Apa rancangan masak untuk hari ni. Bundo dah tiga hari tak masak sebab outstation lagi. Tengahari kang baru balik. Lauk bundo hari ni adalah lauk yang dah selamat dimakan satu ketika dulu. Bundo pun dah tak ingat bila.
Nampak tak cili api yang terbongkang tu. Ha.. podeh.. podeh. Bila makan air hidung moleleh-leleh. Tapi bagi pencinta cili, bila makan pedas ni boleh nampak syurga. Betul.. syurga dunia..haha.
Semasa di Jogja hari tu, ada satu menu di restoren hotel tempat kami duduk namanya Nasi Goreng Setan Merah.
Bundo tanya kenapa namakan Setan. Budak yang ambil oder tu cakap, sebab rasanya pedas buk. Pedas banget.
Oleh sebab nak tahu sangat macamana rasanya, bundo pun oder. Memang pedas. Srett sroott srett sroott bundo tolak tarik tolak tarik air hidung. Adei..
Bahan:
4 keping ikan tenggiri . Setiap keping dipotong dua.
2 biji bawang merah dihiris bulat
2 biji bawang putih dihiris nipis
10-15 biji cili api dihiris menyerong (boleh tambah dan kurang ikut suka)
2 ulas bawang merah ditumbuk halus
1 biji buah keras ditumbuk halus
1 cm halia dihiris mancis
1 sudu kecil cuka
Cara:
Lumurkan ikan dengan sedikit kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan sedikit di dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk halus bersama bawang putih dan halia.
Apabila naik bau, masukkan bawang besar dan cili api. Goreng sebentar. Masukkan cuka dan garam.
Akhir sekali masukkan pula ikan yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan angkat.
Sekian. Selamat meleleh-lelehan..haha.
ibundo



















