Dua orang cucu bundo tengah batuk-batuk dan selsema. Kesian pada yang baru dua bulan. Susah dia nak bernafas bila hidung tersumbat. Kenalah ibu dan ayahnya tolong keluarkan lendir-lendir yang menyumbat hidung. Nampaknya siibu juga telah dijangkiti virus ini.
Bundo pula dah rasa sakit-sakit tekak. Kepala dah mula nak weng weng. Tapi dalam pada itu sempat juga melayan tekak yang teringin nak makan cupcake. Bukan banyak mana sangat nak makan. Dapat secubit dua pun dah cukup.
Cupcake ni bundo ambil beberapa biji bubuh topping. Ada lebihan buttercream yang tersimpan dalam petiais. Bundo campur dengan serbuk nescafe agak-agak 1 sudu besar yang dibancuh dengan satu sudu besar air panas. Terasa macam kena rasa coklat kek ini bila dimakan dengan buttercream yang ada perisa kopi.
Selebih cupcake ini bundo biarkan tanpa topping. Makan begitu saja dah sedap.
Resepi?
Bahan:
280 gm self raising flour
180 gm castor sugar
4 biji telur grade A
50 ml fresh milk
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil ovelette
250 gm butter
125 gm coklat masakan yang diparut
1. Dengan menggunakan electirc mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur, esen vanila dan ovelet . Pukul sekejap sehingga sebati. Rendahkan speed.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
4. Dengan spatula, gaul coklat ke dalam adunan.
5. Sudukan ke dalam cawan kertas sehingga 85% penuh. Bakar dalam oven 180c lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
Lepas tu, decoratelah menggunakan creativiti anda.
Sekian.
Brppppp!!!...
ibundo
assalam kak pah..teringin pulak nak buek..bilo ntah sompek e..
ReplyDeletesalam Bundo
ReplyDeleteamboii sedapnya saya tengok kan kek ni dah lama jugak anak2 tak minta nampaknya nak kena buat sbb dah teringin sngt ni,kalau saya makan gitu je tak suka cream2 heeee
rajin kak pah buat cup cake walau pun kepala weng weng...semoga cucu cucu kakpah cepat sihat.Cucu Cm masih di hospital.Tak tahu bila dapat balik.
ReplyDeleteerna,
ReplyDeletekalau nak tunggu sompek ontah bilo-bilo gak e.
noor,
kalau dah teringin tu, baik le buat noor.. Bundo pun tak berapa gemar yang berkerim. Gambar2 tu khusus untuk tujuan penggambaran ahaks...
CM,
kena batuk selsema buat dah risau. Apa lagi cm yang cucu tak keluar2 hospital lagi.. Berdoa ke lah kita.
Rajinnya bundo bagi make-up chocolate cupcake tu... tapi memang semua cantik, tak make-up pun cantik juga.
ReplyDeleteJaga kesihatan bundo... selsema ni yang tak tahannya waktu nak mula kena tu, sakit kepala...berattt.
asslm Bundo...amboii2...gambo2 tu semua mngoda betulll...kecur hi ha teman2 tgk...mesti sedap cc tu...
ReplyDeleteAskum Bundo waduhhhh kecur tak sudah ni nak2 bila ada nescafe tu hehhee.. pastu kejadian cc tu cantik benor.. gambar bawah yang dah kena kunyah tu waduhh ngencess aje ni hehehee... get well soon buat cucu2 Bundo dan anak ya.. :) musim demam memang sekarang ni batuk dan selsema.. jangan keluar di tempat ramai orang yaa.. mudah terdedah dengan pelbagai penyakit sekarang ni..
ReplyDeleteAmie,
ReplyDeletealhamdulillah dah beransur okay
QH
pada tekak bundo ni sedap je Q
Sha,
Kalau dayatahan badan dah tak kuat, macam tu lah jadinya.. Jumpa penyakit, terus menjangkit...
comelnya kek..nakkkk!! malas nye nak masak sendiri..huhuhu
ReplyDelete