Monday, March 28, 2011

Kerang Rendang

Bagi anak-anak yang sukakan sedikit kelainan, di sini mak ajar bagaimana membuat kerang rendang.



Bahan:
A
2 kilo kerang.  Dicuci, rebus dan keluarkan isi.
Daun kunyit dihiris
 B
Santan pekat daripada satu biji kelapa.
Setengah inci lengkuas diketuk
Setengah inci halia diketuk
2 batang serai diketuk
3 ulas bawang putih diketuk
5 ulas bawang merah dihiris nipis

2 sudu kerisik
Cili api mengikut kepedasan (kalau tak suka pedas, cukup 10 biji sahaja)
Kunyit serbuk adabi

Cara:
Masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Biarkan hingga mendidih dan kuah agak pekat.  Kacau selalu supaya santan tidak pecah.  Masukkan bahan A. Rasakan garam dan masak hingga kuah pekat.


kakpah

Sunday, March 27, 2011

Ais Krim Goreng

Mudah membuatnya.

Bahan-bahan yang mesti ada:


Lihat gambar di atas:
Roti, botol penyembur tu , cutter dan semestinya aiskrim.

Macamana nak buat?

Mula-mula ambil dua keping roti. Penyek-penyekkan sikit.  Kemudian semburkan sedikit air di atas permukaan roti.  Sekali sembur saja.  Jangan sampai basah kuyup pula.






Kemudian ambil satu scoop aiskrim.  Letakkan di atas sekeping roti tadi, betul-betul di tengah. Roti yang sekeping lagi tu, tangkupkan ke atasnya.



Tekan sedikit di sekeliling roti.





Ambil cutter, tekan sekuat-kuat hati (haha) sehingga roti terpotong seperti di bawah.



Okay, siap.  Buatlah beberapa keping mengikut selera masing-masing.
Masukkan ke dalam bekas dan simpan di freezer selama tiga jam. Kalau dah tak menyempat nak makan, boleh juga digoreng tapi aiskrim akan cair. Jadi, ikut cakap sifu.  Simpan 3 jam dalam freezer atau lebih.

Bila hendak makan, panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam. ( Aiskrim yang makcik goreng tu tak tenggelam sebab minyak tak cukup).  Bila minyak sudah panas, keluarkan aiskrim tadi dari freezer.  Goreng sekejap sahaja sampai bewarna kekuningan.





  Siap!!!  jom makan.. sila.. sila..




Wednesday, November 24, 2010

banana milkshake

Haritu imah buat banana milkshake. Boleh tahan rasanya.



Resepinya:
1 sllice banana
1 cup fresh milk yang sejuk
2 tbspoon peanut butter
1 scoop ice-cream (vanila)

Masukkan semua bahan kecuali ice-cream ke dalam blender. Putar. Tuang ke dalam gelas dan letak satu scoop ice-cream vanila.

Siap!!!

Sunday, October 24, 2010

AYAM PADANG

Setiap kali ke negara seberang, mak akan cari restoren padang. Baru-baru ini semasa mak dengan ayah ke Pekan Baru, kami makan di restoren Pak Nordin, satu kedai makan yang agak terkenal dengan masakan padang.

Dulu semasa makcik Mis datang dari jakarta, mak ada minta resipi masakan padang daripadanya. Mak tidak catat di buku, hanya ingat di minda sahaja. Sekiranya Nuke ada membaca resipi macik ini, tolong perbetulkan sekiranya silap ya. Udah tua deh..

Tapi yang mak buat ini tidak kurang sedapnya.


Bahannya:
A
1 ekor ayam organik dipotong ikut suka (bukan ayam organik pun boleh)
1 biji kelapa - asingkan santan pekat dan santan cair

B
Dua batang serai dihiris
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
satu inci halia
satu inci lengkuas
1 ketul kunyit hidup sederhana besar
5 biji buah keras
5 ulas cili api yang merah (kalau nak pedas boleh tambah)
2 ulas cili besar yang merah
6 helai daun limau purut dibuang uratnya
2 helai daun kunyit

Blender kesemua bahan B.
Ayam yang sudah dibersihkan, dimasukkan ke dalam periuk.
Masukkan bahan B yang sudah dikisar ke dalam ayam. Perap selama 1/2 jam.
Panaskan api dan jerang ayam sehingga air ayam kering. Masukkan santan cair. Apabila ayam hampir empuk, masukkan santan pekat. Rasakan garam dan asamnya. Gunakan asam daripada sebiji limau nipis untuk rasa lebih enak.



Selamat mencuba wahai anak-anak.


Friday, October 22, 2010

Sambal Betik Kacang Botor

Mak dapat resipi ni masa menonton ruangan masak-masak di tv. Lepas tu mak cuba buat bila semua bahan-bahan sudah lengkap. Anak-anak tidak berapa gemar kerana rasa pelik makan betik yang dibuat sayur tapi mak suka. Kamu, anak-anak mak semua mesti suka makan sayur.

Bahan:
A.
Beberapa batang kacang botor (potong menyerong)
1/2 biji betik yang masih mengkal (dibelah dan dipotong menyerong)
B.
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
1 batang serai
1 sudu besar udang kering
sedikit belacan
beberapa helai daun limau purut

Blender bahan B sehingga halus. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan keluar minyak. Masukkan betik. Kacau dan masak sehingga hampir lembut. Masukkan kacang botor.



Begitu saja. Senang kan?

Tuesday, October 19, 2010

Telur Dadar Sosej Mayonis


Mak dapat idea ni semasa baring-baring tengok channel afc. Mudah sahaja. Tutup mata pun kamu boleh buat.


Bahan:
6 biji telur
secubit garam
4 sudu besar mayonis
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil lada sulah halus
4 batang sosej
5 sudu besar mix vege

cara:
Rebus sosej sebentar. Angkat dan potong nipis.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan secubit garam dan kocok sebentar.
Panaskan kuali, masukkan sesudu butter dan masukkan telur. Kacau biar hancur kasar.
Masukkan mayonis, lada hitam, lada sulah, mix vege dan sosej yang sudah dipotong. Gaul rata.
Siap....

kakpah

Wednesday, October 13, 2010

BUN SARDEEN

Salam.

Pagi tadi lepas subuh, aku keluar dari pantai sekejap sebab barang-barang tesco belum beli lagi. Aku meredah pagi dengan kirin yang sama-sama tidur dalam bilik imah malam tadi. Sebelum pulang sempat juga menyakat imah yang tinggal sengsorang dalam bilik itu.

Selepas pulang dari tesco perut terasa amat lapar. Aku tengok roti burger ada 5 ketul. Sardin pun ada dua tin. Maka aku pun teringat akan resepi dari cik mimi semasa aku merayau-rayau ke rumahnya tempoh hari. Bermulalah projek aku. Buat..snap. Buat....snap. Memang rancangan aku untuk main masak-masak bersama kengkawan hari ini.




Cik mimi namakan roti ni roti sadin. Aku namakan Bun Sardeen. Biar bunyi gempak.

Barang yang diperlukan:
A.
bun burger

B (inti)
1 tin kecil sardin dihancurkan
bawang besar sebiji dipotong dadu
1/2 biji buah tomato dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris kecil
sedikit daun sup/bawang dihiris
perahan sebiji limau kasturi
sedikit garam

C.
Sebiji atau dua biji telur dikocok.
.
.
.
.

Campurkan bahan A, masak sebentar di dalam kuali. Angkat dan biarkan sejuk.



Bun burger dipotong dua. Belah tengah tetapi jangan putus.


Masukkan inti tadi. (Boleh juga dipelbagaikan inti ini. Ikut suka dan selera masing-masing)



Panaskan sedikit majerin di dalam kuali leper yang tidak melekat. Celup permukaan roti yang dibubuh inti tadi ke dalam telur dan letakkan ke dalam majerin yang telah panas. Apabila sudah masak, goreng pula sebelah atas dan bawah roti.


Sekian. Sedia untuk dinikmati bersama sos cili, mayonis atau apa saja sos kegemaran anda. Boleh dimakan begitu saja ataupun dengan fries, salad dan sup cendawan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...