Monday, October 10, 2011

Kari ikan merah

Tahun 70han dulu  ikan kembung harganya 60sen sekilo. Bundo selalu  mengekor mak pergi kedai, untung-untung kena belikan gula-gula atau coklat dua tiga ketul. Betul.  Enam puluh sen. Tahun-tahun sebelum tu mungkin dua tiga puluh sen. Ye lah. Tapi tengoklah standard hidup masa tu. Orang yang bergaji 500 ringgit sebulan dah dikira banyak duit dah.

Jauh sangat bezanya dengan sekarang. Ikan merah satu ekor dah dekat 40 ringgit. Tak ke terperanjat beruk masa nak buat bayaran. Mungkin ikan merah kita boleh expect lagi harga macam tu. Tapi ikan kembung? Tujuh lapan ekor je dah dekat 20 ringgit. Mmmm... tapi sebab nak makan, beli jugalah walaupun merungut-rungut. Bundo selalu gak merungut kat cashier kedai tu. Tapi merungut pun bukannya dia boleh buat apa.  Yang tokeh bukan dia. Merungut pada tokeh pun, dia gak tak boleh buat apa sebab dia bukan pembekal. Jadi, nak merungut pada siapa pun tak tahu lah.

Jomlah kita makan kari ikan merah ni. Kang asek nak merungut-rungut jer, tak makan pulak.


5 keping daging ikan merah
1 biji kelapa diambil santannya. Asingkan santan pekat dan santan cair.
5sudu besar penuh rempah kari ikan dibancuh dengan sedikit santan cair.
1 sudu besar cili kering (optional)
1 cm halia dihiris memanjang
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu besar yogurt perisa asli
1 sudu besar air asam jawa
8 biji bende
Beberapa biji tomato ceri atau sebiji tomati dibelah enam




Panaskan minyak.  Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah empat sekawan sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari. Goreng hingga garing.
Masukkan santan pekat. Apabila mendidih masukkan ikan, daun limau purut dan yogurt.
Masukkan pula bende.  Sekiranya kuah terlalu pekat, campur dengan sedikit santan cair.
Apabila bende hampir empuk, masukkan air asam jawa. Rasakan garam.
Akhir sekali masukkan buah tomato dan padamkan api.

Sekianlah masakan kari ikan bundo.  Bundo masak sekor. Makan anak beranak je habis tak tinggal sikit pun untuk jordan. Errr.. jordan tu kucing bundo.

ralat: tadi bundo tersilap taruk mayonis dalam bahan tu.  Sebenarnya bundo maksudkan yogurt. Maaplah. Dah tuo.
ibundo

9 comments:

  1. Betul la bundo,semua barang pun melampau-lampau harganya.Rm100.bawa gi pasar malam dah tak ada maknanya..huk..huk.. so hari ni kita makan rumah bundo saja ya.

    ReplyDelete
  2. maaaaaaangaaaai..kari akak ado mayonis.boleh try nanti nih..
    hah!seb baik ado ikan merah dlm freezer.:)))

    ReplyDelete
  3. kak pah..cantik e lak rupo kuah kari kak pah..bolom makan lai tu..
    kak pah..suami saya pun asek merungut yo sejak minggu lopeh..mahal boto harga barang2 kato e..melampau2 naik e..dio kato..

    ReplyDelete
  4. puan ros,
    jom... nasik ada lagi tu.

    gee,
    bundo baru lepas makan

    anim,
    alamak.. silap tulis daa..bukan mayonis. yogurt perisa asli.

    erna,
    somo e morungut na oi. haritu boli ayam sekor duo puluh hengget. osah mahal e.

    ReplyDelete
  5. mak ai..lawa je si ikan tu posing..dah abih ikan kuah jgn buang ya bundo..mahal kena hirup hingga titisan terakhir..nk cicah roti lak!

    ReplyDelete
  6. sedapnya kari ikan..
    meh semangkuk kak pah..he3

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum Ibundo

    merah cantik kari ikan merah ibundo.ikan merah sedap masak kari...sup ikan.gulai kuning..

    ReplyDelete
  8. nampak sodap kari kan bundo ni..
    maklong pun suka ikan merah.. (jenahak)..

    ReplyDelete