Tuesday, July 17, 2012

Air mata kasih

Salam kasih sayang diucapkan kepada pengunjung dapur bundo ini. Semuga kalian sihat walafiat dan telah bersiap sedia untuk menyambut Ramadhan yang akan menjelma beberapa hari sahaja lagi.
Mungkin hidangan bundo pada hari ini boleh dijadikan sebagai salah satu juadah untuk berbuka puasa, insyaAllah.



Bahan yang akan bundo letak di sini adalah sebagai panduan sahaja sebab bundo tidak menyukatnya betul-betul bila bundo membuatnya.  Dalam kata lain, bundo main campak-campak saja.  Tapi insyaallah bagi anda yang telah biasa memasak, anda tahu konsistensi yang diperlukan. Bagi yang tidak biasa memasak dan baru belajar nak masak, jadikanlah sukatan bundo ini sebagai panduan.



 bahan air mata:
1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek
1 1/2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula castor
2 titik pewarna kuning

bahan kuah:
600 ml santan
2 sudu besar tepung pulut dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan




1. Labu yang telah dilenyek digaul dengan tepung beras pulut, gula dan pewarna kuning sehingga sebati. Sebaiknya, bubuh tepung sedikit demi sedikit untuk mencapai tahap kelembutan yang diperlukan. Konsistensi adunan adalah lembut sedikit daripada adunan membuat kuih buah melaka.  Jadi, sekiranya sukatan yang bundo beri ini masih lembik, bolehlah tambah sedikit tepung lagi.
2. Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari tangan (lebih kurang), gentel menjadi lonjong dan tajam di hujungnya seperti bentuk air mata. (seperti gambar di bawah).
3. Panaskan air di dalam periuk yang dibubuh sedikit gula.  Apabila mendidih, masukkan adunan yang telah digentel tadi dan biarkan sehingga semuanya timbul. Cedok dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air (air biasa)
4. Untuk membuat kuah, campurkan kesemua bahan di dalam periuk.  Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.  Kuah mestilah dikacau selalu untuk mengelakkannya pecah minyak.
5.  Apabila sudah masak, tapis 'air mata' yang terendam di dalam air tadi dan masukkannya ke dalam kuah. Segera padamkan api.




Bagi mereka yang suka biji sagu, boleh juga dibubuh di dalam kuahnya. Tapi kali ni bundo mahukan dia just as it is. Memang berbaloi.




Labu ada lagi suku biji dalam peti ais.  Tengah pikir nak buat projek apa pula dengan labu yang tinggal tu.

Sekian.  Selamat mencuba.


ibundo


19 comments:

  1. Salam Bundo,
    Saya penggemar labu, nampak memang menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum bonda

    mmg sedap kalau berbuka ngan bubur manisan....dh mcm nk sampai ke tekak nie.....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Bundo,
    menyelerakan nampak...wat juadah minum ptg2 sedap nie...wat buka puasa pun sodap..

    ReplyDelete
  4. buat bingka... ;p
    kita suka bingka labu...

    ReplyDelete
  5. dapat buat untuk buka posa nanti sedapnya........

    ReplyDelete
  6. hazila,
    sebab ada labu, rasanya lembut tidak terlalu kenyal sangat. Sedap pada lidah bundo ni

    Nuridah,
    boleh cuba. Bundo rekomen.

    iza,
    yes.. dua-dua okay.

    maria,
    buat bingka yang makan aku ngan bibik je maria haha..

    Qhaifa,
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  7. berselera sy tgk bubur air mata kasih bundo ni.. pertama kali dgr nama tu bundo.. husband sy cukup suka bubur2 yg berasaskan tpg pulut mcm ni... pernah dulu sampai 3 kali dlm sebulan dia minta buatkan bubur butir nangka (tp guna campuran tpg pulut + tpg pulut itam).. sampai sy plak naik jelak membuatnya.. hehe..

    ReplyDelete
  8. As Salam Bundo...ssaya suke kalo dimakan sejuk2...hmmmm...kalo untuk berbuka puasa...nyamannyaaaa

    ReplyDelete
  9. kak pah ..lom ponah makan ni apo laie buek..timo kasih kak pah..kompem nak buek sobolom poso ni..

    ReplyDelete
  10. cantik kak
    ada rupa macam kuih bunga tanjung.

    ReplyDelete
  11. wahh kak pah..menarik betul nama resepi ni..hehehe..saya dah lama betul tak beli labu...mesti sedap buat bubur cam gini...:)

    ReplyDelete
  12. madiha,
    kalau hasben dah suka bubur bolehlah cuba variasi yang ni pulak hehe

    siti nadira,
    rasanya kalau untuk berbuka memang laku ni

    erna,
    buek na. cubo test dulu. kalau sodap sok hari2 ado yang mintak untuk bebuko haha

    kasih redha
    yeke

    q,
    apa lagi q.. Pi beli labu..

    ReplyDelete
  13. slam bundo,
    nampak sedapla..nama pun menarik lg..kena cuba jgk nie:)

    ReplyDelete
  14. Memang sedap buat berbuka puasa ni...

    ReplyDelete
  15. Salam K Pah

    lagi suku tinggal ka??wat apam labu K pah!! my fav...pastu habaq kat kita ..hehe..

    ReplyDelete
  16. Salam Bundo,

    Kita tak pernah rasa lagi, tapi dapatlah bayangkan keenakannya. Nak lagi enak, meh hulur kat sini.. confirm sangat enak! Hehehe

    ReplyDelete
  17. selamat berpuasa bonda..resepi ni fes taim dengo..unik pulak namanya!

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Sedapnya.. bubur..
    namanya pun sedap.
    Salam Ramadhan al mubarak, ibundo, ampun dan maaf dipinta atas salah dan silap.

    ReplyDelete