Monday, July 23, 2012

Puding dwirasa

Hari ketiga Ramadhan.  Bundo rajinkan diri untuk masukkan n3 baru. Juadah pencuci mulut untuk petang ini.  Rasanya tak tahu sebab belum rasa.  Mintak-mintak sedap.



Bahan:
Satu kotak jeli segera perisa strawberi
1 sudu besar serbuk agar-agar

Masak jeli mengikut arahan dikotak.  Masukkan serbuk agar-agar dan masak sehingga larut. Sediakan acuan lompang.  Basahkan.  Masukkan jeli ke dalam  acuan lompang kira-kira 3/4 bahagian sahaja.  Sejukkan.




1 bungkus agar-agar tali.
1 cawan perahan air pandan yang telah diblender
1 tin susu cair
3/4 cawan gula (kalau suka manis, tambah)
1300 ml air
1 sudu besar pes pandan

Rebus agar-agar bersama air sehingga larut.  Masukkan gula serta air pandan. Setelah sebati, masukkan susu dan pes pandan.
Sediakan acuan puding yang dua kali ganda lebih besar daripada acuan lompang.  Masukkan sedikit adunan puding di dasar acuan. Buat serupa pada semua acuan. Biarkan 3/4 keras.
Cakar-cakar sedikit permukaan puding.  Keluarkan jeli dari acuan lompang dan letak di atas puding yang telah dicakar tadi. Letak di tengah-tengah.
Kemudian curahkan adunan puding di atasnya sehingga ke paras permukaan.  Biarkan keras.



Sos kastad.
Yang ini pandai-pandai lah anak-anak ye.  Bundo main lebur je semua bahan.  Takde sukat-sukat pun.
Bundo bubuh tepung kastad sikit, susu cair, whip cream dan sedikit gula.  Lepas tu jerang sehingga kuah agak pekat.



 Air tu cuma untuk tujuan bergambar je. Lepas tu simpan dalam peti ais untuk minum nanti.



Sekian.

ibundo

16 comments:

  1. Slmt berpuasa bundo.nampak menarik puding dwi warna itu..jelly dlm agar2..kreatif bundo..mkn dg sos...sedapnya.....
    slmt berbuka....

    ReplyDelete
  2. Selamat menjlnkan ibadah puasa buat bonda...tengok agar2 tu dh mcm nk terkam aja...ish2 sabar2!Ok selamat berbuka bonda.

    ReplyDelete
  3. wowww.. cantik n pasti sedap :_)

    ReplyDelete
  4. Salam Bonda...menarik dan nampak menyelerakan puding tu...

    ReplyDelete
  5. nasib baik dh berbuka pose masa tgk puding nih...kalau tdk mau kecur air liur...terguda betul..

    ReplyDelete
  6. salam bundo..tergoda tgk puding yg comel ni..sedapnyee stoberi + pandan.. east meet west gitu :)

    selamat berpuasa bundo :)

    ReplyDelete
  7. slm Bundo...aduhhh xtahan tgk lelehan kt puding tu...mgancam...

    ReplyDelete
  8. Salam Bundo...tak tahan melihatnya dah tergoda..hehe tak sabar nak cuba.

    ReplyDelete
  9. SELAMAT BERPUASA BUNDO...
    Menarik gak idea bundo ni.. x terlintas plak nak gandingkan sebegini

    ReplyDelete
  10. Salam Ramaadhan Ibundo... waduhh... mahu kurang pahla puasa ni... cos dah terasa2 kat anak tekak ni... sejuk aje..

    ReplyDelete
  11. Assallamualaikum bundo..

    Selamat meneruskan ibadat puasa ye bundo..

    Ermm..sungguh menyelerakan puding ni. sudahlah cantik menawan rupanya...Memang sesuai dimakan ketika berbuka puasa..

    ReplyDelete
  12. Cantik warna hijau puding tu. Sejuk je mata memandang...

    ReplyDelete
  13. aduhaiii cantik dan terasa segar je di tekak kalau mkn ni sesuai unk berbuka.

    ReplyDelete