Wednesday, May 2, 2012

Nasi Idaman

Hehe.. nak tergelak tengok tajuk nasi ni.  Idamanlah sangat. Tapi yang pastinya bundo akan mengidam nak buat lagi sebab nasi ni sangatlah hokey pada tekak bundo.

Cerita asalnya macam ni.  Ini semalam punya ceritalah ni. Bundo nak buat nasi tomato. Kan semalam isnin.  Ada anak bundo yang berpuasa.  Sebab nak meraikan anak yang berpuasa bundo rancanglah nak buat nasi spesial sikit.  Ala.. setakat nasi tomato je tak de mana lah nak spesial sangat kan. Tapi cari tomato puri kat dalam loker,  takde.  Tomato soup pun tak ada.  Nak pergi kedai dah malas. Cari lagi terjumpa sos spageti kimball perisa mushroom. Terus menyala lampu kat dalam kepala bundo ni.

Begitulah asal kejadiannya.


Bahan:
5 cawan beras basmathi
1 botol sos spageti kimball perisa mushroom
2 sudu besar majerin
200 gm daging ayam cincang (boleh diganti dengan daging cincang)
1 labu bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih *
1 inci halia muda*
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 tangkai daun ketumbar
1000 ml air stok ayam ( boleh ganti dengan air campur 2 sudu besar serbuk stok ayam knorr)
garam secukupnya
air secukupnya
kismis



Cara:
1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
2. Cuci beras, tos dan ketepikan.
3. Panaskan majerin di dalam kuali.  Tumis bahan tumbuk, bawang dan rempah 4 sekawan sehingga wangi dan keperangan. Kemudian masukkan daging ayam cincang. Masak sehingga air daging kering.
4. Masukkan beras ke dalam kuali dan goreng sebentar sambil menggaul rata bahan tumis.
5. Masukkan beras ke dalam rice cooker.  Tambah stok ayam, sos spageti, air secukupnya untuk memasak beras dan juga daun ketumbar. (Kalau bundo ada stok mushroom pasti bundo akan bubuh juga)
6. Apabila nasi 3 suku masak, masukkan pula segenggam kismis. Gaul rata.



Lauk? Pandai-pandai sendiri la haha. Bundo buat dalca daging dan sambal telur.  Makan dengan ayam panggang pun best ni.




Sila lah makan!!!!

ibundo

11 comments:

  1. wahh sedapnye.sy tgh imagine mcm mana rasa dia.. sy duk apartment idaman..sesuai sgtla..nanti nak cuba lah ! tq bonda

    ReplyDelete
  2. siti,
    haha.. kena sangatlah tu.

    ReplyDelete
  3. lapar lak memalam singgah dapur ibundo ni..tgk nasi ni memang menyelerakan:)

    ReplyDelete
  4. Salam ibundo, sedap nasi mcm ni kita mmg suke, menajdi idaman kita jugak ehehehe... kalau ada acar pun dah cukup kalau kita yg makan, sedap kan nasi2 mcm nii :D

    ReplyDelete
  5. Salam Bundo!!!
    mcm nak terkam jer tgk hehehe
    ni mesti sedap mmg akan menjadi nasi idaman ku :P

    ReplyDelete
  6. Mak aiii... nasi idaman ku juga... bak sepinggan

    ReplyDelete
  7. As'salam Ibundo

    lamanya ct tak menyinggah kesini. tercium2 bau aroma Nasi Idaman kalbu..hehehe cantik kaler nasi tu Bundo kalau digandingkan bersama ayam masak merah atau rendang pun sedap juga ni :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikom kakpahhhhh..
    sampek atimu suruhku makan skrin ni.. takbaik tauuuuuu

    ReplyDelete
  9. nieza,
    tak elok makan memalam haha

    ika,
    memang kaw lah kalau ada acar ni.

    mamahawa,
    anak2 suka ni mamahawa. apa lagi..

    gee,
    burp.. dah habis.

    Ct,
    haah.. bundo pun lama menyepi. Siti sehat? Makin glemer ct sekarang ni ek..

    Azeeda,
    kama ang menghilang..

    ReplyDelete
  10. sedapnya tengok nasi akak ni..saya memang tengah teringin nak makan nasi bertumis ni...huhuhu

    ReplyDelete
  11. q,
    cuba yang ni. Tak rugi cuba hii..

    ReplyDelete