Sunday, June 5, 2011

Telur sosej

Sebenarnya nak buat telur dadar tetapi oleh sebab kuali melekat tertukar jadi scramble.  Layan jelah.


Bahan:
5 biji telur
1/4 cawan susu segar
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk dan pukul sebentar.
Inti:
5 batang sosej ayam atau daging.  Potong nipis.
1/2 capsicum hijau potong dadu
1/2 capsicum merah potong dadu
1 biji bawang merah didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 biji tomato didadu
1 batang celery dihiris
3 sudu kacang peas
minyak zaitun untuk menumis (minyak lain pun boleh)

Panaskan minyak.  Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila naik bau masukkan sosej.  Kacau sebentar dan masukkan bahan lain kecuali tomato.  Bila hampir masak masukkan tomato dan padamkan api. Ketepikan.
Panaskan minyak atau sedikit butter. Bila panas, masukkan telur. Masukkan pula bahan inti.  Kacau perlahan-lahan sehingga telur kering dan agak garing.  Siap.


kakpah

Saturday, June 4, 2011

Spageti bebola ayam



Makan spageti di rumah lebih puas banding makan di kedai.  Kalau buat sendiri kita boleh bubuh macam-macam.

Bahan:
A
1 bungkus spageti (rebus sampai lembut)
1 botol sos spageti kimball. 
4 sudu besar tomato puri
1 bungkus daging cincang ramli
1 biji capsicum hijau didadu
1 biji capsicum merah didadu
1 biji tomato didadu
2 biji bawang merah didadu
3 ulas bawang putih didadu
1 tin cendawan butang (ada halal jakim)
Bebola ayam ikut banyak mana suka
2 sudu besar cili kering yang sudah diblender (kalau mahu rasa pedas)
sedikit lada hitam
garam


B
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu butter
1 cawan air


Cara:

Buat bahagian B dulu.  Panaskan butter.  Masukkan tepung kacau hingga berbuih. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau supaya tidak bergentel.  Kalau terlalu pekat, tambah air.  Ketepikan.

Panaskan minyak.  Tumis bawang.  Masukkan cili. Biar cili masak. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.  Masukkan sos spageti kimball dan juga tomato puri. Masukkan bebola. Masukkan capsicum dan cendawan butang.  Tambah satu cawan air.  Biarkan mendidih.  Kemudian masukkan bahagian B.  Tambah garam dan lada hitam.  Masak hingga kuah pekat.

Selamat mencuba.

kakpah

Friday, June 3, 2011

Pucuk paku masak lomak tempoyak

Kalau duduk di kampung, pucuk paku kita petik tepi sungai.  Merata-rata ada pucuk paku.  Tapi duduk di bandar ni, terpaksalah beli di pasar. Itupun banyak yang bukan pucuk lagi.  Dah keras.

Di sini mak ajar kamu buat gulai pucuk paku.



Bahan:
2  ikat pucuk paku beli di pasar.
(Ambil bahagian yang lembut sahaja. Batangnya pun boleh diambil asal lembut)
Cili api secukupnya ikut pedas yang dikehendaki
3 ulas bawang kecil dihiris
2 ulas bawang putih di hiris
Santan dari sebiji kelapa
segenggam ikan bilis atau dalam 15 ekor udang sederhana besar
2 sudu besar tempoyak

Bersihkan pucuk paku.
Masukkan semua bahan kecuali tempoyak dan pucuk paku ke dalam periuk.
Bila mendidih, masukkan pucuk paku. Masak sehingga pucuk paku lembut. Kacau kuah sentiasa supaya santan tidak pecah.  Masukkan tempoyak dan sekeping asam gelugur. Rasakan garam. Matikan api bila kuah agak pekat.


kakpah

Ayam masak merah




Bahan-bahan

Satu ekor ayam yang siap dipotong, gaulkan dengan sedikit kunyit dan sedikit garam.
minyak untuk mengoreng ayam
2 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
sedikit halia
1/2 tin kecil tomato puree
10 sudu besar cili kering yang sudah diblender.
1 tin kecil kacang peas (asingkan air dan kacang)
garam dan gula secukup rasa.


Ayam yang sudah digaul dengan kunyit dan garam, digoreng 3/4 masak.  Ketepikan.
Bawang besar, bawang kecil dan halia diblender.
Ambil sedikit minyak menggoreng ayam tadi dan panaskan dalam kuali.  Tumis bahan yang sudah di blender. Masukkan cili.  Kalau suka pedas, boleh lebihkan cili.  Tumis sehingga cili masak. Kemudian masukkan tomato puree, garam, perasa dan 4 sudu besar air kacang peas. Bila sudah betul2 masak, masukkan ayam goreng tadi. Boleh ditambah sedikit air sekiranya kuah terlampau pekat.
Kemudian masukkan kacang peas.  Kacau sebentar sahaja dan padamkan api.


Kakpah

Wednesday, May 18, 2011

Carrot Walnut Cake


Bahan A
250 gm butter
300 gm castor sugar

Bahan B
1 tsp esen vanila
5 biji telur gred B

Bahan C
340 gm tepung super fine
1 tsp baking powder
1/2 tsp cinnamon powder

Bahan D
150 gm kacang walnut , dipanggang sekejap dan di cincang kasar
150 gm pineapple cubes - di dadu kecil
350 gm carrot diparut dan diperah airnya
100 gm chocolate chips

Untuk cream
250 gm cream cheese
100 gm butter
80 gm gula icing

Cara:
Pukul A sehingga creamy.  Perlahan-lahan masukkan B.  Fold in C dan masukkan D. Gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam dulang empat segi bersaiz 9 inci atau 10 inci kali 7 inci. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suku 175 deg C selama satu jam. Bila masak, sejukkan.

Untuk cream.
Pukul semua bahan sehingga kembang dan ringan.  Sapukan di atas kek apabila kek sudah sejuk.


kakpah

Tuesday, May 10, 2011

Salad timun



Bahan:
Sebiji timun dipotong dadu
dua biji tomato dipotong dadu besar
1 labu bawang besar dipotong dadu
cili api ikut suka kepedasan yang dikehendaki.  Di hiris ikut suka.
kicap dalam 5 sudu. Boleh ditambah kalau tak cukup.
Limau nipis.

Gaul semua dan perahkan limau nipis.


kakpah

Tuesday, May 3, 2011

TENGGIRI MASAK KICAP BERSANTAN



Empat keping ikan tenggiri sederhana besar
Santan dari sebiji kelapa
2 biji terung (di potong ikut suka) atau bendi
1 atau 2 biji tomato dibelah empat
3 biji cili hijau dibelah dua
1 biji bawang besar di belah empat
4 ulas bawang kecil dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Halia secukupnya, dihiris
2 kuntum bunga lawang, kayu manis, beberapa biji buah pelaga dan bunga cengkih
1 sudu besar cili kering yang sudah dikisar1 sudu besar kicap pekat
4, 5 sudu besar kicap cair (boleh tambah sekiranya perlu)
asam keping

Cara:
Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan kunyit.  Goreng tetapi jangan sampai garing.
Ketepikan.
Ambil sedikit minyak menggoreng ikan tadi, tumiskan bawang kecil, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan. Kacau sehingga naik bau. Masukkan cili kering. Tunggu sehingga cili masak. Masukkan kicap pekat dan kicap cair. Kacau. Masukkan santan.  Tunggu sehingga mendidih baru masukkan ikan. Masukkan pula terung atau bende. Apabila terung atau bende hampir empuk, masukkan asam keping dan bawang besar.
Bila sudah hampir masak, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau sebentar dan matikan api.  Jangan lupa rasakan garamnya semasa sedang masak tadi.
Kalau ada belimbing buluh, gantikan asam keping dengannya. Rasanya lagi terangkat.

kakpah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...