Dalam sedar tak sedar, rambut dulu hitam dah tumbuh uban. Uban yang dulu sikit sekarang dah hampir penuh satu kepala. Anak yang dulu kecik dah besar panjang.
Kalau dulu bila bertembung kawan-kawan mereka akan bertanya: anak dah berapa orang.
Sekarang kalau bertembung kawan-kawan mereka akan bertanya: cucu dah berapa orang.
Begitulah cepatnya masa meninggalkan kita. Harapan kita cuma, setiap detik yang kita tinggalkan itu adalah detik-detik yang tidak tersia-sia. Dan masa datang yang akan kita tempuhi dipenuhi dengan bekalan-bekalan yang akan kita bawa di dunia sebelah sana.
Memasak dan menyediakan makanan untuk keluarga adalah satu amal. Kita orang perempuan kalau betul caranya memang senang memungut pahala. Masak dan menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak pahalanya sebesar membuat umrah. Orang bijak agama sering berkata, orang perempuan kalau mahukan pahala umrah tidak payah ke mekah sudah boleh mendapatkannya. Masaklah untuk suami dan anak-anak seikhlas-ikhlasnya. Pasti Allah akan memberi ganjaran yang besar.
Janganlah pula merungut-rungut mengatakan penat atau sebagainya. Kerja apa pun tidak ada yang mudah. Dan semasa menyediakan makanan, kita mempunyai banyak masa untuk berzikir. Tangan berkerja dan hati kita mengingati kebesaranNya. Berzikir dan berselawatlah ketika masak. Janganlah biarkan hati dan kepala memikirkan perkara-perkara yang menjurus kepada dosa. Mungkin riak dan takbur. Mungkin hati mengata dan mengumpat si polan. Mungkin hati dikuasai rasa iri hati pada orang yang lebih daripada kita. Elakkanlah.
Janji Allah itu adalah benar. Janji kita ini yang selalu kita mungkiri.
Semuga hari ini, hari Jumaat ini, membawa segala keberkatan untuk kita. Semuga hari-hari yang akan datang juga akan kita penuhi dengan perkara yang membawa menafaat pada diri kita dan keluarga.
Bundo mengucapkan terima kasih pada Mas dan secara tidak langsung kepada kak besah kerana telah memberi satu resepi yang tersangat enak ini. Bukan sahaja membuatnya adalah mudah sesangat tetapi rasanya amatlah sedap.
Bundo ambil resepi dari dapur Mas.
Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai - Mas guna 2 cawan air untuk dapatkan kaswi yang goyang2 inul...
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh AIR kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur - x kira saiz
beberapa titik pewarna hijau.
1 sudu teh pandan paste - Bundo tambah
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.
Cara membuatnya :
Kacau sebati tepung gandum dan tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur.
Pastu campurkan kesemua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
Seterusnye, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak, jgn lah tebal sangat, dalam 3 cm cukup.
Pastu kukus lah hingga masak.. dalam 20 - 25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sebelum mengadun adunan.)
Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam.
Kepada sesiapa yang belum mencubanya, cubalah. Mudah dan sedap.
ibundo
Assalamualaikum kak pah....
ReplyDeletewahhhh...terasa rasa lagi kak kesedapan kaswi pandan lemak nie...
sedappp kan...
tengok kaswi akak tu...
ala2 goyang inul jerk...
cantikkk hijaunya....
jommm tukar ngan kaswi gandum mas...
he3
Assalammualaikum bundo....suka baca tazkirah bundo hari ni.tq sharing..sama-sama kita saling ingat mengingati kan...tak ada apa yg kekal kat dunia ni.semoga apa yang kita kongsikan dapat dimanfaatkan bersama..insyaAllah:)
ReplyDeletesedap tgk kuih kaswi ni...dah lama saya teringin nk buat sejak mas tayang hari tu tapi tak terbuat juga lagi..hehe
Bundo ......uban..uban.. tu jamgan sebut....hihihi...Selamat hari Guru ya. Kaswi tak pernah buat tapi suka makan.Nak kena cuba ni.
ReplyDeletepart goyang2 inul yg x tahan tu...hihihi
ReplyDeletesetuju dgn akak..masak dgn kasih sayang dan ikhlas...byk pahalanya
kak pah..sodap e kak pah...saya memang suko boto kuih2 yang berpandan ni..selalu boli yo..
ReplyDeleteSalam bonda...amboii same juga kita pg ni be kaswi pandan lemak....sdp kuih ni lemak gitu....x lembik dan x keras ..sedang2 elok aje....nak potong pun senang....
ReplyDeleteSedapnye bundo...
ReplyDeletepagi2 ni kalau makan 4-5 ketul puas tauuuu..
Salam Ibundo waduhhh.. kecur sudah..
ReplyDeletenampak cantik, mulus dan licin aje kuih kaswi pandan tu.. tak pernah cuba.. tak pernah merasa..kalau yang cekelat tu biasa di rasa...
sedapnya.. bundo.... :))
Assalammualaikum Bundo, sukanya kak pb bila Bundo kata...memasak ni pahalanya seolah kita pergi umrah, gitu la lebih kurang kan? Alhamdulillah, kak pb suka sgt kalau hubby berselera makan, begitu juga anak bujang tu. Merungut tu kdg2 je sb nakkan perhatian...hehe...
ReplyDeleteZana ambik resipi ni ye, nak cuba jgk, nak pahala bnyk2.
Assalamualaikum Ibundo... alhamdulillah, dari masa ke semasa memang perlu muhasabah diri...
ReplyDeleteTu kaswi pandan tu, moleknya rupa dia yang hijau bubuh kelaoa parut putih bersih tu...Amie suka makan, padat, kenyang!
Mas,
ReplyDeletesejak sana sini sibuk dengan kaswi pandan tu memang dah terkecur dah nak buat. memang sedap sampaikan tak cukup. Nak ulang balik, tengok dah habis. Bibik kata mana kaswi buk.. tak rasa pun. haha nampak gaya kena buat lagi.
err.. nak kaswi gandum gak.
Nieza,
ReplyDeletehaha ntah melalut ke hape.. pepagi ni rasa nak bertazkirah pulak.
Ros,
kahkah.. tang uban tu cukup sensitif tu. Belum lagi tang lemak yang bergayut kat pinggang dan perut ni.
kasih redha,
tersedak si inul.
erna,
bueklah. Sonang yo. Preparation e kojap. Nunggu masak pun kojap.
shiela,
ReplyDeleteoo ye ke. Bundo masuk dalam tuangan lompang tu je. Senang tak payah potong-potong. Bubuh kelapa dan ngap terus.
Rohah,
Tu lah.. laju je masuk mulut.
Shahriah,
orang sekarang ni bijak2. Yang original dan diubahsuaikan jadi moden. Tak lama lagi nanti adalah nama lain naik..
janji sedap, kan?
zana,
ReplyDeleteRamai yang tak tahu besarnya pahala masak untuk keluarga ni. Dah namanya kita ni manusia kan zana. tak ada yang perfect. Kadang2 tu terlepas jugak!!!
Amie,
Tu la kan.. terima kasih betul pada yang tuan punya resepi ni. Sedappp sangat.
salam bundo...pegi sana kemari semuanya ade kuih kaswi..ya, dah semmgnya sedap kalau dpt..lebih2 kalau dibuat dgn perasaan kasih/sayangkan? tkasih pd kakbesah myr..dgn resepinya..zana nak buat jugaklah.. :)
ReplyDeletezana, salam. Zana pun mengaswi juga nampaknya..
ReplyDeleteAssalam ibundo,
ReplyDeletewaduh tak boleh tahan kita tengok mana2 semua kaswi lah..cantik warna kaswi bundo ni..kalau dapt rasa ni memanglah seronoknya..
Ayu,
ReplyDeletesedap yu... kalau ayu belum buat, wajib buat.
Salam ...perut tengah lapar nampak pulak kuih nie dan semua bahan dah ada jadi sekejap lagi dapatlah saya merasa kesedapan kuih nie kat dapur saya pulak, terima kasih ye saya ambil resepi.
ReplyDeletecitarasaku,
ReplyDeleteya.. silakan.
penampilan kue - kue nya sangat menarik dan keliatannya sangat enak . jadi pengen nyoba !!
ReplyDeletehttp://bit.ly/210LBmH