Dah beberapa hari tak ada n3 baru. Mungkin dalam bulan Ramadhan ini n3 akan berada di tahap paling lembab. Apa pun diucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada anda sekelian. Semuga Ramadhan ini mempertingkatkan ibadah serta iman kita semua. Amin...
Bergedil keemasan ini dibuat pada petang tadi, dimakan semasa berbuka puasa. Begedil ini penuh dengan rasa kentang membuatkan tangan-tangan jangkau menjangkau untuk mendapatkannya haha..
Bercakap pasal emas ni teringat pula bahawa pada beberapa tahun lalu bila harga emas masih dianggap murah, maka dalam bulan puasa inilah terutamanya bila dah nak hampir sangat nak raya, kedai-kedai emas diserbu oleh peminat-peminat.
Sekarang pun peminat emas masih menyerbu pohkong dan sebagainya tetapi rasanya jumlah tak macam dulu. Kalau tak silap harga emas dah turun sikit kan?
Nak buat begedil ni senang je. Bila senang, malas nak bagi resepi. Tapi dalam senang tu ada juga yang tak tahu buat, betul tak.
Buat begedil kentang ni kalau tak mahu dia lembik, jangan direbus kentangnya. Hiris dan digoreng. Lepas goreng tu, ditumbuk dengan lesung. Jangan blender. Kang kalau blender nak kena bubuh air pula. Sebab tu lembik.
Untuk buat begedil yang ini, bundo guna 8 biji kentang yang besar besar. Kemudian setelah dibuang kulit, bundo hiris dan kemudian digoreng. Lepas tu tumbuk halus.
Bundo campurkan kentang yang telah ditumbuk tadi dengan 200gm daging ayam kisar. Bubuh garam satu sudu teh, lada sulah satu sudu teh. Sepatutunya bundo bubuh daun sup dan daun bawang tapi sebab benda tu tak ada, bundo belasah je tak bubuh.
Bila adunan macam dah sebati, jemput sedikit mengikut saiz yang kita mahu. Kalau nak comel, ambillah sedikit. Kalau suka yang gemuk gedabak, ambillah banyak. Lepas tu bulat bulat dan leperkan. Sebelum digoreng, celup dulu dalam telur yang telah dipukul dan golekkan ke dalam breadcrumbs keemasan. Goreng.
Daun pudina tu pokoknya bundo baru tanam tiga empat hari lepas. Mula-mula nampak macam nak mati tetapi petang tadi kelihatan tumbuh pucuk baru.
Minta minta panjanglah umur dia.
Sekian. Selamat mengharungi ramadhan ke tiga esok hari.
ibundo
nmpk menyelerakan tu...kalau buat cmne...bebudak mesti suka nie...
ReplyDeletecomelnya begedil akak ni...
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan almubarak buat kak pah sekeluarga :)
mcm guna acuan...same je besar & bentuknye...teliti betul tu bundo...
ReplyDeletesesuai namanya, keemasan dan sangat cantik dimata.... pasti menabat selera!
ReplyDeletecantik snagat pegedil Bundo ni bekenan sesangat2 pasti nk tapi kena beli kentang dulu lah dan selamat untuk Bundo tersayang ..
ReplyDeletebila bulan puasa je mesti nak buat begedil ni.. tp tak la cantik mcm ibunda punye sbb tak buh breadcrumb tu.. huhu..
ReplyDeletewarnenya pun shanteeekkk
ReplyDeleteoh... begedil kalau nak sedap kena goreng kentang nye ye.tq Bundo 4 the info.saya selalu buat potato croquettes untuk bento anak. padahal lebih kurang sama je. begedil jugak kan. nama je nak glamer gitu... hihi. next time nak buat cam style Bundo digoreng pulak.selalu saya rebus dan lecek je.
ReplyDeletemenariiikkk!!!! Thanks! ;)
ReplyDeletelet be frens! follow me~
http://websitenina.blogspot.com/
alahai Bundo...comeiiinye begedil tu...mcm nuget lak skali pandang...hehe..mnarik sgt2...
ReplyDeleteassalam
ReplyDeleteselamat berpuasa
memang nampakcantik dan menyelerakan. Sedap utk berbuka petang ni
Salam rindu dan salam Ramadhan bonda..kebetulan hari ni kita pun buat kentang inti sardin bentuk loncong...celup telur dan goreng...
ReplyDelete