Ingat? memang ingat dan teringat-ingat tetapi masa yang mengekang, dayatahan badan yang berkurangan dan mood yang semacam merudum ke peringkat paling bawah menyebabkan ingat hanya tinggal ingat gitu-gitu saja.
Semalam, selera hanya berkenan pada yang rebus-rebus saja. Kebetulan ada siakap yang belum dimasak. Maka berlakulah kejadian ikan siakap masak asam rebus. Uuuuhhh... enak untuk aku hirup-hirup kuahnya sambil meratah ikan dan menggigit-gigit dan mengunyah sayur bende.
Berkenan? Silakan...
1 ekor ikan siakap dikerat beberapa potong
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih*
1 biji buah keras*
2 batang serai diambil bahagian putihnya sahaja *
1 cm halia *
1 cm lengkuas *
2 biji cili merah (cili besar)*
sehiris nipis kunyit hidup*
1 helai daun kunyit
1 atau 2 keping asam gelugur
6 helai daun limau purut dibuang tulangnya
beberapa biji bende
1 biji tomato dibelah lapan dan dibuang bijinya
air secukupnya
Blender bahan yang bertanda*.
Masukkan ke dalam periuk dan di tambah air. Airnya jangan terlampau banyak. Agak-agak ikan tenggelam sahaja. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan, asam keping, daun kunyit yang dicarik-carik, daun limau purut dan garam secukupnya. Kalau suka pedas boleh masukkan dua tiga biji cili api yang dititik.
Masukkan pula bende. Kalau suka bubuh perasa tambahan, bubuhlah. Bila sudah masak, padamkan api dan masukkan tomato.
Sedap dimakan ketika masih panas.
Sekian.
ibundo
Salam ibundo..sedapnya..lama tak msak lauk ni
ReplyDeleteadusssss Ibundo!
ReplyDeletemengancam betul siakap Ibundo ni... dah cukup lengkap dengan sayur bendi, tak payah cari lauk lain dah!
hmmm....bestnya dapat hirup kuah asam rebus tu kak pah.....
ReplyDeleteAssalamualaikum ibundo..
ReplyDeletesedap sedap sedaaap!! suka sgt makan menu gini.. hirup kuahnya panas2.. wah!! mmg best! tambah2 lg ada bendi tu... sedaapnya
oooooo kak oi assalamualaikum..lamo ee pulak tak bertandang sinia..rindu plak raso hati..baru balik dr guangzhou ni kak..poi dgn yot..seronok tak terkato poi menghabihkan duit..hehe
ReplyDeleteeh se pun buek ikan siakap smlm tapi masak sweet sour yo...
salam. nmpk sedap sgt. thanx kongsi resepi.
ReplyDeleteBundo, i like asam rebus ikan...
ReplyDeleteyaaa enak banget ini ibundo...bisa tambah nasinya kalo makan sama ini...
ReplyDeleteassalm bundo,
ReplyDeletekecur betul kita tengok kuah asam rebus ni..rasa nak hirup2 gitu..kalau pedas lagi best ni..kalau kita gunakan cili padi..hehe
faiz,
ReplyDeletelama tak kena masaklah yang nak kena masak tu.
amie,
takyah makan nasi pun tak pe mie
mas,
ko dah sehat ke mas.
diana,
salam... bestkan hirup2 kuah.. kenyang air hehe..
anim,
ReplyDeleteooo.. poi bojalan yo. Haritu ado si erna kobaan. Poi dongan yot?hehe..
sis intan,
hii.. sama2 kasih.
gee,
sedap buat hirup kuah kan?
manis-manis.
apa kabar yin. bundo lama tk melawat ke rumah ayin. sibuk banget.
ayu,
kat rumah kpah ni kan, ada yang suka pedas ada yang tak boleh makan pedas. Solutionnya, sapa yang suka pedas tu taruk cili api sendiri haha..
Aslmkum Ibundo.moga sihat dan ceria.
ReplyDeletesy suka lauk asam rebus gini....letak bendi... ringkas tp menyelerakan.
mamasya
ReplyDeletebendi ni rebus kemudian cicah sambal belacan pun sedap kan?..