Not much to talk about this time. Tengah melayan kaki yang berdenyut-denyut sebab terlalu lama berdiri dalam dapur. Ada kengkawan hubby datang untuk dinner, jadi bundo kenalah bersilat berkungfu dengan sudip, sudu, kuali, periuk bagai. Tapi ayam taucu ni masakan semalam.
Bahan:
1/2 ekor ayam
2 sudu taucu
1 peket rempah masak merah maggie
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dibelah dua dan dihiris separa bulat
1 cm halia dihiris mancis
2 batang cili merah dihiris menyerong
6 batang kacang buncis dipotong dua
1biji tomato dibelah 6
daun sup dan daun bawang dipotong anggaran 1 inci
1/2 cawan air
Perap ayam dengan taucu lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Apabila wangi masukkan ayam bersama-sama dengan taucunya sekali. Biar sehingga warna ayam berubah.
Masukkan rempah masak merah maggi. Kacau rata. Apabila ayam hampir masak, masukkan kacang buncis. Gaul dan akhir sekali masukkan cili, bawang besar, tomato, daun sup dan daun sadri. Padamkan api.
Sekian.
ibundo
Bundo sapa jadi johan yea? bundo @ sudip @ kuali
ReplyDeleteBundo.mangkuk tu cantik..kita suka...
ReplyDeletesedapnya nengok ayam tu kak pah..
ReplyDeletemenyelerakan betoiiiii...
nampak sgt sedap! boleh terai nanti :)
ReplyDeletetengkiu kak.. sudi kongsi resepi..
dah lamo tak kacau akak..sodap boto nampak ayam akak tu hah..bokeh pun cantik.kok nak boghi se jgn buh lam bokeh tu kak tak cukup..hehe
ReplyDeleteKak Pah
ReplyDeleteTahniah!! sebab gambar Kak Pah jer dah leh wat orang berselera nak mencuba..tu lom rasa lagi tu...
nmpk sedap la bundo... yummy!!
ReplyDeletetaucu?eh sodap ni kak pah.aroma taucu tu membangkitkan selera ...masin masin lemak lemak gitu:)
ReplyDeletehuh kena try nih...sangat menarik & hubby kita memang suka makan ayam.. save resepi!
ReplyDeletenak kasi award kat awak...nanti kalau ada kelapangan amik kat blog nurul yer...http://momwithapron.blogspot.com/
menarik resepi ni boleh cuba nanti
ReplyDeletekaksam,
ReplyDeleteyang jadi johan.. tu johan rajalawak hiii..
puan ros,
tu mangkuk antik nenek moyang kita punya. Bawak balik dari kampung.
mas,
ReplyDeletenengok jer mas?
mrs plain-june,
thanks for dropping by. Do come again.
anim,
bokeh tu bokeh turun temurun. Isik duo kotul yo cukup e.
yat,
tetonggeng tonggeng amek foto. My hubby selalu ketawakan.
gee,
ReplyDeletecubalah
cikmanggis,
ha.. tulah yang kpah rasa. Kira okaylah gak.
nurul,
cubalah nurul. thanks. nanti I come over.
Juwita,
ada taucu di sana?
Salam ibundo..
ReplyDeleteLama betul Hawa tak kemari..byk menu2 yg dh termiss...
Mmg kat rumah Hawa tak pernah msk tauco tapi bila tgk ayam tauco masak merah ibundo tak blh tahan lagi..hehehe
Izin kan hawa salin resipi yer :)
very nice,colorful..must try!:)
ReplyDeletedel,
ReplyDeletehehe
Assalamualaikum ibundo...
ReplyDeletemenyelerakan sungguh tgk ayam tu ibundo... sedapnyaaa...