Salam.
Sebenarnya bundo tak pergi jauh mana pun. Pergi johor je. Melawat sedara di kota tinggi dan lepas tu mengenang-ngenang masa lampau di johor bharu. Bundo menghabiskan beberapa tahun usia remaja bundo kerana bersekolah di situ. Sempat jugalah melawat sekolah lama. Walaupun sudah berpuluh tahun bundo tinggalkan, bangunan yang bundo kenal dulu masih utuh di situ.
Sempat juga ke JPO. Sana sini orang bercakap mengenainya. Bila dah sampai di jb, takkan tak pergi. Tapi harganya mak datukkkk.. mahal gilerrr. Memang terperanjat beruk tapi bila tengok satu henbeg kulit yang hati pekenan, sambar jugaklah satu. Itu pun sebab ada diskaun.
Bagi yang belum pernah ke kota tinggi, bundo nak bagitau yang harga tudung, baju siap atau kain bahan memang agak murah. Di situ ada satu bazar. Sepupu bundo buka restoren minang di situ. Mulanya bundo tak tahu juga yang di situ ada jual kain yang berbaloi-baloi harganya. Bila bundo meronda dari satu kedai ke satu kedai, bundo dapati harga baju siap sepasang adalah separuh lebih murah daripada di kl ni. Sepasang baju sulam yang ada batu harga di kajang 160.00 ringgit. Tapi di situ, baju yang sama harganya 75.00. Murah kan? Bundo beli 3 pasang..haha.
Okay. Pasal masak-masak pula.
Bundo namakan masakan ni ikan goreng lemak harum sebab baunya memang harum. Harum dah pastinya enak. Cubalah..
Bahan:
3 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar saiz kecil hiris bulat
3 ulas bawang putih dititik
1/2 inci halia hiris mancis
4 ulas bawang merah ditumbuk kasar
4 biji cili api dipotong dua serong
2 biji cili hijau besar potong 2 serong
1 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 @ 2 helai daun kunyit dikoyak-koyak.
2 sudu besar bawang goreng
1 keping asam keping
- Ikan dilumur kunyit dan sedikit garam. Goreng tapi jangan garing.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan cili, serbuk kumnyit dan bawang besar. Tumis sebentar.
- Masukkan pula santan cair, santan pekat dan daun kunyit.
- Apabila mendidih, masukkan ikan, asam keping dan bawang goreng.
- Rasakan garamnya.
Selamat mencuba. Boleh tahanlah sedap.
(Sendiri puji. Siapa lagi nak puji kan.. )
Wednesday, January 30, 2013
Friday, January 25, 2013
Ayam rendang briyani
Salam hari jumaat.
Dah hari jumaat.
Pejam celik pejam celik, bulan satu dah nak sampai ke penghujung. Cepat betul masa berjalan. Sebagaimana cepatnya uban-uban yang tumbuh menjalar di atas kepala hehe..
Cerita pasal rendang ayam ni. Mulanya nak buat rendang biasa tapi last minute tergerak pula nak cuba dengan rempah briyani. Maka terjadilah ayam rendang briyani. Rasa boleh tahan lah jugak. Bundo saja buat bumbunya banyak-banyak supaya boleh selet-selet dengan roti. Mmmm.. nikmat.
Bahan:
1 ekor ayam
1 1/2 biji kelapa parut.
3 biji bawang besar *
3 batang serai *
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
3 biji buah keras*
15 biji cili api (tambah kurang ikut selera)*
3 sudu besar rempah briyani
1 sudu kecil kunyit serbuk
8 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 sudu besar jus lemon
garam secukupnya
1. Blender kelapa dan perah santannya.
2. Blender bahan yang bertanda *. Campurkan bahan blender dengan rempah briyani dan kunyit.
3. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan blender dan daun limau purut sehingga masak dan wangi.
4. Masukkan santan. Masak santan sehingga ia tinggal separuh daripada asal. Masukkan ayam.
5. Tambah jus lemon.
6. Masak sehingga pekat.
Ni rendang ke?
Haah.
Kenapa rasanya lain.
Sebab taruk rempah briyani.
Sedap..
Sekian. Hujung minggu ni bundo nak pergi bejalan. Isnin cuti kan. Dan pastinya dapur bundo tak berasap buat beberapa hari. Sabar je lah dengan ayam rendang briyani ni ye.

Tuesday, January 22, 2013
chocolate chips banana bread
Pertama kali bundo terjumpa resepi ni, bundo dah jatuh hati. Pekenan betul di hati. Bundo suka bila ada kacang walnut di dalamnya dan semestinya bila dikunyah akan tergigit-gigit rasa kacang tersebut.
Lama juga resepi ni tersimpan sampaikan terlupa tempat asal bundo mengambilnya.
Di sini bundo mahu kongsikan pula bersama anda.
Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 tsp baking soda
1/2 tsp garam
1/2 tsp cinnamon powder
4 biji pisang yang masak ranum (size agak besar), hancurkan sedikit
1 cawan sour cream ( 1 cawan susu cair dicampur 1 sudu besar apple cider)
2 biji telur
1/2 cawan unsalted butter
1 cawan brown sugar
1 tsp esen vanila
1 cawan chocolate chips
1 cawan walnut, dipanggang sebentar dan cincang kasar
Cara:
1. Panaskan oven 150 deg c. Sapu dua dulang roti 9x5x3 inci dengan majerin dan tabur sedikit tepung.
2. Dalam mangkuk besar, gaul tepung, baking soda, garam dan cinnamon. Ketepikan.
3. Pukul pisang, sour cream, telur, butter, gula perang dan vanila sehingga gaul rata lebih kurang 2 minit. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan pukul dengan speed rendah hanya untuk adunan bergaul rata. Masukkan chocolate chips dan walnuts. Gaul dengan tangan.
4. Bahagikan adunan sama rata dan masukkan ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 50 - 55 minit atau sehingga masak.
Sesuai dan enak untuk hidangan minum petang sambil hirup-hirup kopi o panas. Duduk pula di laman rumah bersantai-santai dan bersenda gurauan bersama keluarga.
Selamat menjamu selera.

Monday, January 21, 2013
sambal udang
Tenggelam timbul, tenggelam timbul. Ish.. susah betul nak maintain update blog ni. Nak buat macamana ek? Masa mengejar kita. Dan kita pula mengejar masa.
Buat je lah mana yang sempat ye tak.
Sambal udang ni bundo buat beberapa hari lepas.
Sambal yang tak pedas bagi mereka yang tak berapa gemar makan yang pedas-pedas. Boleh dimakan dengan nasi biasa atau boleh juga dimakan dengan nasi lemak.
Untuk memudahkan orang yang makan, bundo buang kulit udang siap-siap. Tapi kulit udang bundo tak buang. Bundo bersihkan dan rebus dengan sedikit air untuk mendapatkan stok. Stok udang boleh digunakan untuk masakan lain. Jangan buang. Sayang. Sebab manis udang banyak di kulitnya.
20 ekor udang saiz besar dibuang kulitnya
6 tangkai cili besar merah *
2 tangkai cili kering dipotong kecil dan rendam dalam air panas*
2 biji bawang besar bersaiz kecil dihiris bulat
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 cm halia*
1 sudu besar jus lemon
garam
1/2 sudu kecil gula
- Blender bahan yang bertanda *
- Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga masak dan terbit minyak.
- Masukkan udang , bawang hiris, garam, sedikit gula dan jus lemon.
- Sesuaikan semua rasa.
- Siap.
Sedia untuk dimamam.
ibundo

Thursday, January 17, 2013
Siakap rebus asam sempoi
Bundo suka buat siakap rebus asam ni. Hirup-hirup kuahnya.. fulamak.. boleh lelap-lelap mata menikmati kesedapan. Sendiri masak sendiri pujilah kan.
Anyway, ini memang feveret bundo dan juga hasben. Hasben bundo tak makan pedas. Jadi, bundo akan rebus dulu tanpa cili padi dan bila masak, bundo akan keluarkan semangkuk untuk dia. Selebihnya bundo bubuh cili api. Takde lah banyak. Dalam dua biji tapi bila cili tu dipatah-patahkan dan dipenyek-penyekkan, pedasnya akan keluar.
Masakan ni, mesti cukup balance antara masam, masin dan pedas. Pergh!!! Barulah lupa dunya sekejap.
Resepi.
1 ekor ikan siakap dikerat 2
2 biji bawang besar bersaiz kecil dihiris bulat nipis
2 ulas bawang putih diketuk
1 batang serai diketuk
1 inci halia dihiris nipis
1/2biji lemon diambil jusnya
garam secukupnya
2 biji cili padi diketuk
beberapa batang bende
Untuk membuatnya, cukuplah sempoi. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk bersama air tak kesahlah banyak mana nak bubuh. Janji memadai dengan ikan tersebut.
Bila mendidih, rasa rasakanlah masam masinnya. Janji belen. Kalau nak bubuh perisa pun, suka hatilah.
Lepas tu, masukkanlah bende. Masak bende tu sekejap saja sebab proses masaknya akan berterusan walaupun kita dah padam api.
Setengah ekor ni bundo boleh makan sorang saja.
Sekian.

Wednesday, January 16, 2013
Ayam kampung sijantung pisang
Salam.
Lama sudah tidak bertegur sapa.
Mula-mula sibuk. Lepas tu malas. Bila malas, tu yang asek tayang apam balik tak sudah-sudah. Mmm.. masak memang masak tapi bila tiba tang ambil gambar, nak kena buat setting, pasang tripod kelepak kelepuk bagai.. tu yang lama tak berupdate. Bundo tengok geng-geng masak semuanya lajuuuuu je.
Haritu sibuk teramat sangat sebab maid tak ada. Sekarang ni walaupun dah ada maid baru tapi masih belum pandai buat kerja. Masih blur sangat-sangat. Nak kerja ajar satu-satu. Macam paku dengan penukul. Sekali pukul, baru masuk. Sabau jer lah aku ni.
Cakap pasal resepi bundo kali ni.
Ada seketul jantung pisang dah lama bersarang dalam peti ais. Hajat mulanya nak buat kerabu je. Tapi teragak pula nak masak dengan ayam kampung. Ayam kampung sekarang ni mudah nak dapat di bandar. Bayar je lah sekor empat belas ringgit. Dapatlah yang cenonet. Kalau agak-agak tak cukup, kena beli dua ekor. Tapi ayam kampung ni muda lagi. Masak sekejap dah empuk. Kalau kena yang tua dan keras, mau liat boleh tercabut gigi palsu bila menggigitnya.
Resepi.
1 ekor ayam kampung
1 biji jantung pisang
1 biji kelapa
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras *
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
6 biji cili api * (tambah kaalau nak pedas)
3 biji cili merah *
2 batang serai *
8 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 keping asam keping
- Jantung pisang dibelah 4 dan direbus sehingga empuk. Biarkan sejuk dan perah airnya. Ketepikan.
- Kelapa di blender dengan air (agak-agak. Jangan banyak sangat). Tapis. Blender yang pertama santan pekatnya. Blender yang kedua santan cairnya. Asingkan santan pekat dan santan cair.
- Blender bahan yang bertanda *.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan * yang telah diblender. Kacau sehingga masak dan wangi.
- Masukkan ayam dan daun limau purut. Biarkan air ayam kering. Masukkan santan cair dan garam. Apabila santan agak berkurangan, masukkan pula santan pekat dan asam keping.
- Masukkan jantung pisang bila ayam sudah empuk. Biarkan kuah agak pekat.
Jomlah makan!!!
Ohya sebelum terlupa. Ada resepi bundo yang keluar di majalah wanita januari. Pada yang telah membeli, selak-selaklah mukasurat sebelah belakang .
Terima kasih pada Mas yang telah memberi peluang pada bundo.

Subscribe to:
Posts (Atom)