Sekejap dah jumaat balik. Pejam celik, keluar dapur masuk dapur, masak, basuh pinggan basuh periuk basuh kuali, dah nak sampai hujung tahun. Buku resepi yang simpan dalam otak, ada yang dah blur dan terpaksa rujuk balik di tempat yang kita catat. Itu kalau kita catat. Kalau main ingat-ingat je, alamat ada yang dah tak ingat lah tu. Especially orang yang macam bundo ni. Jangankan benda yang dah lepas-lepas, nak ambil benda dalam peti ais pun kadang-kadang kena termenung dulu depan peti ais sebab dah lupa apa benda yang nak diambil. Feel familiar?
Masak kurma kat kedai mamak memanglah sedap. Mungkin sebab diaorang bubuh kaskas. Bundo ada staff geng mamak yang buat masak kurma guna kacang yang rupanya macam kacang dal dan rasanya macam 'kacang putih' untuk memekatkan kuah. Dia ada bagi bundo sepeket dan bubuh dalam segenggam. Blender dululah. Memang kuah sedap macam yang kat kedai mamak tu. Kalau nak beli, pergi kat kedai india yang jual bahan runcit. Cakap nak beli kacang untuk pekatkan kuah kurma, dia tahulah.
Kali ni bundo nak letak resepi ayam kurma tapi yang telah lari dari kebiasaan. Biasalah kita ni kalau duduk di dapur sebolehnya nak cuba buat lain dari yang lain.
1 ekor ayam
santan daripada sebiji kelapa
6 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar cili kering giling
5 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia dihiris panjang
rempah 4 sekawan
3 sudu besar yogurt
1 sudu besar perahan lemon
3 biji ubi kentang dibelah dua
1 biji tomato dibelah empat
2 biji cili merah dibelah
2 biji cili hijau dibelah
-Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan. Bila berbau wangi, masukkan cili. Goreng sehingga masak.
-Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Goreng sehingga masak.
-Masukkan ayam dan yogurt. Masak sehingga berubah warna dan airnya kering.
-Masukkan santan dan garam.
-Apabila mendidih seketika, masukkan kentang.
-Biar kentang empuk dan kuah pekat masukkan perahan lemon, cili dan tomato.
-Siap. Bundo makan dengan nasi briyani.
ibundo
dan toray kak..den toray yooo....
ReplyDeletecam sodap lak nampak ea...
Salam K Pah..
ReplyDeletemmmmmm...cam nak cekut2 jer ayam2 tu :)
peberet anak2 mas masak kurma gini..
ReplyDeletesedappnya tengok kak..
saya suka makan gulai kurma..lain kali bleh cuba versi merah cam kakpah ni...ooo ada taruk benda lain patut la sedap je kurma kedai mamak tu...terima kasih kak pah atas info..bleh carik nanti....:)
ReplyDeleteBundo, macam best je ayam kurma merah ni..
ReplyDeleteHuyoo kalau dapay yang kaler hiaju tu bestnya
ReplyDeleteAssalam bundo,
ReplyDeletewaduh all your chicken recipes semuanya nampak menyelerakan tau..tak tahu mana yang nak dipilih..semuanya menduga keimanan..hehe
Bundo! Sedap banget tuh....
ReplyDeletekaklong,
ReplyDeletetorai jangan tak torai..
yat,
makan ngan nasik briyani yat.
mas,
kurma yang dah tak rupa kurma.
Q,
sedap taruk kacang tu. Lemak2..
cahya indah,
hehe.. siapa yang mereka rempah kurma tu meati dia marah tengok dah jadi merah haha..
kaksam.
kena taruk perisa pandan haha
ayu,
orang kat rumah bundo ni suka makan ayam. sebab tu banyak resepi ayam.
chah,
cuba chah.
urap jantung pun tak buek laie.dah kuar resepi lain pulak..yg ni pun sodap!! :)
ReplyDeletedel,
ReplyDeletejantung dah jumpa ke belum
Aslmkum Ibundo
ReplyDeleteKurma merah...lain dr kurma biasa. nanti boleh cuba...anak2 suka lauk berkari gini.apam Ibundo kat bawahpun nampak gebus....
re; Ibundo, mmg mudah buat telur masin . cara2 buat telur masin sy edit semula letak no senang sikit nak faham.
mamasya,
ReplyDeletelepas ni bundo nak cari telur itik. Tk