Salam.
Setelah seminggu dapur ini terbiar baru hari ini tergerak untuk menulis sedikit. Kurang sihat beberapa hari lepas. Menu kali ini pun simpel sahaja. Bila badan letih, selera kurang, masak pun cincai-cincai.
Ada masa-masanya bundo ni rasa malas masuk dapur. Tengok ini tak kena, itu tak kena. Akhirnya ambil kunci kereta dan beli lauk yang sudah sedia masak di kedai makan. Tapi seringnya yang dibeli itu tidak berapa kena pula dengan tekak. Dah balik rumah, dah masukkan ke dalam mangkuk, dah rasa mulalah komplen 'aku masak lagi sedap'.
Ada sekali tu bundo beli gulai pucuk ubi. Sampai rumah tengok kuahnya cairrrr sangat. Bundo repair. Bubuh santan, masak lagi sampai daun ubi betul-betul empuk dan masukkan tempoyak dua sudu besar . Hah.. baru malatop.
Selalunya macam tu lah kan? Buat sendiri lagi bagus. Tapi kalau dah sesekali malas, memang rasa macam nak bergolek-golek saja atas tilam sambil layan drama korea. Ooopss bundo tak layan drama korea ni. Kalau dah malas, beli je lah ye tak. Lepas tu jangan heboh nak komplen apa-apa.
Masak cincai macam ni bundo buat masa bundo malas jugak.
Bahan:
6 ekor sotong dipotong bulat
1 bungkus tempe didadu sederhana besar
2 biji kentang didadu sebesar saiz tempe
1/2 capsicum merah didadu kasar
1/2 capsicum hijau didadu kasar
1 biji bawang besar dibelah 6
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 sudu kunyit
garam
- Tempe digaul sedikir garam dan kunyit. Goreng lembut (jangan garing). Ketepikan.
- Kentang digoreng sehingga masak. Ketepikan.
- Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan agak sesudu besar. Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan bawang besar, kemudian sotong.
- Kemudian masukkan kesemua bahan lain.
Sekian.
ibundo
Wednesday, February 27, 2013
Wednesday, February 20, 2013
ikan lomak pokat masak daun kunyit
Di hujung sawah bertepikan tali air ('bonda' kata orang kampung) , emak membuat satu lubuk memerangkap ikan. Emak menebuk satu saluran kecil supaya ikan ikan dari tali air masuk ke dalam lubuk. Emak mencampakkan kelapa busuk ke dalam lubuk sebagai umpan.
Apabila tiba masa untuk menangkap ikan tersebut, emak akan menutup lubang air dengan lumpur dan
menimba keluar air di dalam lubuk itu. Ikan ikan akan menggelupur, meloncat dan menjadi tidak tentu arah bila air berkurangan. Emak menggunakan tangguk untuk menangkap ikan. Kebanyakannya ikan puyu, ikan sepat, ikan haruan dan juga ikan sembilang.
Ada kalanya bundo turut sama menangkap ikan. Itupun bila bundo sudah agak besar bersekolah rendah dan awal sekolah menengah. Amat seronok sekali. Ikan yang ditangkap terlalu banyak sehingga penuh satu baldi. Selalunya emak tidak menangkap semua. Emak akan membuka semula lubang yang ditutup sebelumnya supaya air kembali memenuhi lubuk itu. Umpan akan dimasukkan semula.
Pada masa itu letrik belum lagi masuk ke kampung kami. Lampu petik tepi tengah menyala belum ada lagi. Cuma ada lampu gasolin. Tv dan peti ais memang jauh sekali. Ikan yang emak tangkap emak bersihkan dan salai di atas bara api kayu. Tahan untuk tiga empat hari makan.
Masih terasa-rasa di lidah bundo akan masakan ikan sawah yang dibuat emak setiap kali lepas menangkapnya. Ikan yang masih segar itu emak masak di dalam kuali berlapiskan daun pisang dan daun kunyit. Santannya pekat dan ia dimasak sehingga kuahnya hampir kering. Kadang-kadang emak mencampurkannya dengan daun pucuk gelugur yang dihiris halus seperti bunga rampai. Kadang-kadang emak mencampurkannya dengan buah bacang muda. Sedap sungguh.
Bundo cuba untuk merealisasikannya kembali dengan ikan tenggiri dan belimbing buluh ini.
3 keping ikan tenggiri
200 gm santan pekat (beli siap)
1 keping daun pisang bersaiz lebar
3 helai daun kunyit saiz lebar
3 ulas bawang putih diketuk
1 inci lengkuas diketuk
6 helai daun limau purut dibuang tulang
15 ulas cili api kampung ditumbuk halus
1 sudu kecil serbuk kunyit (kunyit hidup lagi sedap)
secekak kacang buncis dibuang tempulur
8 biji belimbing buluh dibelah dua
Letak daun pisang di dalam kuali (wok).
Susun daun kunyit di atasnya
Masukkan bahan-bahan (melainkan kacang dan belimbing) dan juga santan.
Gaul rata.
Bila mendidih, masukkan kacang buncis dan belimbing buluh.
Masak sehingga kuah pekat.
Bundo makan ikan sawah masakan emak sambil jilat-jilat jari. Ada sesuatu yang hilang dalam masakan bundo ini.
Ia hanya ikan tenggiri.....
Kalaulah ada bacang atau daun pucuk gelugur....

Honey, banana and pecan cupcakes
Semasa muda emak menghadiri kelas WI dimana emak belajar menjahit dan memasak. Itu cerita emak. Bundo masih kecil ketika itu. Apa dia WI pun bundo tidaklah tahu. Yang bundo tahu bundo teramat kagum dengan kepandaian emak menjahit dan memasak.
Emak pandai menjahit kerawang. Nyonya baba yang tinggal di rumah kedai di pekan kecil kampung bundo itu selalu menempah baju kebaya bersulam. Bundo cukup terpesona melihat cantiknya jahitan emak. Ketika menjahit, emak menggoyangkan tangannya ke kiri ke kanan ke depan ke belakang untuk menyulam lakaran bunga dan daun. Masa itu tidak ada mesin jahit letrik. Mesin jahit emak adalah mesen jahit besi hitam yang digoyang-goyang kakinya untuk membuatkan jarum naik dan turun.
Emak pandai memasak. Emak pandai masak lauk. Dan emak juga pandai masak kuih, biskut dan kek. Selain kuih tradisional, emak masak biskut raya. Bundo panggil biskut raya sebab emak hanya beriya-iya membakar biskut ketika raya hampir menjelang. Kek emak sedap. Tapi kek emak tidaklah seperti yang ada sekarang. Simpel saja. Kek yang paling bundo suka ialah kek sarang lebah. Panggil sarang lebah sebab kek itu bersarang-sarang macam sarang lebah.
Kepandaian emak memasak biskut dan kek tidak menurun kepada bundo. Bundo cuma suka tengok dan suka makan. Keinginan untuk membuat jauh sekali. Malah keinginan itu datang hanya beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum sebelumnya sekiranya bundo atau ahli keluarga mahu makan kek, bundo akan beli saja. Kemalasan itu melanda mungkin sebab kerap sangat gagal membuat kek yang sedap. Pernah beberapa kali bundo membuat cupcake yang ditong-sampahkan saja.
Kemudian timbul kesedaran untuk meningkatkan ilmu. Bila ilmu meningkat, secara otomatis minat juga meningkat.
Resepi cupcake ini bundo dapat dari sebuah buku resepi. Bundo kongsikan di sini.
Bagi sesiapa yang sukakan kek yang berderap-derap bila dimakan, mungkin suka akan kek ini.
1/3 cawan unsalted butter
1 cawan honey ( lebihkan untuk dituang ke atas kek bila makan)
2 cawan self raising flour
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan carrot yang diparut kasar
1 biji pisang masak, hancurkan
1/2 cawan kacang pecan, dipanggang sebentar dan dicincang (tambah sedikit untuk taburan)
2 biji telur dipukul sederhana
Cairkan butter dan honey dalam kuali leper. Sejukkan.
Ayak tepung dan serbuk kayu manis di dalam bekas.
Masukkan carrot , pisang, pecan, telur dan campuran butter dan honey.
Gaul rata (menggunakan spatula sahaja)
Masukkan ke dalam bekas cupcake. Taburkan sedikit kacang pecan.
Bakar 150 c selama 15 minit atau sehingga masak.
Jom pekena dengan kopi.....

Monday, February 18, 2013
Rendang Kacang Panjang
Kami bukanlah orang susah tapi bukan juga tergolong orang yang kaya raya. Pekerjaan abah sebagai guru lebih pada cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Emak seorang suri rumah tangga yang pada mata aku tidak pernah kenal erti duduk diam. Padahal boleh saja dia tidak perlu membuat pekerjaan yang berat-berat. Tapi itu bukan emak.
Emak mewarisi sebidang tanah sawah. Tanah pusaka yang dimiliki turun temurun oleh anak perempuan. Tanah pusaka yang dimiliki turun temurun oleh saudara perempuan sekiranya tidak ada anak perempuan. Tanah pusaka yang dimiliki turun temurun oleh anak buah perempuan sekiranya tidak ada anak perempuan dan tidak ada saudara perempuan. Dan seterusnya begitulah kerana memang adat kami sudah termaktub begitu.
Apabila tiba musim ke sawah emak akan membanting tulang mengerjakan tanah sawah. Abah akan membantu bila pulang dari sekolah. Kalau kena musim cuti sekolah, abah akan sama-sama ke sawah pagi dan petang. Bundo pula akan berlari-lari di permatangan mengejar tetibur dan apabila tergelincir tercebur di dalam lumpur bundo akan bangun semula berlari mengejar apa saja yang ternampak.
Di pinggir sawah antara tebing sungai dan bendang abah dirikan sebuah pondok kecil (pundong dalam bahasa kami) untuk beristirihat melepaskan lelah. Di situlah juga tempat mereka membuka bekal yang dibawa dari rumah, mengisi tekak yang haus dan perut yang lapar setelah membanting tulang. Bundo masih ingat akan rasa keseronokan menikmati makanan bersuasanakan cicipan unggas, desiran angin, geseran pohon-pohon buluh dan pelepah anau yang mengikut rentak tiupan bayu. Ketika padi menguning, bendang bagaikan lautan emas yang tidak bertepi.
Bersebelahan dengan pundong, emak membuat kebun kecil menanam sayuran. Oleh kerana sememangnya masakan emak hari demi hari menggunakan cili api maka tidak hairanlah emak menanam pokok cili api yang banyak. Tangan emak memang sejuk. Semua pokok cili yang ditanamnya berbuah lebat sampaikan tidak habis termakan oleh keluarga kami. Maka emak akan menjualnya pada siapa yang mahu membeli. Atau selalunya emak akan memberinya begitu saja.
Ketika makan-makan di pundong, abah dan emak akan mengambil kacang panjang muda yang berjuntaian dan memakannya bersama dengan nasi.
Buat ulam, kata abah.
Kalau tak mau tua, makan ulam banyak-banyak, kata emak.
Aku hanya geli geleman memerhatikan.
Kacang panjang yang dibuat rendang memang masakan yang selalu ditemui masa kenduri kendara. Bundo tak tahu di tempat lain tapi di negeri bundo ia seakan-akan masakan yang mesti ada pada masa dahulu. Sekarang hanya sekali sekala sahaja dijumpai.
Rendang kacang panjang shiela beberapa minggu lepas mendorong bundo untuk memasaknya. Cuma bundo tidak ada telur ayam lembut seperti dalam hidangan shiela.
Resepi bundo ini resepi campak-campak sambil cuba mengimbau kembali apa yang dicampak oleh emak semasa membuat rendang ini dulu.
Secekak kacang panjang dipotong pendek anggaran 2 inci
1 biji kelapa diambil santan pekat
15 biji cili api kampung
Hati ayam, pedal ikut suka hati berapa nak bubuh
1 inci lengkuas dititik
1/2 inci halia dititik
3 ulas bawang putih dititik
2 batang serai dititik
1 sudu besar serbuk ikan bilis
1 keping asam gelugur
garam secukupnya
Masukkan semua bahan di dalam kuali dan masak sehingga pekat seperti rendang.
Sedap dimakan ketika masih panas bersama sambal tempoyak.

Sunday, February 17, 2013
Bawal Sweet Sour
Beberapa lama dulu, anak terjumpa gambar bundo semasa remaja berseluar pendek. Pendek sangat-sangat dan dia gelak-gelak bercerita sesama sendiri tentang hal emaknya yang masa muda teramat seksi.
Memang generasi sekarang sangat lain dibandingkan dengan generasi bundo dulu. Kesedaran tentang pentingnya menutup aurat amat sedikit. Kami ke sekolah pada waktu itu masih menggunakan skirt pendek tiga empat inci di atas lutut. Baju kurung hanya dipakai pada hari jumaat, itupun kalau mahu. Kepala bogel tidak ada tudung.
Semasa PE, skirt pendek bertukar kepada seluar pendek yang memang betul-betul pendek. Tidak ada sekelumit pun rasa bersalah. Mungkin kerana semua orang begitu.
Namun demikian, kami tidak liar seperti kebanyakan anak-anak muda sekarang. Tidak pernah kedengaran cerita-cerita bayi tidak bersalah dibuang di tong sampah atau ditinggalkan di tangga masjid atau di rumah orang. Hubungan lelaki perempuan masih elok terjaga.
Kesedaran menutup aurat melanda negara pada tahun 70han. Yang faham, menerimanya dengan baik. Yang kurang faham bukan sahaja tidak mahu faham malah melebelkan mereka sebagai puak extreme. Bila ada seorang junior di sekolah bundo memakai tudung, kami sokseksoksek mengatakan dia mengamalkan ajaran sesat. Haha.. tanpa menyedari bahawa joke itu menimpa diri kami sendiri.
Bercerita pasal sekolah, mengembalikan juga ingatan bundo pada hal makan di dining hall. Biasalah kalau sudah selalu makan sedap masakan emak pastinya makan gulai yang dimasak dalam kawah dengan jumlah untuk dimakan beratus orang, rasanya tidaklah sesedap yang kita selalu makan di rumah. Ada-ada saja yang tidak kena dengan anak tekak.
Kalau lauk ikan, rasanya ikan yang dihidangkan itu kejung dengan rasa yang lari entah ke mana. Tapi oleh sebab makan sebab hendak hidup, kami makan jangan tak makan. Kalau dapat ikan bawal sweet sour macam yang bundo masak ini, tentu kawan yang menunggu turn paling akhir akan mendapat kuah dan bawang sahaja.
Semua orang tahu masak sweet sour. Betul ke semua orang tahu? Mesti ada anak-anak muda yang tak tahu kan? Bagi yang hendak tahu, lihat-lihatlah resepi bundo ini untuk dijadikan panduan.
1 ekor ikan bawal (ikan siakap pun sangat sedap) dilumur sedikit kunyit dan garam dan goreng
1 inci halia dipotong julien
4 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 biji bawang besar (sederhana besar) dipotong bulat
1/2 batang carrot dipotong julien
1 tangkai daun bawang dipotong panjang 1 inci
1 tangkai daun saderi dipotong panjang 1 inci
1 tin kecil nanas cube, tapis dan ambil sedikit sahaja airnya
2 biji cili merah dihiris
2 biji cili hijau dihiris
2 biji cili api diketuk
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar ikan
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 cawan air
1. Ikan digoreng, masukkan ke dalam bekas hidang dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
3. Masukkan segala sos, air, carrot, cili dan nanas berserta separuh air nanas tersebut.
4. Apabila mendidih masukkan tepung jagung yang telah dibancuh air. Rasa garamnya dan cukupkan masam dan manis sekiranya ada yang kurang.
5. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan daun sader.
6. Curahkan ke atas ikan.
7. Nota: boleh juga dibubuh tomato, capsicum dan sebagainya.
Jom makan dengan nasi panas....

Friday, February 15, 2013
Kurma Telur Kubis
Rumah kampung kami yang lama bertiang tinggi. Cukup tinggi untuk bundo yang ketika itu berumur 6 tahun berlari ke sana sini di bawah rumah. Budak kampung yang tidak faham akan erti kebersihan bersahaja saja memijak tanah kotor berkaki ayam mencari-cari entah apa di situ. Memang patut pun pusat selalu gatal dan bengkak dihuni hama. Emak akan mencungkil-cungkil dengan kapas menggunakan minyak kelapa untuk mengeluarkan hama sebesar mata jarum peniti itu.
Di satu sudut di bawah rumah itu terdapat satu tin minyak besar yang telah dibelah dua dan di atasnya diletak beberapa helai kain buruk. Di situlah tempat ayam betina bertelur dan mengeram. Bundo akan mengintai-intai ke dalam bekas itu setiap kali ibu ayam 'berketok-ketok' menandakan dia baru saja bertelur. Sekiranya ibu ayam berdegil tidak mahu nyah dari situ bundo akan memasukkan tangan bundo dibawah badan ayam sehinggalah bundo dapat meraba telur ayam yang masih hangat.
Bundo akan mengambil sebiji, memecahkan hujungnya dan menyedut terus telur itu dari lubang kecil yang bundo buat. Tidak tahu kenapa bundo begitu suka makan telur mentah yang baru saju keluar dari perut ayam. Ketika bundo mula membuat 'aktiviti' sedemikian umur bundo 4 atau 5 tahun. Begitulah menurut cerita mak dan abah. Dan ia berlarutan sehinggalah pada satu hari bundo tersalah mengambil telur. Bundo terambil telur tembelang yang baunya merahang sebaik saja mencecah anak tekak. Selepas itu bundo jadi jeran dan terus berhenti.
Telur memang menjadi kegemaran anak-anak bundo. Ada yang suka makan telur putih sahaja. Ada yang suka makan yang putih dan yang kuning. Bundo kalau diberi pilihan, suka makan telur kuning walaupun dikatakan telur kuning mempunyai kolesterol yang banyak.
Kalau makan telur mata kerbau kami suka makan telur yang kuningnya masih cair. Perangai bundo kalau makan telur goreng seperti ini, bundo akan makan yang putih dahulu sehingga habis dan tinggalkan yang kuning sahaja. Kemudian dengan penuh nikmat bundo akan memasukkan yang kuning yang masih belum pecah ke dalam mulut dan 'pop!' memecahkannya di dalam mulut dan telur kuning mencair memenuhi ruang mulut. Bundo akan kata mmmmm... sambil lelap-lelap mata.
Anihnya, ada anak yang mengikut. Kalau mahu tahu nikmatnya, cubalah.
Resepi hari ini:
6 biji telur direbus keras dan dikupas kulitnya
Beberapa pelepah kubis dipotong sederhana besar
1 bungkus kecil rempah kurma
200 gm santan siap
1 cawan air
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
beberapa hiris halia
2 biji cili merah dihiris kasar
1 biji cili hijau dihiris kasar.
1 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar serbuk ikan bilis
1 sudu kecil jus limau nipis
garam secukupnya
Panaskan sedikit minyak. Tumis halia, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Apabila rempah masak dan naik bau, masukkan santan dan air.
Bila mendidih, masukkan pula kubis dan telur. Kemudian masukkan jus limau nipis, garam dan serbuk ikan bilis.
Tambah cili dan bawang goreng sebelum matikan api.

Thursday, February 14, 2013
Cendawan tiram tengiri masak lemak podeh
Banyak kali bila tiba musim hujan, cendawan 'busut' tumbuh dengan banyak sekali. Tidak payah pergi jauh, emak kelihatan terbongkok-bongkok di belakang dapur memetik cendawan yang tumbuh melata. Maka pada hari-hari seperti itu kami akan berpesta dengan lauk cendawan lemak cili api. Sungguh enak tak terkata. Abah makan tanpa menoleh dan bundo menjilat-jilat jari kesedapan.
Emak pandai memasak walaupun masakannya cuma itu itu saja yang dia tahu. Kuah kuning yang kadang-kadang bundo hirup begitu saja kesedapan. Cukup dengan pedas. Cukup dengan lemak. Cukup dengan asam. Cukup dengan masin. Cukup serba serbinya.
Ada waktu-waktunya bundo sangat sangat merindui air tangan emak. Memang banyak tahun sebelum permergiannya, emak sudah tidak gah lagi di dapur. Kesihatannya yang merosot membuatkan dia seperti diikat di kerusi roda. Namun begitu bundo sentiasa teringat akan keenakan masakannya. Walaupun hanya dengan cendawan tiram, bundo cuba mengimbau kembali rasa yang menjadi kegilaan kami satu waktu dulu. Cuma bundo ubahsuai sedikit mengikut perkembangan masakini.
Bahan:
2 keping ikan tenggiri
2 peket cendawan tiram
2 ulas bawang putih *
1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang merah*
400 gm santan siap
15 ulas cili padi kampung
1@ 2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Tumbuk dengan lesung batu bahan yang bertanda *.
Masukkan ikan tenggiri, santan dan bahan tumbuk dalam belanga (periuk tanah). Kalau tak ada, pakai periuk biasa..
Masak sehingga mendidih. Tambah garam dan asam keping.
Masukkan cendawan.
Masak sehingga cendawan empuk dan kuah pekat.
Walaupun rasanya hanya seakan-akan air tangan emak, tapi bundo lihat abah makan dengan berselera sekali.
Semuga emak tenang di sana. Kami sentiasa merinduimu.

Tuesday, February 12, 2013
Ayam Kicap Bundo
Salam.
Rumah bundo ni memang selalu masak ayam. Jadi tak heranlah kalau bundo asek tayang menu ayam haha.
Tapi budak-budak kat rumah ni tak muak-muak makan ayam. Kalau tak ayam, telur. Kalau tak telur, sambal. Senang betul hidup. Kalau masak ikan, sampai naik rentung ikan tu asek kena panaskan atas dapur. Ye lah.. tak habis, masuk peti ais. Kemudian reheat. Masuk peti ais balik. Reheat balik. Mana tak rentungnya hiii.. Akhirnya rezki si Jordan kucing bundo.
Ayam ni masak petang tadi. Sebenarnya nak masak lain tapi dah mata terpandang ayam, ambil je lah ayam. Sambal nasi lemak belen diorang bawak pergi piknik kat hulu langat pagi tadi, ada semangkuk. Cukuplah untuk buat rasa pedas-pedas sebab ayam tu masak kicap, memang lah takde pedasnya. Kalau makan tak ada yang pedas, tak kaw.
Okay, resepi.
Bahan:
1 ekor ayam
untuk rebusan ayam:
1 sudu kecil lada putih
1 inci halia diketuk
1 inci lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
6 helai daun limau purut dibuang tulangnya
3 helai pucuk daun kunyit dipotong pendek
Anggaran 3 cawan air
1 sudu kecil serbuk stok ayam
secubit garam
secubit serbuk kunyit
Untuk goreng kicap:
3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 biji bawang merah sederhana besar dipotong bulat
4 biji cili api dipotong dua
1 batang daun bawang dipotong pendek
1 batang daun saderi dipotong pendek
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
1 sudu besar jus limau kasturi/ lemon
2 keping hirisan halia dipotong julien
Cara:
- Masukkan ayam ke dalam periuk. Tambah air sehingga ke paras ayam. Masukkan bahan-bahan untuk rebusan ayam. Rebus ayam bersama bahan-bahan sehingga airnya tinggal separuh.
- Keluarkan ayam dan ketepikan air rebusan untuk kegunaan kemudian.
- Panaskan minyak. Goreng ayam sebentar. Sebentar saja agak-agak 3, 4 minit. Ketepikan.
- Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap cair. Gaul rata.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan tambahkan dengan air rebusan ayam. Masukkan sekali semua serba serbi yang ada dalam air rebusan itu.
- Tambah jus limau, gula, cili api dan rasakan masinnya. Balancekan semua rasa. Boleh tambah kicap, kalau kurang masin.
- Akhir sekali sebelum api ditutup, masukkan bawang potong, daun bawang dan daun saderi.
Jomlah makan!!!!

Monday, February 11, 2013
Ayam Aneka Rempah AROMA
Hujung minggu yang panjang... ah seronoknya. Kepala kurang berserabut dengan kerja-kerja yang menimbun. Kurang sedikit. Realitinya kerja tak pernah pupus selagi nadi berdenyut.
Semalam bundo ke sogo bersama anak-anak. Biasalah, bapa anak-anak lebih rela duduk di rumah daripada sama-sama menyibukkan diri dalam aktiviti pandang-pilih-letak-cari lagi-sampai melepek. Biasalah perempuan. Kalau bukan begitu, bukanlah perempuan yang menyoping namanya. Akhirnya dapat juga apa yang dicari dan lawaknya, dapat juga apa yang tidak dicari. Biasalah tu kan?
Sogo penuh dengan manusia. Sampai ke anak tangga manusia melepak. Terasa macam berada di negara asing bukannya negara sendiri kerana rata-rata mereka yang melepak itu bukan orang kita. Teringat masa dulu-dulu ketika bundo masih muda. Waktu tahun baru cina seperti ini kuala lumpur sunyi sepi. Lengang. Kedai yang dibuka boleh dibilang dengan jari. Shopping complex memang mati terus sampai tiga empat hari. Sekarang?
Lalu di stall menjual majalah bundo berhenti sebentar, mengambil majalah Aroma, menyelak mukasurat dan menunjukkan kepada anak yang belum melihat. Sebenarnya sudah beberapa hari berkira-kira untuk membuat satu n3 berkenaan dengan ini. Setidak-tidaknya sebagai tanda besar hati bundo kepada pihak Aroma yang telah sudi menampilkan bundo dengan resepi entah hape-hape memenuhi beberapa helai mukasurat dalam Aroma februari itu. Memang kebetulan semasa dihubungi bundo sibuk tahap gaban. Memang tidak ada masa langsung untuk memasak resepi-resepi baru. Namun pihak Aroma berpuas hati saja dengan resepi-resepi yang telah pernah bundo siarkan di dapur ibundo. Terima kasih.
Di bawah ini salah satu resepi yang dimasukkan. Bundo kongsikan di sini kerana bundo belum pernah kongsikannya bersama anda di sini.
Dapat juga melihat wajah sheila yang cantik comel di majalah ini. I love you shiela. Resepi-resepi dan foto-foto dari blog shiela selalu menggoda keimanan bundo.
Semalam baru sempat membeli majalah RASA mac dan di dalamnya dipaparkan airtangan beberapa bloggers otai yang sangat disegani di alamaya ini. Belilah...

3 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah briyani
250 gm santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai dititik
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunya lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
8 biji buah kurma dibuang biji
Segenggam bawang goreng
Bahan dikisar halus:
6 biji cili kering
3 biji buah keras
1 inci lengkuas
1 inci halia
Cara:
1.
Tumis bahan
kisar dan rempah empat sekawan sehingga wangi.
Kemudian masukkan rempah-rempah yang telah digaul dengan sedikit
air. Masak sehingga rempah garing.
2. Masukkan ayam, serai dan masak sehingga air
ayam kering. Kemudian masukkan santan
pekat dan santan cair.
3. Tambah garam.
Apabila kuah agak pekat, masukkan buah tamar dan bawang goreng.
Dapat juga melihat wajah sheila yang cantik comel di majalah ini. I love you shiela. Resepi-resepi dan foto-foto dari blog shiela selalu menggoda keimanan bundo.
Semalam baru sempat membeli majalah RASA mac dan di dalamnya dipaparkan airtangan beberapa bloggers otai yang sangat disegani di alamaya ini. Belilah...
Wednesday, February 6, 2013
Stew Ayam
Masakan ayam bundo ni nampak macam kari pun iye. Macam asam pedas pun iye jugak. Tapi sebenarnya bundo buat stew, terpengaruh dengan stew amie masa pergi melawat ke dapur dia. Cuma stew bundo ni stew yang biasa-biasa bundo buat. Biasalah.. resepi campak-campak hantam-sajalah-labu.
Cakap pasal labu, lama dah bundo tak masak guna labu. Sejak brpp brpp asek berangin. (sejak kebelakangan ini keliling bundo ni penuh dengan hangin).
Oleh sebab tak boleh duduk lama-lama depan lappy ni, bundo terus jelah cakap pasal resepi. Anak-anak bundo kalau nak masak, geledah jelah kat dalam dapur ni.
Bahan:
1 ekor ayam
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji bawang besar (sederhana besar) didadu besar
2 sudu besar pes cili kering
5 sudu besar tomato puree
3 biji ubi kentang dibelah 4 setiap satu
1 batang carrot dipotong tebal
1 batang celery dipotong tebal (daunnya diambil)
4 sudu besar kacang peas
800 ml stok ayam (atau 800ml air + satu cube stok ayam)
4 helai daun selasih
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
- Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu dan wangi.
- Masukkan pes cili. Goreng sehingga masak.
- Masukkan ayam. Masak sehingga bertukar warna.
- Tambah tomato puree, ubi kentang, carrot, dan air stok ayam.
- Apabila mendidih masukkan pula daun selasih dan daun celery.
- Celery dimasukkan bila kuah agak pekat.
- Masukkan pula kacang peas sejurus sebelum api dipadamkan.
- Jangan lupa garam dan sedikit gula.
Kuah ni nampak merah sebab ada pes cili dan tomato puree. Ada rasa pedas-pedas, masam-masam dan manis-manis.
Sekian. Jom makan!!!

Tuesday, February 5, 2013
penne sos daging ayam kaw kaw
Penat makan nasi, penat menggulai dan paling penat... mikir apa nak masak.
Hah.. aku hentam bagi korang makan pasta kehkeh.
Adei.. apalah nasib. Baru tiga minggu dapat bibik, lariiiii. Katanya capek.. capek. Nak capek ke hape.
Pagi bundo masak. Tengahari bundo masak. Petang bundo masak. Dia cuma basuh pinggan, lap pinggan, nyapu, mop, sidai kain, angkat kain, lipat kain. Gosok baju, bundo. Nyapu pun kena suruh. Mop pun kena suruh. Betul-betul macam paku dengan tukul besi. Sekali pukul, paku masuk. Tak pukul, melekat je lah kat situ.
Heh, tak pasal pasal je bundo membebel kat sini. Mana taknya, hangus 6K macam tu je. Tak hangen? Sapa-sapa pun hangen. Dan dia lari pun ambil kesempatan masa bundo makan hangin haritu.
Pada sesiapa yang nak ambil maid tu, tanya dulu betul2 nak kerja rumahtangga ke tak. Kadang-kadang agen dia kat indon tu janji lain. Sampai sini kena jadi bibik. Macam maid bundo ni mati-mati dia cakap agen dia janji nak bagi keje kat kilang roti. Eee.. aku jugak yang susah.
Pasta ni namanya penne kan?
Bundo kadang-kadang keliru nak sebut nama. Bentuknya banyak sangat. Rasa tak adalah beza sangat pun. Cuma ada yang halus, ada yang tebal, ada yang panjang, ada yang pendek, ada yang bergerigi, ada yang mengerekot. Ishh.. apa bendalah yang aku merepek ni.
Jomlah tengok apa bahan yang bundo pakai.
1 bungkus penne
400 gm ayam hancur ramli
1 botol sos spageti kimball
1 tin sup tomato kimball
2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin cendawan butang yang sedia dihiris
3 sudu besar pes cili kering
1 sudu besar parsley kering
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1. Penne direbus el dante
2. Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga layu. Masukkan pula pes cili dan masak sehingga cili garing.
3. Tambah daging ayam. Masak sehingga air ayam kering.
4. Masukkan sos spageti, sup tomato dan masak sehingga agak pekat.
5. Tambah cendawan, daun persley dan lada hitam. Jangan lupa garam. Boleh juga tambah sesudu serbuk stok ayam.
6. Masukkan penne dan goreng lagi sehingga bergaul rata.
7. Boleh juga diasingkan kuah dan pasta. Ikut suka hati mak lah nak buat cara mana pun.
Jom makan!!!!

Saturday, February 2, 2013
Opor Ayam Berkentang
Selamat hujung minggu buat semua. Kemana harini? Berjalan-jalan bersama keluarga? Shopping shopping atau di rumah saja bersantai-santai. Pastinya yang bersantai hanya suami dan anak-anak sedangkan kita bersilat-silat mengemas itu ini, masak bagai. Betullah kata orang. Setinggi mana pun kita ni belajar kalau dah perempuan memang tak boleh lari daripada kerja-kerja rumah tangga.
Mmm.. kalau tak tau nak masak apa harini, jom masak opor ayam bersama bundo. Pasti tak mengecewakan.
Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa diasingkan santan cair dan santan pekat.
3 biji kentang
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya
2 helai daun salam
1 keping asam keping
5 biji cili api diketuk
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
bawang goreng untuk ditabur sekiranya suka
bahan kisar:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci lengkuas
1 inci halia
Cara:
- Campur bahan kisar bersama serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada putih.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga harum. Masukkan daun limau purut, daun salam, cili api dan serai.
- Tambah ayam. Masak ayam sehingga airnya habis keluar.
- Masukkan santan cair. Masak sehingga ayam separuh masak. Masukkan pula kentang, stok ayam dan santan pekat.
- Apabila kentang empuk, tambahkan asam keping.
- Kuah mestilah agak pekat. Pandai-pandailah adjust supaya santan tidak terlalu banyak.
Untuk tujuan fotografi ni bundo letak kuahnya sikit saja. Padahal kuanya banyak je lagi dalam periuk tu.
Oh ya.. kalau suka, taburlah dengan bawang goreng semasa menghidang. Ia akan menambahkan aroma.
Sekian. Selamat berhujung minggu dari bundo yang sekejap ada sekejap tak ada ni....

Subscribe to:
Posts (Atom)