Friday, July 22, 2011

Omelet Cendawan

Dari anak kecil sehinggalah yang dah tua, kebanyakannya memang suka makan telur dadar. Kalau hanya ditambah hirisan bawang, cili dan secubit garam sudah sedap rasanya, apatal lagi kalau ditambah bermacam-macam isian.


Bahan untuk omelet ini:

6 biji telur
1/2 biji bawang besar didadu kecil
1 biji bawang putih dicincang halus
1/2 biji tomato didadu kecil
daun sup dan daun bawang diracik halus
1/2 tin cendawan butang dihiris halus
3 atau 4  sudu besar sos thousand island
garam secukup rasa

Panaskan sedikit majerin di dalam kuali. Tumis bawang putih. Bila harum, masukkan bawang merah. Masukkan pula cendawan dan akhir sekali daun sup dan tomato. Tambah sedikit garam. Padamkan api. Ketepikan.
Telur dipecahkan ke dalam mangkuk dan pukul sedikit sahaja. Masukkan bahan yang ditumis tadi.  Masukkan juga sos thousand island. Kalau garam belum terasa, tambah garam. Gaul rata bahan-bahan ini. Bahagikan bahan kepada 3 bahagian.
Panaskan pan tidak melekat. Bubuh sedikit majerin kalau perlu. Masukkan satu bahagian telur tadi. Kecilkan api. Kacau telur di dalam pan.  Bila hampir mengeras, biarkan sebentar dan semasa atasnya masih basah-basah, gulung telur sedikit demi sedikit.
Adunan ini boleh membuat 3 keping omelet.

Di sini juga bundo ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih pada
mamahawa yang telah menghadiah award yang cantik ini.



Bundo panjangkan pula award ini pada Cik Azz, Erna, Ena, KTS, CikIna, Kaklong, EjaMAria, Secangkir madu merah. Bundo tak dapat nak sebut semua.  Sudi-sudikanlah ambil ya..

ibundo

26 comments:

Azlita Aziz said...

selamat pagi ibu...
ade telur dadar pulak kat sini... ni fav ita dari kecil tapi sekarang dah turun kat anak2 pulak..

dan yg paling suka omlet ni suami ita.. kalau teringin kadang2 dia buat sendiri.. hihi pas tu macam2lah di bubuh ikut tekak dia nak makan... :))

Cik Azz said...

Dapek award lak....

Dah amek dah award ni...

Mekasih Kak Pah..

Susah2 yoo bg award kek sey... hehe..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Pagi Kak Pah.

Mmg betuh tuh telur tak akan jelak dari dulu, sekarang & selama nye..hehehe ltk lah segala harta karun pasti anak2 menyukai nyer :P

quinnie said...

salam kakpah...bestnya pagi2 makan omalet..saya suka cuba resepi dari kakpah...simple tapi sedap...:)

Acik Erna said...

kak pah mokasih..dapek yo award yamh cantik ni..nanti saya ambik yo.

Gee® said...

wadduuuh...simple tp sangat menyelerakan...

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak pah tima kacih award tu. amboi gebu geban omelete tu,harus cik ina cilok resepi ni

izahdaut said...

wooo debabnya telur tu.. suke nengokkan mcm2 isi... tapi kat rumah ni pulak, suke kosong je. kalau kite beria2 buat ada isi bagai boleh bo layan je. nyampah tul.. hehee...apa pun sangat la menarik recepi ni.. tq kak pah..

Ena said...

nampak pun dah sedap.. kena amik resepi ni kakpah leh pelbagaikan rasa pd telur dadar kegemaran suami & anak2..


thanks kakpah kasi award pertama kot tahun ni.. ^_^

kaklong said...

gobu boto tolo tu kan kak?

timo kasih yo kak,byk resepi yg kaklong dapek kek sini...



dan timo kasih gak award tu,nanti kaklong buek n3 ea yo...

ejaMaria said...

time kasih Bundo... award tu...

kita suke juga telur dadar tebal mcm tu... tapi anak-anak tak suke pulak... diorg nak telur dadar kosong je... tak nak bawang... tak nak sayur... tak nak cili... apa pun tak nak la... nak telur je... :(

CT Delima said...

As'salam Ibundo

Selalunya alau bab2 yang ada telur ni semua suka jer kat umah ct. jaranglah kata nak menolak kalau dah masak. pernah juga buat omelet versi ct guna telur 6 biji tebal suka makan dok meratah pun ya gak.. hihihi

Bundo ni ada macam2 idea kan nak masak, sukalah :D

ibundo said...

ita,
wah.. best lah hasben nak makan masak sendiri haha..hasben bundo ni kalau nak tunggu dia masak alamat tak makan lah..

ibundo said...

azz,
simpan bebaik buek koleksi hehe..

mama hawa,
bundo teringat nak taruk cencaluklah next time. Apa rasa agaknya ye..

quinne
buatnya petang semalam. pagi ni baru tayang hii..

ibundo said...

erna,
iyolah.. dah buek ko bolum fruit salad haritu. okay tak?.

gee,
bundo buat tiga ketul tu tak cukup..

cik ina,
cilok la.. no problemo..

ibundo said...

izah,
selera memasing maacm-macam. Tambah2 budak-budak. Abis segala macam sayur dikeluarkannya.
Dadar kosong tapi garing sodappp..

ena,
kalau anak2 jenis picky tak suka sayur, ena cincang je halus-halus biar sampai tak nampak macam sayur dah..

ibundo said...

kaklong,
air dah ado ko haha..

maria,
ha.. tu lagilah senang. tak banyak persiapan nak buat.

ct,
kat rumah bundo ni telurlah yang paling laku. buatlah masak gaya apa pun..
sebab tu bundo suko mereka-reka..

Anna Qawina said...

sedap ratah ni kan..tp sure ank2 saya kuis2 segala benda dalam tu letak tepi..hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ibu...
satu lagi menu yg menarik.. betul kata ibu.. budak2 atau mak budak semuanya suka mkn telur dadar.. apalagi yg ada mcm2 isian kat dlm mcm yg ibu buat ni...

p/s: saya dah cuba resepi kubis cina gulung keju tu... sedap! suami pun kata sedap.. thanks ye ibu resepinya.. saya dah update ke blog saya.. terima kasih Sekali lagi..

secangkir madu merah said...

ibundo, sodap nampak eh tolor omelet tu.. nanti den torai..

timo kaseh lah sbb sudi bagi award tu, nanti esok eden dtang laie nak angkut dgn lori..

lap u ibundo..

ibundo said...

Anna,
haha.. biasalah anak-anak ni.

madiha,
telur dadar ni boleh kita isi dengan macam-macam. Tapi yang ori masih sedap..
ooo.. dah buat kubis cina tu ya. happy to hear you like it.

smm,
lori kecit sangat. ekau bawak ketapi jer hehe..

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak pah..Telur dadar mmg semua org suka kan,xda yg menolaknya..Letak cendawan mesti lagi bertambah sedap..Byk betoi resepi2 menarik yg da kat sini,suke sgt..

ibundo said...

zalieda,
salam. boleh bubuh macam-macam dalam telur dadar ni ikut kreativiti kita hiii...
datanglah lagi ye..

Sheery Dream Cakes said...

yang nie memang fav kami sekeluarga nie akak... bab omelet nie mmg suka sgt.. heheheh.. kalu diana lg ler suka jika d tambah cendawan tu.. sedapnyaa

KTS said...

terima kasih utk award tu. terasa diriku begitu berharga. errr.. klu dpt kapkek redvelvet, atau apple cobbler, atau brownies pisang, atau cheese bread puding atau kesemuanya sekali, pasti lebih berharga.

:D

farahnas irina said...

humang ai ibundo...
tolo tuh tombam gebu x agak... sodap amek mato den mandang eh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...