Sebenarnya rumah bundo ni berhantu jugak. Hantu cencaluk haha.. Kalau balik melaka, mesti singgah beli cencaluk dua tiga botol.
Kali ni bundo nak tunjuk nasi goreng cencaluk yang bundo buat tiga hari lepas. Cerita nasi goreng cencaluk ni best jugak sebab bundo kena simbah dengan cencaluk semasa membuka penutup botolnya. Masa buka penutup botol tu dah nampak dah ada buih buih keluar tapi bundo paksa jugak. Sudahnya, 'pop!..' sebaik terbukak habis satu badan bermandikan cencaluk.
Bahan-bahan:
Nasi sejuk (Bundo tak sukat pun. Sendiri-sendiri boleh adjust)
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
2-3 sudu besar cencaluk
3 ketul ayam dipotong kecil
10 ekor udang sederhana besar
4 batang sosej dihiris
5 biji cili api diketuk
3 sudu besar pes cili kering
2 biji limau kasturi diambil airnya
sedikit serbuk perasa (optional)
kacang panjang dipotong pendek secukupnya
carrot dihiris panjang secukupnya
-Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan pes cilli kering. Goreng sehingga masak. Masukkan cili api dan cencaluk. Gaul rata. Masukkan air limau.
-Masukkan ayam, udang dan sosej. Gaul. Masukkan sayur. Gaul. Bubuh sedikit garam. Sikit saja sebab cencaluk dah masin.
-Akhir sekali masukkan nasi.
-Biar sampai masak.
Ada cencaluk berlebih dalam botol, bundo buat sambal cencaluk. Ada pula petai dalam esbok. Bundo tambah petai. Lepas tu makan nasi goreng cencaluk dengan sambal cencaluk petai sambil gigit-gigit cili apinya sampaikan air hidung meleleh-leleh.
ibundo
tang gigit2 lado tu dah kocur air liur..hehehe!!
ReplyDeleteooo..ni deh nasgor cencalok..
pueh dek mikir apo namo ea 'nasgor' tu gupo ea nasi goreng..heheheh!!
Bundo pagi2 buat kita panic.Hari ni baru khamis.kita cuti lagi.Baca N3 bundo kata semalam khamis kita terus terlompat ingat hari ni jumaat kita dah mula kerjaTengok kelendar ee... hari ni khamis la.Mandi cencaluk.Kita tak dapat bayangkan kalau kita mandi budu.
ReplyDeletewahh..byk kegunaan cencaluk ni...boleh buat nasi goreng jugak..mesti sedapkkn ibundo
ReplyDeletehaha .. bundo ni, ingatkan ape dia la nasgor tu .. cencaluk mmg fav kami. nnt nak buat lah. btw bundo guna software apa eh nk kasi gambar hlite tang udang je tu?
ReplyDeleteowh ye, saya pon takut tgk citer2 hantu .. serupa la, kalau terpaksa tgk tu, ikut celah2 jari je ... pastu harapkan ihsan anak2 tanya, dah siang ke, mlm lagi ... hehe
ReplyDeleteoooo... nasi goreng... ingat apa nasgor tu td.. ada2 aje lah bundo nih... pas ni cuba buat nasgor budu pulak yer bundo... heeeee
ReplyDeletewangi eh bundo harini mandi lulur cencalok? hehe..durau je..saya tak pernah makan cencaluk..budu besa laa..hehe
ReplyDeleteCahya yang dok melaka ni pun tak selalu makan cencaluk, Bundo..tengok je, beli tak rajin.
ReplyDeletekakpah..saya pun selalu mandi cencalok...jenis tak sabar bila nak bukak botolnya..hehhe
ReplyDeletebiasa buat nasi campur belacan je, campur cencaluk sedap kot...
ReplyDeletesaya suka campur sosej, tak tahu ngapa...
Assalamualaikom kakpaahhhh..
ReplyDeletesaje je tenggekkan udang tu ekk.. gewwam!
balik nnti nk try test buat nasgor buddu ah.. ;)
kak. sey cadangkan ceni lah. apo kato akak tukar style. tiap kali lopeh update kan...akak tulih cadangan esok nak masak apo lak. haaaa. buleh la sey lalu lalang bangi tu.
ReplyDeletekaklong,
ReplyDeletetu yang sodap e.
Ros,
kita cuti sehari je..hehe.
Mandi budu lagi ummph bau nya kan?
ida,
cencaluk ni buatlah apa je. pasti sedap.
ain,
ReplyDeletenasgor tu cakap orang indon. Diorang suka pendek2kan perkataan.
er.. samalah kita takk suka tngko citer hantu.
gee,
buat nasgor budu pasti meletup.. er.. rasanya yang meletup. bukan penutup botol.
anna,
tak biasa? ala rugi lah kau anna weh..
cahya,
hehe.. cencaluk ni pun tak leh makan selalu. kadang2 jer. Suka cencaluk ker?
Q,
haha..lepas tu lalat datang hurung.
Qhaifa,
sosej ni kegemaran ramai orang kot. Kat rumah ni pun tak pernah stok tak ada.
azeeda,
memang sajeee... hehe
Tijah,
tak pun kan.. tayang yo menu sominggu ko. Baik lagi kalau sebulan kan? Peh tu.. sonangla ko nak pilih yang mano satu nak singgah hahaha..
wakakakaka. sontap sampai tejatuh kusi sey donga kak....
ReplyDelete