Sunday, July 8, 2012

Lipat Pandan Bersos Durian

Semalam satu rumah bundo ni semerbak dengan bau durian. Di rumah bundo ni sebenarnya tak ramai yang suka sangat makan durian. Makan acah-acah tu adalah. Yang duduk mengadap durian lepas sebiji sebiji, tak ada. Bundo sendiri pun dah tak berani makan durian banyak-banyak walaupun satu ketika dulu bundo memang hantu durian. Faktor usia.

Jadi, durian yang berlebih, bundo buat tempoyak.  Ada juga yang dikupas dan simpan dalam peti ais untuk rancangannya nak buat pengat. Bila simpan dalam petiais ni siaplah satu petiais bau durian. Tapi simpan dalam bekas kedap udara, bagi kurangkan bau.



Pagi tadi bundo buat sos durian makan dengan lipat pandan ala-ala lempeng gitu... Mula-mula bundo nak bagi warna pada sos durian ni tapi pikir punya pikir, bundo biarkan ia dengan natural color. Sos ni bundo buat pekat-pekat jadi macam jem.

Bahan:
1 cawan isi durian
1 cawan susu cair
1 sudu besar tepung
1 sudu besar gula
secubit garam

Cara:
Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar halus.  Tuang ke dalam kuali dan masak sehingga pekat.  Ketepikan.




Makan dengan lempeng pandan ni macam ngam je.

Bahan lempeng:
125 gm tepung gandum
200 ml susu cair
1/2 sudu teh ragi (mauripan atau yang sewaktu)
25 gm gula castor
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar majerin
1 1/2 sudu kecil pandan paste
1/4 sudu teh pewarna hijau

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blender halus.
Tuang bahan blender ke dalam mangkuk dan biarkan selama 1/2 jam.



Sediakan kuali leper tidak melekat yang berukuran lebih kurang 12 cm.
Sapu sedikit majerin. Tuang satu senduk sayur adunan ke dalam kuali. Masak sehingga permukaan kering dan berlubang-lubang. Gunakan api kecil sahaja.


 Ketika masih panas, sapukan permukaan lempeng dengan sos durian.  Lipat dua dan susun dalam pinggan.



Cubalah. Enak untuk sarapan ataupun minum petang.

ibundo


9 comments:

  1. salam kenal bunda...
    walau cuma tgk pic,tp tekak ni bagaikan terasa2 durian dan lempeng tu...gabungan yg sgt sedap...

    ReplyDelete
  2. Menyelerakan:)
    Tapi, jenis tak makan semua berkaitan durian..Adesss

    ReplyDelete
  3. wah sodap ni kak.

    teringat creampuff akak. kok paip'an durian tetongah eh misti sodap tu. ala2 mcm donut dian big apple.

    ReplyDelete
  4. wah..sedapnya kuih lipat pandan..Rahel makan dengan jem strawberi je..

    ReplyDelete
  5. As salam Ibundo,
    waaaa...lipat pandan...buh derian lak..! mmg terbaik !

    ReplyDelete
  6. wah sedap sedap ! tgk gambar pun dah melele kak.. pastu kreatif bunda hias2 tu..hehe..saya x reti,asal ada makanan lam pinggan dah kira ok kikiki

    ReplyDelete
  7. hmmm...sedapnya... kastard durian ni boleh guna untuk mcm2 kuih ni kan Bundo... best2... alahai cni takde durian...

    ReplyDelete
  8. Salam Bundo.nampak sedap kuih letak filing durian....sy peminat durian tp thn ni dah 2 thn tak dpt mkn durian..

    ReplyDelete