Sunday, October 9, 2011

Mihun Sup

Salam pagi ahad. Acara apa hari ni. Kalau ada acara kenduri kendara, makan nasi briyani lagilah nampaknya. Tengahari semalam dua kali bundo makan nasi briyani. Sendat perut.

Cakap pasal perut  ni, jangan cakap sembarangan.  Sensitif tau. Ada sekali dulu bundo terjumpa kawan lama yang memang dah lama tak jumpa. Bundo usik-usik perut dia dan tanya dah berapa bulan. Rasa macam nak menyorok dalam bonet kereta bila dia kata yang dia tak mengandung pun. Sejak tu kena hati-hati betul bila tanya hal berkaitan dengan perut ni.

Apa kata kita isi perut dengan mihun sup pula.  Ini pun untuk menghilangkan  muak makan nasi.



Bahan:
Mihun yang telah dicelur lembut.

A
2 keping dada ayam
beberapa ketul bahagian ayam yang bertulang dipotong kecil
Air secukupnya.

B
1 inci halia muda *
1 biji bawang besar *
1 biji buah keras *
3 ulas bawang putih *
2 sudu besar  rempah sup
rempah empat sekawan
1 sudu besar serbuk stok ayam

C
ayam yang telah disiat-siat
telur rebus
tauge dicelur
sawi dipotong dan dicelur
bergedil
daun sup dipotong  kecil
sambal kicap





- Rebus ayam dalam air secukupnya sehingga empuk.  Letak sedikit garam. Keluarkan bahagian daging apabila sudah masak.  Biarkan ia sejuk.  Bila ayam sejuk, letak sedikit kunyit dan goreng separa garing.  Kemudian ayam disiat-siat.
- Blender bahan B yang bertanda *.  Campurkan rempah sup dengan bahan yang sudah diblender. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tersebut bersama rempah 4 sekawan sehingga berbau wangi.
- Masukkan ke dalam air rebusan ayam tadi.  Masukkan juga serbuk stok ayam. Rasakan garamnya. Boleh juga dibubuh sedikit serbuk lada putih kalau suka.
- Semasa menghidang, letakkan bersama bahan-bahan C.

Selamat berhujung minggu.

ibundo

Friday, October 7, 2011

Ayam Kurma Merah

Sekejap dah jumaat balik. Pejam celik, keluar dapur masuk dapur, masak, basuh pinggan basuh periuk basuh kuali, dah nak sampai hujung tahun. Buku resepi yang simpan dalam otak, ada yang dah blur dan terpaksa rujuk balik di tempat yang kita catat.  Itu kalau kita catat.  Kalau main ingat-ingat je, alamat ada yang dah tak ingat lah tu. Especially orang yang macam bundo ni.  Jangankan benda yang dah lepas-lepas, nak ambil benda dalam peti ais pun kadang-kadang kena termenung dulu depan peti ais sebab dah lupa apa benda yang nak diambil. Feel familiar?

Masak kurma kat kedai mamak memanglah sedap. Mungkin sebab diaorang bubuh kaskas. Bundo ada staff geng mamak yang buat masak kurma guna kacang yang rupanya macam kacang dal dan rasanya macam 'kacang putih' untuk memekatkan kuah.  Dia ada bagi bundo sepeket dan bubuh dalam segenggam.  Blender dululah.  Memang kuah sedap macam yang kat kedai mamak tu.  Kalau nak beli, pergi kat kedai india yang jual bahan runcit. Cakap nak beli kacang untuk pekatkan kuah kurma, dia tahulah.

Kali ni bundo nak letak resepi ayam kurma tapi yang telah lari dari kebiasaan. Biasalah kita ni kalau duduk di dapur sebolehnya nak cuba buat lain dari yang lain.


1 ekor ayam
santan daripada sebiji kelapa
6 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar cili kering giling
5 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia dihiris panjang
rempah 4 sekawan
3 sudu besar yogurt
1 sudu besar perahan lemon
3 biji ubi kentang dibelah dua
1 biji tomato dibelah empat
2 biji cili merah dibelah
2 biji cili hijau dibelah



-Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan. Bila berbau wangi, masukkan cili. Goreng sehingga masak.
-Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Goreng sehingga masak.
-Masukkan ayam dan yogurt. Masak sehingga berubah warna dan airnya kering.
-Masukkan santan dan garam.
-Apabila mendidih seketika, masukkan kentang.
-Biar kentang empuk dan kuah pekat masukkan perahan lemon, cili dan tomato.
-Siap.  Bundo makan dengan nasi briyani.



ibundo

Thursday, October 6, 2011

Apam Belang

Pergi rumah Gee tengok ada apam belang-belang rasa perkenanlah sangat.  Tengok resepi pun tak adalah payah bebenau.  Bahan pun ada. Apa lagi, bundo pun buatlah.

Bibik cakap, buk! kasi saya resepnya buk.  Enak banget .
Haha.. takdenya bibik bundo nak cakap macam tu. Dia dah berbelas tahun kerja dengan bundo.  Cakap pun dah cakap macam orang mesia. Tapi tang dia nak resepi tu memang betul sebab berkenan dengan kelembutan apam ni.




Nak buat? Bundo ambek resepi ni dari Gee. Gee ambek daripada Ita masam manis. Ita ambek daripada ucu faridah. Adei.. panjangnya pertalian. Apa-apa pun bundo berterima kasih pada yang punya resepi asal dan terima kasih juga pada ita dan gee kerana memanjangkannya sampai ke rumah bundo ni. Izinkan bundo cnp di sini pula ye..

Apam Belang
by: Shamama
Sumber: Ita Masam manis

sumber : gee

Bahan-bahan:
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (shamama guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna



Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkann tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)



Memang terbaik dari ladang, walaupun belang apam ni lebih macam kuda belang jer tak ada seni langsung.


ibundo

URAP

Ada satu restoren di tempat bundo ni yang jual pecal boleh tahan sedap.  Kalau bundo teringat nak makan pecal sedap dan malas nak buat sendiri, bundo beli di situ.  Tapi lama-lama pecal yang sedap tu dah jadi tak sedap.  Mungkin sebab tukang masak yang buat pecal tu dah balik indon. Bila dah tak sedap, bundo pun dah jarang-jarang beli.

Ada kaitan ke dengan urap ni. Bau-bau bacang.  Sama-sama banyak sayur tapi kalau disuruh buat pilihan di antara pecal dengan urap, bundo akan pilih urap.



Bahan:
1 biji jantung pisang, rebus empuk dan hiris kecil
15 batang kacang botor dihiris nipis
2 genggam penuh tauge, dibersihkan dan dijirus dengan air panas
1 cawan kelapa parut *
3 sudu besar udang kering* (boleh dilebihkan)
5 ulas bawang merah***
3 ulas cili api ***
1 sudu kecil lada hitam kasar
1/2 sudu kecil lada hitam ajishio (optional)
garam secukupnya
4 biji limau kasturi diambil airnya




1.Masukkan jantung pisang, kacang botor dan tauge ke dalam mangkuk besar.
2. Sangai kelapa parut dan udang kering sehingga kekuningan
3. Tumbuk kelapa dan udang kering sehingga halus
4. Tumbuk cili api dan bawang merah sehingga halus
5. Gaulkan 3 dan 4 bersama 1.
6. Tambah lada hitam, lada hitam ajishio, garam dan limau dan gaul sehingga rata.
7. Rasakan segala rasanya cukup.  Kalau ada yang terkurang, boleh adjust.

Urap ni sedap diratah begitu saja ataupun digaul bersama nasi panas dan makan dengan ikan goreng serta sambal belacan.

ibundo

Wednesday, October 5, 2011

Ayam Taucu Masak Merah

Saja cuba nak tau apa rasanya kalau taucu dikawankan dengan masak merah. Hmm not bad.

Not much to talk about this time.  Tengah melayan kaki yang berdenyut-denyut sebab terlalu lama berdiri dalam dapur. Ada kengkawan hubby datang untuk dinner, jadi bundo kenalah bersilat berkungfu dengan sudip, sudu, kuali, periuk bagai. Tapi ayam taucu ni masakan semalam.


Bahan:
1/2  ekor ayam
2 sudu taucu
1 peket rempah masak merah maggie
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dibelah dua dan dihiris separa bulat
1 cm halia dihiris mancis
2 batang cili merah dihiris menyerong
6 batang kacang buncis dipotong dua
1biji tomato dibelah 6
daun sup dan daun bawang dipotong anggaran 1 inci
1/2 cawan air




Perap ayam dengan taucu lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.  Apabila wangi masukkan ayam bersama-sama dengan taucunya sekali.  Biar sehingga warna ayam berubah.
Masukkan rempah masak merah maggi. Kacau rata. Apabila ayam hampir masak, masukkan kacang buncis. Gaul dan akhir sekali masukkan cili, bawang besar, tomato, daun sup dan daun sadri.  Padamkan api.


Sekian.  


ibundo

Tuesday, October 4, 2011

Mango Vanilla Panna Cotta

I fell in love with this panna cotta the moment I laid my eyes on the beautiful pics. Really menggoda. So I made an effort to make it right after I had all the ingredients ready.

My maid asked when she saw me peeling the mango's skin off.
Buat apa buk.
Buat puding. 
I wanted to say panna cotta tapi held back the word.  Sebab nanti dia tanya kota mana pulak and I didnt want to make a stupid joke by answering kota jakarta haha.

Anyway, the process was veryyyyyy slow. I made the first layer, poured it into the glasses and placed  them in the refrigerator. Every half an hour I peeped at them. Sempat pergi sana sini shopping bagai and they were still not set. Last last I put them into the freezer.  Kurang sikit tensionnya menunggu kerja tak siap. Bukan apa, really impatient to give it a taste.

To make a long story short, a few hours after pouring the second layer I took a sudu and started to dig into it and found myself couldnt stop digging. Tasted really good and had two thumbs up from my children.  Siap suruh buat lagi.


So Yat, thank you for the recipe.  I really like it and allow me to share the recipe here.

Mango Vanilla Panna Cotta ~ Yat easybakes

125ml whip topping
125ml full cream milk
2t gelatin powder
20ml cold water
1/2 t vanilla
20g sugar

Heat milk, whip topping/cream and sugar in a saucepan over medium heat
Stir just until sugar dissolves & off the fire
In 20ml cold water, add gelatin & wait till it blooms
Add into cream mixture, add vanilla & stir well
Pour into moulds
Place in the fridge to set for a couple of hours or overnight



Mango Layer

200ml mango puree
20g sugar (or less if your mango is sweet)
2t gelatin powder
20ml cold water

Heat mango puree and sugar in a saucepan over medium heat
Stir just until sugar dissolves & off the fire
In 20ml cold water, add gelatin & wait till it blooms
Add to mango mixture  & stir well
Pour onto vanilla layer
Place in the fridge to set for a couple of hours until set
 



The photo may not as mouth-watering as yats photo but the taste is as good hehe.


ibundo

Monday, October 3, 2011

Rock n Roll

Tengahari tadi pergi kenduri kahwin.  Makan nasi briyani lauk ayam percik dan rendang daging. Bila dah makan heavy macam tu, malam kena bagi balance. Makan banyak sayur atau buah. Macam roll yang bundo buat ni.  Inti sikit sayur lebih haha. 


Nak bagi resepi ke.  Ni masakan orang malas. Tapi kalau nak letak boleh gak.

Bahan:
Tortilla bread beli dah siap
Salad
Timun
Tomato
Mayonis atau thousand island

inti:
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar didadu
sedikit cauliflower dipotong kecil
sedikit brocolli dipotong kecil
1 biji ubi kentang dihiris nipis memanjang
1 ketul dada ayam dipotong kecil
1/4 cawan mix vegetables
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu butter untuk menumis


Panaskan butter.  Tumis bawang putih. Bila wangi, masukkan ayam.  Goreng sehingga ayam bertukar warna.  Masukkan ubi kentang.  Masak sehingga lembut.  Masukkan pula sayuran lain, tepung jagung dan garam.  Bila sayur lembut dan kuah pekat, padamkan api.

Bentang roti dan sapukan sedikit mayonis atau thousand island. Susun salad, timun dan tomato.  Letak inti di atasnya dan gulung roti tortilla.  Banyak inti adalah mengikut selera masing-masing.


ibundo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...