Sunday, January 15, 2012

Roti bunjut goreng bersarang


Roti massimo ni gebu sungguh. Siapa yang tempat dia tak sampai roti massimo ni, telan je lah air lio.
Satu hari haritu aku beli sebungkus roti massimo ni.  Rupanya bibik aku pun dah beli satu bungkus dengan india jual roti yang lalu lalang depan rumah ni. Bila tengok roti terlebih macam tu kepala pun ligat mikirkan nak buat apa.


Sudahnya aku buat inti, letakkan atas roti dan aku bunjut-bunjut.  Celup dalam telur dan aku goreng garing.  Sedap juga lah.  Adik, anak aku tu aku buat apa pun dia kata sedap.




Sebungkus roti massimo
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk stok ayam

Bahan inti:
1 biji tahu lembut
200 gm daging ayam cincang
1/2 biji bawang besar didadu
1 biji bawang putih dicincang halus
sedikit capsicum merah didadu kecil
sedikit capsicum hijau didadu kecil
sedikit daun bawang dan daun sadri dihiris halus
1 sudu kecil lada hitam ajishio
garam secukupnya.
1 sudu besar butter


Cara:
Hancurkan tahu.  Ketepikan.
Panaskan butter.  Tumis bawang putih dan bawang merah.  Masukkan ayam dan tahu.  Masak sebenatar.  Masukkan bahan lain dan masak sehingga air benar-benar kering. Keluarkan dan biarkan sejuk atau suam.

Ambil sekeping roti dan potong bulat. Tekan di tengah-tengah roti sampai tenggelam seperti dalam gambar 2. Isikan inti di dalam lubang.  Bunjutkan seperti gambar 4.  Proses membunjut mungkin bermasalah sebab dia kejap-kejap nak terbukak.  Letak sedikit tepung yang telah dibancuh dengan air dan tekan supaya melekat. Kalau terbukak juga, tak apa. 

Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Tambah serbuk stok dan kocok sebentar hingga sebati.
Panaskan minyak di dalam periuk kecil kerana roti ini perlu digoreng tenggelam.
Celup roti ke dalam telur dan goreng tenggelam sehingga kekuningan.  Buat sampai habis.  kalau tak cukup telur, tambah.  Kalau telur berlebih, curahkan telur itu ke dalam minyak dalam periuk tadi dan dikacau laju-laju supaya dia bersarang.  Letak atas pinggan dan letak roti yang telah digoreng tadi di atasnya. Hias ikut citarasa.



Sedap dimakan dengan sos cili atau buat lauk.

Sekian.

ibundo

18 comments:

  1. wah kak pah.lagi kreatif idea ni. siap buat bunjut2 n goreng lagi ek.hari tu buat karipap roti. pun bernas gak idea. nanti leh buat cara bunjut lak

    ReplyDelete
  2. izah,
    hehe.. yang ni goreng garing bunyik krap krup gitu...

    ReplyDelete
  3. waaa...idea yg bagus ni... nk try buatlah...

    ReplyDelete
  4. salam kak pah...betul tu, akak ni mmg kreatif la...nnt liza pun nk try gak la....thnx yer kak pah...lap uuuu

    ReplyDelete
  5. Bundo kreatif tu....hubby kita sejak ada roti massimo tu memang dah tak beli yang lain..nanti nak cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  6. Itulah...Hands that rock the cradle...boleh juga transfrom mcm2 jd yg enak2...rindu bundo. Titik!

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi Ibundo
    inilah namanya idea kreatif dan inovatif, mencuba sesuatu yang baru, memang berbaloi... nampak cantik dan semestinya enak....:)

    ReplyDelete
  8. Great idea...bolehla hari main kepit dengan garfu..kali ini nak buat yang bunjut pula...thanks....

    ReplyDelete
  9. wah kak pah..menarik betul la cara akak ni...sukaaaaa..:)

    ReplyDelete
  10. slm perkenalan k.pah...menariknye siap berbunjut lg..mesti cube nie..:))

    ReplyDelete
  11. gee,
    apa kabar gee. Lama dah tak jenguk gee.

    liza,
    ai lap u too

    Ros,
    bundo pun dah lama tak beli roti lain ni.. massimo gak yang dicari.

    chah,
    lapan cradle aku rock chah hahaha...

    ReplyDelete
  12. amie,
    kalau tanya tekak anak2 kat rumah ni, apa yang mak masak sedap belaka hehe

    paty's kitchen,
    tu lah.. kepala ni ligat je carik idea, lepas ni tak tau nak buat bentuk apa pulak.

    q,
    minyak kena panas2 masa menggoreng. baru rangup...

    asmah,
    salam kenal dan terima kasih menjenguk.

    ReplyDelete
  13. slm perkenalan k.pah...tertarik sgt , kreatif la kak...kn try nie..:))

    ReplyDelete
  14. As'salam Ibundo

    Lama betul tak singgah dapur bundo ni. banyak menu istimewa yang ct tertinggal.

    istimewalah menu ni bundo, main bunjut2 segala..hihi. roti apa2 pun boleh guna juga kan..perghh tengok jer dah terasa2 dah ni. Tambah2 lagi bundo kata bila gigit ada kruppp...kruppp! tu yang sedappp!

    ReplyDelete
  15. memg kreatif betullah kakpah ni.. nampak menarik dan tertelan liur sudah..


    errr.. cuma.. roti massimo tu... errr.. cer kakpah baca kat sini:-

    http://familysempoi.blogspot.com/2012/01/pergi-mati-melayu-babi.html

    ReplyDelete
  16. swalam bunda...nak mnecuba la roti ni.kang anak2 saya mesti suka ni.

    ReplyDelete
  17. nampak sedap ler roti bunjut goreng tu ibundo... tgk pun dah tau sedap... suka2!

    ReplyDelete