Tuesday, November 6, 2012

Pratha gulung sayuran

Makanan ni bundo buat semalam.  Untuk dinner bundo cuba untuk tidak makan nasi. Cuba banyakkan makan sayur dan buah sahaja.
Yang ini sebenarnya bundo buat untuk bundo sahaja tapi ramai pula orang lain yang mengendeng.




Bahan:
beberapa keping roti pratha
3 tangkai bayam ambil daunnya sahaja
1/2 batang carrot diparut kasar
1/4 batang celery didadu
1/2 tongkol jagung manis
1/2 biji bawang besar didadu
1sudu kecil parsley kering
1/2 sudu kecil lada hitam ajishio
1 sudu besar butter/majerin
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air




1. Panaskan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga berbuih.  Tambah air, kacau laju sehingga tidak berketul dan licin.  Sekiranya kurang air, tambah sedikit air.
2. Masukkan parsley kering, lada hitam dan garam.  Kacau rata.
3. Masukkan pula sayuran dan masak sehingga kuah pekat dan sayur masak.
4. Biarkan sejuk seketika.
5. Roti pratha dimasak di dalam kuali tidak melekat.
6. Ambil sekeping roti pratha, bubuh sayur dan gulung.
7. Makan ketika panas kerana roti masih rangup.



Hari ini cucu bundo Hafiy akan masuk ke OT untuk diambil air tulang belakang. Doktor mahu pastikan samada sakit hafiy ada kaitan dengan lukemia atau tidak. Tolong doakan...


ibundo

14 comments:

Chot said...

Salam...semoga Hafiy baik2 sja. Aamiin.

Marsita Yahya said...

Salam Bundo...wah..sedap nya prata ni...menyihatkan jugak ya...boleh buat starter/appetizer.

Marsita Yahya said...

Oops lupa....semoga Hafiy baik-baik aje ya....saya ada anak saudara yang dapat leukimia masa tahun 6 tapi alhamdulillah sekarang dah semboh...tahun ni ambik SPM dah dia..

ady said...

as-salam
They are perfect!!!i like it..

ejaMaria said...

alahai... salam takziah untuk Hafiy cucu Bundo... kecil lagi dah kena ambil air tulang belakang... sedihnya...

CT Delima said...

As'salam Ibundo

Doa ct semoga Hafiy sentiasa sihat dan akan cepat sembuh..Aminnn

gambar dah cantik menu sudah semestinya sedapp!

Gee® said...

Aduh mak aii...!!! terpesona tgk paratha Bundo tu... perut pon keroncong terus...

Shiela said...

hmm.. nampak sedap laa bundo.. boleh cuba ni.. :)

Nadz Nazharzan said...

Wahhh..menariknya paratha bundo.. Suka isiannya yg sayur2an tu..

yan's cottage said...

sedapnya ibundo.....mintak cikit boleh....sama kita doakan hafiy di jauhkan dari penyakit dan sihat selalu.....

Unknown said...

best sangat tengok prata ni cantik da menarik saya dah tertarik ni Bundo tapi tak dpt tarik hanya dpt tengok je kena buat jugak ni pastiiiiiiiiii

rahel said...

Mesti sedap ni...tengok gambar pun jadi la...

Qasey Honey said...

berselera tgk prata ni..dgn gambonya yg cntik tu...

mummy said...

Salam Bundo,
hidangan sihat ni.... boleh mummy cuba.... mummy doakan semuga Hafiy cepat sembuh insyaallah amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...