Ek ele... nasi goreng je pun. Jadiklah.. Dalam masa sibuk cenggini, ini saja lah yang sempat bundo hidangkan.
Apa kabar semua. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa sunat harini.
Tidak ada apa istimewanya nasi goreng ini.
Hari sebelumnya bundo buat spageti dan sos spageti masih ada berbaki. Sayang kalau tak digunakan.
Jadi, bundo cuma potong beberapa batang sosej, belah beberapa biji chicken balls dan dadu sedikit capsicum merah kuning hijau untuk mendapatkan warna pada makanan. Untuk mendapatkan pedas bundo tumbuk 5 biji cili api.
Bundo tumis bawang putih, bawang merah dan cili api. Kemudian masukkan sosej dan chicken balls. Bila dah elok bergaul, bundo curahkan kuah spageti. Masukkan capsicum dan nasi. Gaul je lah sampai rata dan nasi masak.
Rasanya? Jadilah nasi goreng bolognese hehe..
Sekian. Bundo nak kawenkan anak hujung minggu ni. Sebab tu sibukkkkk sangat.
Rindu kat you all. Tak sempat nak jenguk-jenguk dapur you all pun.
ibundo
Monday, May 13, 2013
Friday, May 3, 2013
Pengat Nangka Kelapa Laut
Berjumpa lagi kita pada Jumaat yang tidak jemu datang bertandang. Hari mendung dari pagi. Mungkin ramai para ibu yang gundah gelana kerana baju basuhan masih belum dapat disidai. Dah mula masuk dapur untuk menyiapkan makan tengahari? Ah.. antara tugas ibu@isteri yang tak berkesudahan. Jangan lupa berzikir semasa memasak. Daripada fikiran merawang tak tentu arah, lebih baik kita penuhi minda dan hati kita dengan selawat dan zikrullah.
Untuk resepi kali ini anda perlukan:
Beberapa biji nangka ( 6- 8 biji mengikut saiz)
1 tin buah kelapa laut
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Gula secukup rasa
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Nangka disiat panjang-panjang.
Kelapa laut ditapis ambil isinya sahaja.
Masakkan santan cair dan daun pandan yang dikoyak dan diikat, hingga mendidih.
Masukkan gula, santan pekat dan garam.
Apabila mendidih , masukkan pula nangka dan kelapa laut.
Bila mendidih sekali lagi, kacau sebentar dan padamkan api.
Bolehlah dimakan
Mmmmm.. yummy.
Selamat makan tengahari dan selamat minum petang.
Pendek dan ringkas je n3 ni kan? What to do....
ibundo
Untuk resepi kali ini anda perlukan:
Beberapa biji nangka ( 6- 8 biji mengikut saiz)
1 tin buah kelapa laut
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Gula secukup rasa
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Nangka disiat panjang-panjang.
Kelapa laut ditapis ambil isinya sahaja.
Masakkan santan cair dan daun pandan yang dikoyak dan diikat, hingga mendidih.
Masukkan gula, santan pekat dan garam.
Apabila mendidih , masukkan pula nangka dan kelapa laut.
Bila mendidih sekali lagi, kacau sebentar dan padamkan api.
Bolehlah dimakan
Mmmmm.. yummy.
Selamat makan tengahari dan selamat minum petang.
Pendek dan ringkas je n3 ni kan? What to do....
ibundo
Subscribe to:
Posts (Atom)