Tuesday, December 13, 2011

Ayam ketumbar

Dulu pantang ada cuti panjang pada hujung minggu.  Pasti kami sekeluarga berdesup balik kampung dan sama-sama berdedai-dedai dengan orang lain memenuhi lebuhraya. Itu dulu.  Semasa arwah emak masih ada. Semejak pemergian emak kami jarang sekali berebut-rebut balik kampung. Apatah lagi abah bundo tinggal di sini bersama bundo.  Rumah kampung sudah kosong. Cuma dihuni waktu siang oleh abang sulung yang sukarela menjaganya.

Begitu jugalah cuti panjang hujung  minggu ini. Kami tak kemana-mana.  Kami hanya memenuhi jemputan kenduri. Satu kenduri kami pergi tersalah waktu.  Kenduri dibuat sebelah malam, kami pergi tengahari.  Dan satu kenduri lagi memenuhi jemputan kawan lama yang memang sudah terlalu lama tidak bertemu muka.



Masakan kali ini adalah masakan simpel.  Bundo letak di sini buat rujukan anak-anak yang ingin sangat nak tahu 'emak masak ni macamana'.

Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil.
2 biji bawang besar dihiris*
2 ulas bawang putih *
6 biji cili api *
2 batang serai 
2cm halia dipotong julien halus
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar cajun
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar jus lemon
1 cawan air
garam secukupnya
beberapa batang baby carrot
1 biji tomato dibuang bijinya dan didadu kasar



-Tumbuk cili api hingga lumat. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan tumbuk kasar.
-Serai dipotong anggaran satu inci dan ditumbuk kasar.
-Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan tumbuk dan halia sehingga wangi. Masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar dan cajun.  Gaul rata.
-Masukkan ayam.  Goreng sebentar sehingga berubah warna. Tambah sos tiram dan sedikit garam. Gaul lagi dan masukkan pula air.
-Masak sehingga kuah pekat. Masukkan baby carrot dan jus lemon.
-Akhir sekali sebelum diangkat, masukkan tomato.  Gaul rata.



Sekian.
Bundo nak tutup dapur kejap.  Banyak hal nak diuruskan harini.


ibundo

13 comments:

cikmanggis said...

salah kenduri..salah hari..salah pergi kenduri org lain jemput kami makan salah dewan hehe..semua tu dah kami alami..malu giler:)...nnt nak cuba buat ayam ni....cuti cuti ni kebetulan suami kursus jadi saya pulun tido kakpah..tak masak :)..buat taik mata je hihi...

Anna Qawina said...

salam..nampak macam nak kena tanak nasik pagi2 nih..heheh..mintak bawak balik lauk yer..

Chik Mimi said...

sedapnya kak pahhhh

Gee® said...

Bundo ni selalu masak yg mengancam laa... bila Bundo nk buat kenduri ni...nk dtg makan....

CT Delima said...

As'salam Ibundo

Singgah dipagi hari buat perut berlagu mendayu2 mintak disuap segengam nasi. Tapi kalau ada lauk sampingan yang menyelerakan alangkan nikmatnya. Lihat pada resipi dari Bundo ni emm...membuka selera. Tapi nak lembutkan ayam dalam freezer tu ambil masa yang lama. simpan dulu resipi harap2 anak2 yang suka makan ayam akan menikmati hidangan dari resipi Bundo ni dengan seleranya. mohon amik resipi dulu ya Bundo, ingin juga mencuba nanti. Tr kasih hati2 bila melakukan kerja2 tu Bundo :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sedap tu bundo,kita masak pulut pagi ni.Boleh tukar suka sama suka???

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Pah..
Amboi..amboiiii.. Pagi2 dah tayang lauk ni.. Kena masak nasi cepat2 lah nampaknya ni...

anymz said...

tersadung kaki masuk dapur akak ni hah..best boto nampak lauk akak tu..nak try lah buek..:)

Liza said...

salam akak....Liza dah bersila ni, nasi putih ngan ayam ketumbar satu pinggan yer.....hiihihhi
nmpk sedap ayam akak tu...

ibundo said...

cikmanggis,
alamak... sedapnya dapat relek2 macam tu hehe..

anna,
bawak le balik sepinggan

chikmimi,
ish.. buat dulu baru tahu sedap ke tak..

gee,
kenduri besar belum tahu bila haha.. kalau kenduri pun belum gerenti masak sendiri hii..

ct,
salam. samalah dengan anak2 bundo ni. ayam.. ayam.. ayam.. suka sangat dengan ayam. ikan pula memilih. sebab tu lauk pauk bundo ni banyak gunakan ayam.

ros,
boleh ros.. nak yang pastri gulung tu gak.

naz,
wkslm... dah masak ke belum..

anim,
simpel yo nim. cajun ko pun ado lai tu hee..

liza,
er.. siap!!!

Unknown said...

sedapnya kalau dapat makan ngan nasi panasx2 ni..menyelerakan betul la kak:)

Ayu said...

Assalam bundo..
aahlah nampak sedap lauk ayam ketumabr tu ada bubuh cajun dalam bahan2nya tu ya..boleh masuk list ni..thanks bundo for sharing..

izahdaut said...

kak pah.. sihat ke?lama dah tak de update baru. bz ye. sedap nyer ayam dimasak bau2 rempah. ada cajun lagi. wahhh nak jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...