Sunday, October 9, 2011

Mihun Sup

Salam pagi ahad. Acara apa hari ni. Kalau ada acara kenduri kendara, makan nasi briyani lagilah nampaknya. Tengahari semalam dua kali bundo makan nasi briyani. Sendat perut.

Cakap pasal perut  ni, jangan cakap sembarangan.  Sensitif tau. Ada sekali dulu bundo terjumpa kawan lama yang memang dah lama tak jumpa. Bundo usik-usik perut dia dan tanya dah berapa bulan. Rasa macam nak menyorok dalam bonet kereta bila dia kata yang dia tak mengandung pun. Sejak tu kena hati-hati betul bila tanya hal berkaitan dengan perut ni.

Apa kata kita isi perut dengan mihun sup pula.  Ini pun untuk menghilangkan  muak makan nasi.



Bahan:
Mihun yang telah dicelur lembut.

A
2 keping dada ayam
beberapa ketul bahagian ayam yang bertulang dipotong kecil
Air secukupnya.

B
1 inci halia muda *
1 biji bawang besar *
1 biji buah keras *
3 ulas bawang putih *
2 sudu besar  rempah sup
rempah empat sekawan
1 sudu besar serbuk stok ayam

C
ayam yang telah disiat-siat
telur rebus
tauge dicelur
sawi dipotong dan dicelur
bergedil
daun sup dipotong  kecil
sambal kicap





- Rebus ayam dalam air secukupnya sehingga empuk.  Letak sedikit garam. Keluarkan bahagian daging apabila sudah masak.  Biarkan ia sejuk.  Bila ayam sejuk, letak sedikit kunyit dan goreng separa garing.  Kemudian ayam disiat-siat.
- Blender bahan B yang bertanda *.  Campurkan rempah sup dengan bahan yang sudah diblender. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tersebut bersama rempah 4 sekawan sehingga berbau wangi.
- Masukkan ke dalam air rebusan ayam tadi.  Masukkan juga serbuk stok ayam. Rasakan garamnya. Boleh juga dibubuh sedikit serbuk lada putih kalau suka.
- Semasa menghidang, letakkan bersama bahan-bahan C.

Selamat berhujung minggu.

ibundo

11 comments:

  1. Ouch...awal saya mai tadah pinggan ari ni ibundo...kajang- bangi dekat je, vrommm kejap....terus boleh makan bihun sup..:)

    ReplyDelete
  2. kak,terliur dah ni..macam mihun soto pun ado gak kak kan?

    ReplyDelete
  3. salam bunda.Lawak pagi ahad serta meehon sup....sedap

    ReplyDelete
  4. boto la kak pah..samo macam kak long..macam beehoon soto pulak..
    banyak bahan e..mesti sodap ni kak pah..saya kalau buek..sikit yo bahan e..yang asas2 yo..

    ReplyDelete
  5. kak,kalau se dapek mihun soto ni eh mihun sup ni, mau duo tigo mangkuk.ado lak sambal hitam cili padi tu..huuuu sodap eeeeee..

    ReplyDelete
  6. Sedap masakan anda sungguh mengkagumkan...


    *jgn lupa saksikan Masterchef Malaysia 22 okt 2011 di Astro Ria...

    ReplyDelete
  7. adoi..

    ingat arini nak masak soto tp tak jadi pulak.. malam td duk berulang alik ke toilet gara2 makan tapai masam.. kui kui..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ibundo..
    mihun sup tu nampak sgt menyelerakan ler ibundo... nampak sambal kicap tu lg.. mmg best..

    ReplyDelete
  9. chah,
    tinggal kajang?

    kaklong,
    macam mihun soto tapi bukan soto sebab kuah soto dengan kuah sup lain.

    puan ros,
    haha.. bundo terlambat nak gelak sama sebab harini dah isnindah.

    ReplyDelete
  10. erna,
    kakpah ni kalau makan mihun sup suko bubuh sayur dan bahan pelengkap bebanyak. Baru pueh makan.

    anim,
    makan soto atau sup tak ado sambal kicap cilli api tu...macam tak longkap yo.

    gee,
    dua mangkuk pun boleh.

    Mah@mahu,
    tq sebab singgah

    diana,
    wkslm. sambal kicap tu teramat penting hehe..

    ReplyDelete