat sambal gesek ini bundo akan bubuh asam limau tetapi bila dibubuh asam kundang rasa umpphhnya tetap sama malah lebih sedap.
Ada yang tidak tahu sambal gesek? Orang negeri sembilan memang dah pasti tahu.....
bahan:
dua genggam ikan bilis yang berkualiti baik
6 ulas bawang merah dihiris
10 biji cili api (kalau tak mahu pedas, kurangkan. kalau nak lebih menyengat, lebihkan)
10 biji buah kundang dihiris dan dibuang bijinya.
sedikit garam
cara:
-ikan bilis dicuci bersih dan direndam sebentar dalam air panas.
-tumbuk cili api dalam lesung sehingga lumat. Masukkan ikan bilis dan tumbuk hanya untuk memecahkannya.
-masukkan bawang dan kundang. Tumbuk untuk memecahkannya. Jangan hancur.
-keluarkan dan masukkan ke dalam bekas. Tambah garam secukupnya. Rasakan cukup rasa pedas, masin dan masam.
-hidangkan bersama nasi panas.
Sesiapa yang ada buah kundang bolehlah cuba. Kalau tak ada, asam kundang boleh digantikan dengan perahan asam limau.

Sunday, July 24, 2011
Sambal Budu Tempoyak
Semasa sedara bundo dari indon datang, ada satu malam tu bundo buat sambal cencaluk petai. Berpeluh-peluh diorang makan dan bertambah-tambah nasi sebab rasa cencaluk yang sedap dan pedas. Bila jalan-jalan ke melaka keesokan harinya, maka berbotol-botollah mereka membeli cencaluk untuk di bawa pulang ke indon.
Tengahari semalam semasa membersihkan peti ais bundo ternampak botol budu yang masih ada suku lagi isinya. Budu ni staff bundo yang bagi masa dia balik kelantan beberapa bulan dulu. Sedap budu ni. Rupanya kemerah-merahan. Takdelah hitam. Oleh sebab tempoyak pun ada, hasil durian yang diambil di kebun minggu lepas, maka bundo campurkan budu ni dengan tempoyak.
Cakap pasal budu ni bundo teringat kesah puluh tahun yang lepas. Ada kawan bundo bagi sebotol budu. Bundo pun tunjuklah kat emak bundo. Emak bundo cakap buatlah sambal budu untuk makan tengahari. Bundo pun goncang-goncanglah botol budu tu sebab bundo tengok budu tu macam cair je. Maklumlah, tak pernah tengok budu sebelum itu. Bila bundo buka tudung botol, menyembur segala isi perut botol itu habis terkena dinding dan siling dapur. Badan bundo dan emak bundo pun bermandikan budu. Sampai habislah isi dalam botol tu. Bundo lari masuk bilik air bersihkan diri dan hilang terus dari dapur sebab tak tahan dengar emak bundo membebel tak sudah.
Nak buat sambal budu tempoyak ni cuma dihiriskan bawang, cili dan perahkan asam limau ke dalam budu. Lepas tu, masukkan tempoyak. Bundo lebihkan tempoyak sebab nak hilangkan rasa budu yang masin. Bubuh juga setengah sudu kecil gula. Bundo tambah air sikit sebab pekat.

Sunday, June 26, 2011
Sambal cencaluk
Kalau makan sambal cencaluk, mesti orang lalu lalang kita tak nampak. Macamana nak nampak sebab mata berair dek menahan pedas.
Untuk anak-anak ibundo yang tak tahu buat sambal cencaluk dan tahu makan je, ni ibundo turunkan resepi.
1/2 botol cencaluk
2 biji bawang sederhana besar (ataupun 6 - 10 biji bawang kecil)
10 biji cili api merah (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
5 biji cili api hijau (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
5 biji lima kasturi
petai (ikut suka banyak mana nak bubuh)
Bawang di hiris halus.
Cili juga dihiris halus.
Petai di belah dua dan dipotong dua sekiranya besar. Kalau petai kecil tak payah potong.
Gaul semua di dalam mangkuk. Perahkan asam limau. Kalau kurang masam, boleh tambah limau.

Subscribe to:
Posts (Atom)