Sunday, February 21, 2010

LAWA TERUNG

Salam.

Pernah buat lawa terung? Rasanya sungguh enak. Persediaannya juga mudah.


Anda cuma perlukan:

Terung panjang
santan pekat
cili api
bawang yang dihiris
limau
sedikit lada hitam
garam secukup rasa


Mula-mula terung dibakar. Suka hatilah nak banyak mana. Kalau nak lebih wangi, bakar atas bara arang atau letak atas tudung periuk dan bakar atas dapur. Aku cuma masukkan dalam oven. Bakar sehingga empuk.

Kulit terung aku ni berkilat sebab aku taruk sedikit butter bila membakarnya , takut melekat. Kalau tak bubuh pun tak mengapa.



Tunggu sehingga sejuk dan buang kulitnya. Siat atau potong terung itu seperti ini:



Sementara itu siapkan bahan-bahan lain.





Masukkan terung ke dalam bekas. Campurkan bahan-bahan, santan, garam dan perahkan limau. Rasakan semua masam, pedas dan masinnya cukup. Makan segera dengan nasi panas.

Lawa ini tidak boleh disimpan lama sebab santannya tidak dimasak.

Selamat mencuba.

Saturday, February 20, 2010

ROTIJON SARDIN



bahan:
roti hotdog satu bungkus
sadin satu tin
sedikit kubis (dihiris macam buat coleslaw)
timun dihiris
1/2 biji bawang besar didadu
3 biji telur
mayonis
cilis sos

Masukkan sadin ke dalam bekas. Hancurkan. Masukkan kubis, bawang. Gaul rata. Masukkan telur. Kacau. Rasakan garam.
Roti hotdog di belah dua tapi jangan putus, disapu dengan majerin dan di bakar di atas kuali leper. Angkat. Ambil sesenduk adunan sardin, letakkan atas kuali leper. Letakkan roti hotdong yang telah dibakar tadi di atasnya. (Yang dibakar arah ke bawah). Biarkan hingga masak.

Angkat. Paipkan mayonis dan sos cili. Letak hirisan timun. kalau nak letak salad pun, boleh. Makanlah begitu saja ataupun buat kuah cilinya.

Wednesday, January 20, 2010

KARIPAP HIGH 5

Salam.


Dua hari lepas aku menyuruh kirin membeli roti untuk aku buat croutons yang nak dimasukkan ke dalam caeser salad aku. Kirin membeli satu buku panjang roti gardenia. Aku cuma pakai beberapa keping saja dan selebihnya tersadai di dapur. Dalam bulan puasa ni roti sandwich gardenia tak berapa laku di rumah aku.

Kemudian, semasa aku menonton tv acara masak-masak chef-apakenamanya-aku-dah-lupa, membuat karipap pakai roti high 5. Aku mengambil idea itu dan kebetulan pula inti sotong sumbat aku ada berlebihan. Aku mahu berkongsi idea ini dengan sesiapa yang sudi. Sekiranya belum ada idea nak buat kuih apa untuk berbuka petang ni, bolehlah cuba karipap gardenia ini.



Barang yang diperlukan cuma roti gardenia atau high 5 dan inti karipap. Inti karipap ni ikut citarasa anda. Kalau suka daging sama kentang, buatlah daging sama kentang. Kalau suka sardin, buatlah sardin. Kalau suka ayam, buatlah inti ayam. Pandai-pandailah.

Mula-mula ambil sekeping roti dan gelek dengan rolling pin sampai nipis dan mampat. Buang kelilingnya. Oops lupa nak cakap. Sebelum tu bancuh sesudu tepung dengan sedikit air menjadi adunan yang pekat tapi jangan pekat sangat.


Kemudian sapu bancuhan tepung tadi di tepi sekeliling roti. Gunanya seperti gam untuk melekatkan roti itu bila dicantumkan.


Bubuh intinya. Jangan banyak sangat nanti meleleh ke tepi dan roti tak boleh melekat.

Cantumkan seperti ini:




Dan tekan tepinya dengan garpu untuk securekan lipatan:


Dan goreng.



Sodap!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...