Sunday, May 20, 2012

Bebola Tempe Masam Manis

Suka makan tempe tetapi muak dengan cara memasaknya?
Memanglah macam tu kan. Setiap kali makan tempe tetapi tetap dengan cara yang sama, pasti muak.  Sesekali mahu juga kelainan.



Bundo cuba mempelbagaikan cara memasaknya.  Bebola tempe ini adalah salah satu. Mungkin kalau masa mengizinkan, bundo tunjukkan cara lain yang pernah bundo cuba.  Cuma dulu semasa membuatnya tidak pula teringat nak ambil gambar.  Nanti nantilah ...



Untuk resepi kali ini, lihatlah bahan-bahannya:
Untuk bebola
angaran 24 biji

1 bungkus tempe (tempe yang dalam plastik tu)
75 gm daging cincang
1 keping tahu
1 keping roti dibuang tepi dan di rendam dalam sedikit air
1 biji bawang besar yang bersaiz kecil (kalau saiz besar, letak 1/2 biji sahaja)
1 tangkai daun sadri dicincang halus
4 sudu besar tepung
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
secubit garam




Cara membuat bebola:

1. Daging cincang dilembutkan kalau frozen.  Ketepikan.
2. Tempe dihiris halus.
3. Bawang dicincang halus.
4. Tahu diramas.
5. Masukkan tempe, tahu, bawang, telur, roti dan sedikit air ke dalam blender.  Kisar halus.
6. Gaulkan bahan blender bersama daging.  Gaul rata.
7. Tambah daun sadri yang dicincang halus, serbuk lada sulah, serbuk pati ayam, garam dan tepung.  Gaul sebati. Adunan mestilah seperti kita membuat cekodok pisang.  Sekiranya cair sebab terlebih letak air semasa blender, tambah sedikit tepung.
8.  Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam minyak seperti membuat cekodok.  Kalau nak cantik bulat, copot je dengan tangan. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan tos.




Bahan kuah:

3 ulas bawang merah dihiris nipis
1 ulas bawang putih dihiris nipis
sedikit halia muda dihiris mancis
1 labu bawang besar dipotong bulat
Carrot
Tomato
1-2 batang cilli merah dihiris
1 batang celery dipotong-potong
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
air secukupnya



Cara:
Panaskan sedikit minyak.  Tumis bawang. Masukkan semua sos dan tambah air.
Bubuh carrot dulu sebab dia lambat empuk. Apabila hampir empuk, masukkan tepung jagung.
Kemudian masukkan bahan lain termasuk bebola.




Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

ibundo


6 comments:

  1. salam dapur ibundo
    saya sukakan tempe, nak cube resepi ini..terima kasih sharing...happy weekend!!

    ReplyDelete
  2. Salam dapur ibundo
    baru sy tau...tempe pun bole buat bebola yek...
    kretip btul la akak nie...:)

    ReplyDelete
  3. Salam pagi minggu ibundo...

    Nanti zana nak cuba sb zana kurang suka mkn tempe begitu saja.
    Bundo, zana mmg kat Sabah skrg. Kampong zana n famili di Bandar Baru Bangi, dah belas tahun kat situ. Kalau balik semenanjung, kat situlah zana memerap atau di Kelantan. Zana ikut hubby yg guru, tak keje pun, melangut kt rumah...hehe

    ReplyDelete
  4. saya suka tempe goreng...tp x pernah makan macam bonda masak ni...boleh try ...sure best kan

    ReplyDelete
  5. Paling suka makan tempe yang digorang nipis2. enak bangat

    ReplyDelete
  6. Salam ibundo..
    menarik la menunya kak.....mmg kreatip!!!!

    ReplyDelete