Ayam masak lada hitam ni dah terlupa bila bundo buat.
1/2 ekor ayam potong kecil , gaul dengan kunyit dan sedikit garam
1cm halia dihiris nipis dan dipotong halus memanjang
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
2 biji cili merah dihiris
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
sedikit air
daun bawang dan daun sadri dihiris
Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
Panaskan minyak. Tumis halia, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan ayam. Bubuh sos tiram, kicap dan sos lada hitam. Gaul rata.
Tambah sedikit air. Gaul. Masukkan lada hitam dan cili. Masak hingga kuah pekat.
Akhir sekali masukkan bawang besar, daun bawang dan daun sadri. Tutup api.
ibundo
16 comments:
Sedap la buat makan lunch hari ni.
Kak Pah
kalo akak amik gambo kan...even the bawang dlm dish tu can look so appealing taw! Pujian ikhlas di pagi hari ni..heheh...
nak buek gak tapi nak guno daging kot..:)
akak ni kalau buek tu selero yo namapk ea,apo sal kaklong buek cam tak cantik yo...huhuhuhu!
adoyaiii....kenapa ada lauk sedap kat sini... laporrrrr
As'Salam ibundo
masuk sini trus perut bredondang sayang mintak disuap nasi..bundo masakkan ni nampak sangat2 sedap.
MasyaAllah MasyaAllah...menggoda betul ayam bonda ni! aisehh x boleh jadi ni,lapar dah pagi2 hik hik
huarghh..laparnya....
Assalamualaikum,
Fuhhhh.....mengancam selera ni
sedapnya tgk lauk akak ni...memang menyelerakan:)
Ros,
dah jumaat dah hari ni baru dapat masuk balik tengok komen. Dah lunch ke ros.
Yat,
ko suka makan bawang ek
anim,
daging sodap gak
kaklong,
haha.. tak dapek den nak nolong e
gee,
dah makan?
ct delima,
pekabar ct. Bundo belum sempat nak melawat dapur ct.
Siti aisya,
dah makan ke belum.
anna,
jom pekena roti canai
watie,
wkslm... sila..sila..
Nieza,
sila amek seketul
slm bundo...emm, sedapnyer nmpk ayam ni..menggiurkan betul la
ita suka resepi macam ni.. makan nasi panas2 .. memang tak toleh kiri kanan
Wah tgk gambar pun dah terliur. Kalau di dpn mata tak pandang kiri kanan dah.. Cepat2 jer nak senduk nasi...
nampak sangat sedap kuenya , ijin copy resepnya !! Jelly Gamat Luxor
Post a Comment