Thursday, November 17, 2011

Ayam lada hitam

Bundo masih di penang tapi kejap lagi dah siap-siap nak balik.  Tak sabar rasanya nak berkinja-kinja dalam dapur yang sudah ditinggalkan sejak hari senin. Kesian anak bundo yang tengah ambil spm kena tinggalkan lama-lama. Tiap-tiap hari bundo telefon bagi perangsang dan tanya kabar. Tapi tau-tau jer lah anak-anak ni.  Bila kita tanya semua dia jawab okay je.

Ayam masak lada hitam ni dah terlupa bila bundo buat.


1/2 ekor ayam potong kecil , gaul dengan kunyit dan sedikit garam
1cm halia dihiris nipis dan dipotong halus memanjang
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
2 biji cili merah dihiris
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
sedikit air
daun bawang dan daun sadri dihiris



Goreng ayam separuh masak.  Ketepikan.
Panaskan minyak.  Tumis halia, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan ayam. Bubuh sos tiram, kicap dan sos lada hitam.  Gaul rata.
Tambah sedikit air. Gaul.  Masukkan lada hitam dan cili. Masak hingga kuah pekat.
Akhir sekali masukkan bawang besar, daun bawang dan daun sadri.  Tutup api.


ibundo

16 comments:

  1. Kak Pah

    kalo akak amik gambo kan...even the bawang dlm dish tu can look so appealing taw! Pujian ikhlas di pagi hari ni..heheh...

    ReplyDelete
  2. nak buek gak tapi nak guno daging kot..:)

    ReplyDelete
  3. akak ni kalau buek tu selero yo namapk ea,apo sal kaklong buek cam tak cantik yo...huhuhuhu!

    ReplyDelete
  4. adoyaiii....kenapa ada lauk sedap kat sini... laporrrrr

    ReplyDelete
  5. As'Salam ibundo


    masuk sini trus perut bredondang sayang mintak disuap nasi..bundo masakkan ni nampak sangat2 sedap.

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah MasyaAllah...menggoda betul ayam bonda ni! aisehh x boleh jadi ni,lapar dah pagi2 hik hik

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Fuhhhh.....mengancam selera ni

    ReplyDelete
  8. sedapnya tgk lauk akak ni...memang menyelerakan:)

    ReplyDelete
  9. Ros,
    dah jumaat dah hari ni baru dapat masuk balik tengok komen. Dah lunch ke ros.

    Yat,
    ko suka makan bawang ek

    anim,
    daging sodap gak

    kaklong,
    haha.. tak dapek den nak nolong e

    ReplyDelete
  10. gee,
    dah makan?

    ct delima,
    pekabar ct. Bundo belum sempat nak melawat dapur ct.

    Siti aisya,
    dah makan ke belum.

    anna,
    jom pekena roti canai

    watie,
    wkslm... sila..sila..

    Nieza,
    sila amek seketul

    ReplyDelete
  11. slm bundo...emm, sedapnyer nmpk ayam ni..menggiurkan betul la

    ReplyDelete
  12. ita suka resepi macam ni.. makan nasi panas2 .. memang tak toleh kiri kanan

    ReplyDelete
  13. Wah tgk gambar pun dah terliur. Kalau di dpn mata tak pandang kiri kanan dah.. Cepat2 jer nak senduk nasi...

    ReplyDelete