Dah jumaat. Kalau di Mekah, orang perempuan sama berebut untuk solat Jumaat. Di sini, orang lelaki bersepah-sepah di shopping complex time orang sembahyang Jumaat. Yang leka main internet pun tak kurang.
Hari ini kita makan 'sokenso' goreng nestum. H'a? Apa dia sokenso?
sotongkentangsosej. Panjang sangat nak sebut. Bundo pemdekkanlah. Haha.. memandai jer kan?
Buat ni semalam untuk dinner. Berebut-rebut anak-anak makan. Sampaikan ada yang dapat serpih je sebab lambat turun.
5 ekor sotong dipotong bulat
5 batang sosej dipotong pendek
2 biji ubi kentang dipotong wedges
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 cawan nestum
5 ulas cili api dihiris
15-20 helai daun kari
3 sudu penuh majerin atau butter
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 biji telur
3 sudu besar tepung goreng ayam
1. Sotong yang telah dipotong digaul dengan telur dan tepung goreng ayam. Goreng dan ketepikan.
2. Goreng kentang sehingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
3. Goreng sosej. Ketepikan.
4. Keluarkan minyak gorengan. Masukkan butter/majerin. Tumis bawang putih, daun kari dan cili api sehingga naik bau. Tambah serbuk stok ayam dan sedikit garam. Masukkan nestum. Kalau nampak butter/majerin tak cukup, masukkan sesudu lagi. Apabila nestum garing, padamkan api. Masukkan sotong, kentang dan sosej yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
5. Makan panas-panas.
ibundo
wahh..Bundo, da serupa orang Korea da. diorang punya la suka pendek2 kan words jadi macam Bundo buat. bagi senang sebut sekali je..hehe.
ReplyDeletemula2 tengok cahya ingat sokenso tu sotong dalam bahasa apa ke, sebab nampak sotong..yg lain tak perasan lagi. :)
yang pasal orang lelaki kat sini bersepah2 time solat Jumaat tu memang kan. cahya ada jugak dok pandang2 jeling2 bagi diorang malu ke, tak jalan jugak. hampeh.
hehhehe...bijak betul kakpah...ingatkan benda la sokenso ni..kekekke...memang lagi berselera makan kalau masak goreng2 cam gini..elok betul bila letak nestum sekali..saya kalau nak makan nestum gitu2 je memang tak lalu nak telan..sekali setahun boleh la...hahhaha
ReplyDeleteHaha.... Baru komersial sket nama ....ratah gitu je sambil melepak kt tasik cempaka sedap ni bundo...:)
ReplyDeleteaa... bundo tingatkan saya suasana tanah suci :( rinduuu... td belum masuk, tertanya2 apa ko bondo eh sokenso ni... mknn jopun ko? hehe
ReplyDeleteSalam..ha ha ha ha...Apa ada pada nama kannnn? janji sedap dan yang penting licinnnnnnn....
ReplyDeletechahya,
ReplyDeleteada bunyi bahsa korea ke. Mesti cahya ni peminat cerita korea kan?
Q,
goreng2 macam ni kadang2 habis kena ratah je. tak jadi lauk.
chah,
jom chah. Ko bawa mee rebus. kita tukar.
sweet thots,
ada rezki bole pergi lagi. memang selalu rindu2an..
sue,
salam. yes.. yang penting sodappp..
hehehe ingatkan mskkan jepun :)
ReplyDeletekelakar lah Ibundo :)Buat ratah2 pun sedap ciccah ngan cili sos :P
salam kak.. wah menarik tak pernah tgk resepi ni.. insyaAllah ada kelapangan boleh mencuba
ReplyDeleteBundo, memang minat sangat. tapi entah bila dapat pegi sana..hehe
ReplyDeleteAssallamualaikum Bundo..dan salam perkenalan yer..
ReplyDeleteNaz suka sotong.. Sedapnya nampak menu ni..Lebih2 lg ada nestum tu..
Kak, ketawa naz sorang2 baca pasal kucing akak kat blog satu lagi tu..eh bukan gelak pasal kucing tu tp gelak dgn cara akak sampaikan cerita kucing tu..heheheh
Naz follow dan link blog Bundo ni ke blog Naz eh..Tq
mamahawa,
ReplyDeleteselamat berhujung minggu hawa..
juwita,
salam. sedap makan begitu saja.
naz,
wksalam. tk kerana datang ke dapur bundo ni. Makanlah apa yang ada..
salam kenal dari bundo.