Pernah dulu, err.. tahun lepas kot, bundo beli kambas dan bila bundo belah bundo dapati yang bijinya sudah kemerah-merahan tandanya dah masaklah tu. Jadi, bundo semai bijinya. Tumbuh. Ajaib betul. Yang ajaib bukan sebab dia tumbuh. Ajaib sebab bila pokok kambas yang bundo tanam tu dah besar dan mengeluarkan buah, ia berbuahkan peria katak. Ajaib kan?
Banyak pula buahnya. Budak-budak rumah ni tak suka makan sebab tak tahan rasa pahit. Diorang kata 'apalah mak ni sayur pahit macam ni pun mak kata sedap?'. Soalan yang serupa juga pernah bundo tujukan kepada emak bundo semasa bundo kecik remaja dulu. Moralnya: memanglah bebudak tak pandai nak menikmati rasa lazat peria atau kambas. Kan gitu?
Selain daripada membuat lauk atau ulam, peria katak ni bundo buat jus jugak. Bundo masukkan dua biji peria katak dan sebiji epal hijau ke dalam fruit juicer dan extract juicenya. Dapatlah anggaran setengah cawan. Bundo minum sambil lelap-lelap mata dan anak bundo yang melihat, tetap kehairanan.
Sedap ke mak?
Sedap.
Dan dia cucuk jari telunjuk ke tepi cawan dan menjilat jarinya.
Bluekkk!!.. mana ada sedap.
Jadi, bila mereka bertanya kenapa bundo suka makan peria dan kambas yang pahit itu, bundo cakap , akan tiba juga satu hari nanti dimana yang rasa pahit itulah nikmat.
Ubat pun pahit kan?
Ubat pun tak sedap kan?
Mana ada ubat sedap.
Di sini bundo turunkan satu resepi mudah dan memang sedap. Baru buat dua hari lepas. Elok juga untuk makanan orang lepas bersalin.
Bahan:
3 keping ikan tenggiri
1/2 biji peria
2 labu bawang besar bersaiz kecil *
2 ulas bawang putih*
1-2 sudu besar lada hitam*
1 biji buah keras*
1 batang serai*
2 biji cili merah*
1 sudu besar cuka
1 sudu teh serbuk stok ayam
Cara:
Ikan tenggiri dilumur garam dan kunyit dan digoreng.
Peria dibelah dua dan dihiris tidak terlalu nipis dan tidak tebal.
Blender bahan-bahan bertanda * sehingga halus.
Panaskan minyak anggaran 2-3 sudu besar. Tumis bahan yang telah diblender sehingga masak dan naik bau. Masukkan peria dan serbuk stok ayam. Masukkan juga garam secukupnya. Apabila peria sudah lembut, masukkan cuka. Gaul sebati dan masukkan pula ikan tenggiri.
Makan dengan nasi panas. Gaul bumbunya dan peria bersama nasi. Kemudian cubit-cubit ikan tenggiri. Waduhh.. mertua lalu di belakang mesti kita tak perasan.
ibundo
As salam kak,
ReplyDeleteresepi baru ni...menarik utk dicuba...:)
salam bundo..terliur sungguh kita..he hhee sedapnyaaa..:P
ReplyDeleteBundo...suka sangat tengok kuah peria ld itam ni..pekat ooo..sesuai utk ibu2 yang berpantang...
ReplyDeletesedapnya bundo buat macam ni kan,saya sejujurnya belum pernah tengok resepi yg macam ni nak try lah mesti sedap bangat ni kan..
ReplyDeletewahhh sodap ni. esok ado pasar tani buleh la cari bahan.
ReplyDeleteAssalammualaikum kak pah..lama saya tak singgah sini..macam2 resepi terbaru ....demam ni kak..huhuhu....sedapnya berselera tengok lauk ni...suka peria....:)
ReplyDeleteAs salam kak pah..resepi istimewa ni..ikan tenggiri memang sedap..ditambah dengan peria yang punya pelbagai khasiat kesihatan..kena cuba ni dah masuk list:)
ReplyDelete