Thursday, October 13, 2011

Pucuk paku masak lomak

Kadang-kadang kita jeles juga pada mereka yang tinggal di kampung. Ada tanah luas untuk bercucuk tanam dan bela ayam itik. Kambing lembu pun boleh dibela. Semasa harga barang tengah mahal macam ni, mogok pergi pasar pun tak apa. Petik je apa sayur yang ada ditanam di belakang rumah. Ataupun petik je apa sayur yang banyak tumbuh meliar. Nak makan ayam, sembelih ayam. Nak makan ikan, pergi mancing.  Itupun kalau rajin pergi mancing lah.

Pucuk paku memang senang nak cari.  Kita? Kalau nak makan pucuk paku terpaksa pergi beli di kedai atau di pasar. Selalunya pucuk paku yang kita beli lebih banyak paku daripada pucuk. Anehnya, kita di sini yang suka makan pucuk paku.  Orang di indon tu ramai yang tak tahu pucuk paku boleh dibuat sayur.

Buk! ni nak dibuat apa ni buk.
Masak la.
Kalau di kampung saya ni buk, pucuk paku ni dibuat makanan kambing.

Err...




Masak gaya orang negeri semilan very simpel ma. Tak payah taruk apa rempah yang pening kepala nak geledah.  All you need:

Pucuk paku
santan dari satu biji kelapa
10 ekor udang
10-15 ulas cili api. (kadar kepedasan terpulang pada lidah masing-masing)
2 ulas bawang putih dititik
1 batang serai dititik
1 cm kunyit ditumbuk atau 1 sudu teh kunyit serbuk
garam
asam keping

Masukkan semua dalam periuk dan masak hingga kuah pekat. Sesiapa yang ada tempoyak, masukkan dua sudu besar tempoyak pun sedap juga.



Nampak tak piring tu. The piring is older than me. Kepunyaan arwah nenek dulu. Kalau balik kampung, takde kerja lain.  Mesti nak geledah almari pinggan mak. Banyak juga pinggan-pinggan lama. Daripada ia terbiar camtu saja di rumah kampung yang dah tak ada penghuni, bundo bawak balik.



Okay, sila makan.
Del, minta orang kampung tu bawakan pucuk paku sekali.  Pucuk paku pun boleh buat urap tau. Campur dengan jantung pisang tu, pergh!!!


ibundo

17 comments:

  1. as-salam ibundo
    mmg terliur dah ibundo..mesti sedap ni pucuk paku masak lomak..

    ReplyDelete
  2. hahaha..makanan kambing ke? tapi kalau org sakit gout pucuk paku pun tak leh makan kan. betul tu, kat sini kan kdg2 tak tergamak nak beli bila terkenangkan kalau kat kampung tu petik belakang rumah je. sama la jugak ngan pucuk ubi kayu. lagi la tak pernah beli sebab tringat2 je petik tepi dapur..hahaa

    ReplyDelete
  3. assalam kak pah..kito punyo la sodap e makan pucuk paku...siap beboli..di kato bori makan kambing yo,,alahai..

    ReplyDelete
  4. Slmt pagi Ibundo..
    lama betul Hawa tak mkn pucuk paku begini..

    ReplyDelete
  5. Ibundo : memang tau..org tgh pantang nih...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak..pucuk paku masak lemak ada buh tempoyak siket memang sedap..makan ngan ikan kembung/sardine goreng garing2...fuhhhhhh

    ReplyDelete
  7. Bundo noti! Buat tayangan amal sayur 'mewah' ni... Sawi dr kemeren lg murah kan banding dgn hantu paku ni....huhu, suami saya pergi fishing kt kg, dia main langgar ngan truck je pucuk ni ...kt sini....dua hengget bersamaan sejemput je yg betul2 leh guna....:(

    ReplyDelete
  8. Ibundo sodap...pas tu makan dgn nasi panas..goreng ikan masin sikit,ermm terliur.

    ReplyDelete
  9. Bundo masak lomak sebab lomak kat badan belum cukup.Tapi ini sah-sah sedap dan makan nasi berpinggan-pinggan.

    ReplyDelete
  10. ady,
    lomak lomal pedas gitu..

    izah.
    kau jangan sebut pasal gout ni zah. Trauma tak tak.. haha.. kang semua tak leh makan. tapi makan sikit2 takper kan..kan..
    untunglah orang yang boleh petik2 je pucuk ubi tu. Kalau beli alamatkan beli kayu yang lebih. Kurang asam betul orang yang menjual.

    ReplyDelete
  11. erna,
    alah.. memulo dulu yo dio cakap makanan kambing. sekarang ni dia makan lebih dari kambing makan kahkah..

    hawa,
    alamak.. dah petang dah ni hawa haa.. dah nak ke dapur dah untuk masak dinner pulak.

    anna,
    kau tengah pantang apa anna. Pantang jumpa ke hehe

    ReplyDelete
  12. Sue,
    ekau dah lebih cerita pasal ikan goreng garing bagai ni.. Air lio bundo lak yang meleleh.

    chah,
    ko jangan memain sebut hantu paku ni chah. kang tersembul dia belakang pintu bilik ko kang. Kalau dia bawak pucuk paku sebakul takper gak. Kok dia main ba cak ngan kau, pengsan kau kang.

    ReplyDelete
  13. noor,
    ikan pekasam kakpah ada sebekas lagi dalam peti ais tu. Issh.. menitik lak air lio ni.

    Puan ros,
    ishhh.. pandai je u kata lemak kat badan ai tak cukup. Ni yang belipat-lipat kat perut ngan pinggang ni apa agak e haha..

    ReplyDelete
  14. cantek je udang tetenggek ateh tuuu

    ReplyDelete
  15. dah lama tak dgr 'dititik'..:)

    sedap betul combination ni kak..simple,nutritious...ni kalau pair dgn daging salai ghombau..pun sodap,tak cukup seperiuk. :)

    ReplyDelete
  16. Azeeda,
    dalam resepi tu terlupa lak nak taruk udang. Adei..

    Del,
    Ko janganlah sebut daging salai. Daging salai tu kalau masak dengan bacang umang ai.. menitik poluh..

    ReplyDelete
  17. Aslmkum ibundo

    Sayur lemak pucuk paku gini antara kegemaran saya...sedap. sy masa kat Msia kalau jumpa pucuk paku mmg tak miss...terus beli.ni hanya dok terbayang saja....mana nak cari...

    ReplyDelete