Wednesday, July 6, 2011

Bawang Goreng Rangup

Bundo selalu hadapi masalah bila nak beli bawang goreng.  Kadang-kadang bawang goreng yang dah siap dibungkus dalam plastik tu dah hancur.  Kalau tak pun dah tak garing lagi. Bila balik rumah dan nak guna baru dapat tahu yang bawang goreng tu dah lemau.

Kadang-kadang bundo cuba juga buat sendiri tapi hasilnya kurang memuaskan.  Mula-mula goreng, ia rangup tetapi bila dah sejuk dan disimpan, lama-lama dia jadi lemau juga.

Satu hari bundo terdengar petua chef zamri di corong ikim. Petua bagaimana nak bagi bawang goreng itu rangup.  Bonda tak lengah lagi terus beli bawang kecil dan buat seperti yang disarankan oleh chef zamri.  Alhamdulillah...  Bawang goreng itu masih rangup hingga sekarang walaupun bundo dah buat tiga hari yang lalu.


Di sini bundo kongsikan dengan kamu.

Bawang merah dihiris nipis.  Letak bawang yang sudah dihiris di dalam dulang dan biarkan selama 30 minit supaya air bawang keluar dan kering.  Air bawang inilah yang menyebabkan bawang goreng menjadi tidak garing. Kemudian gaulkan bawang dengan beberapa sudu tepung jagung. Kita agak-agaklah.

Panaskan minyak yang agak banyak supaya bawang tenggelam.  Taburkan sedikit garam di dalam minyak. Tunggu sehingga minyak benar-benar panas baru masukkan bawang.  Goreng sehingga masak dan garing.

Itu sahaja petuanya.  Senang kan?


ibundo

11 comments:

  1. assalammualaikum ibundo...saya pun suka buat bawang goreng sendiri...terima kasih sebab sudi kongsi resepi....saya biasanya tak biarkan air bawang tu turun dulu...lain kali kalau nak buat...nak guna cara ni pulak...

    ReplyDelete
  2. As'salam ibundo

    terima kasih berkongsi petua mengoreng bawang tu. ct memang suka kalau masak ni ditabur dengan bawang goreng. selalunya macam tulah bila beli ada juga yang bau hapak dan dah lemau. tapi ini dah dapat petua dari ibundo akan ct cuba insyaAllah. terima kasih ibundo, salam kenal dari ct dan follow juga :D

    ReplyDelete
  3. terima kasih kakPah.. saya pernah cuba buat tp memang tak menjadi.. tak rangup. kalau beli mcm yg kakPah kata tulah, hancur dan kadang2 tu berbau tengit, tak sedap. Lepas ni bolehlah buat bawang goreng sendiri...hehehehe seronoknya...

    ReplyDelete
  4. quinnie,
    wkslm.. cuba yang ni pulak ya. mesti sedap punya hehe..

    ct delilma,
    alamak.. malu la otai datang melawat haha.. dah lama dah kenal ct tapi kat blog lagi satu tu dan nama lagi satu pulak haha.

    ReplyDelete
  5. yati,
    lepas ni kpah pun memang dah tak beli bawang goreng kat luar lagi dah. sedap lagi buat sendiri.

    maria,
    h'a... jngn tak buat pula ye. Dalam bulan puasa ni banyak nak guna ni..

    ReplyDelete
  6. oo... cmni ghoman ehh..

    sey ni kurang suko makan bawang goreng ni.. tp boleh gak cubo petuo akak ni sbb akak2 sey suko dgn bawang goreng...

    Boto ke bawang goreng yg boli kek kodai tu digoreng dgn straw? Huhuhu...

    ReplyDelete
  7. btol sgt petua ni..saya selalu buat bawang goreng sendiri. since dah pandai buat sdri, husband asik suh buat jer, say no tu bawang goreng kedai lagi..huhuhuhu...makan ngan nasi panas...kalo sape yg suka garlic pon boleh wat cmni..sedappppp!

    ReplyDelete
  8. Salam kak..
    Nk tnye bwg gune bwg merah kecik @ bwg besar merah ye??

    Salam kenal dri cik mashi ye! :)

    ReplyDelete
  9. Saya Rachman dari Medan. Saya punya produk bawang goreng crispy khas medan rasa teri medan pedas, udang pedas, crispy pedas dan bawang goreng original. lebih lengkapnya bisa ke blog saya di www.JualBawangGorengCrispy.wordpress.com

    salam sukses
    Rachman
    0853 6112 5385

    ReplyDelete
  10. Kelihatannya sangat enak , jadi ingin sekali untuk mencobanya !!

    Penyebab Timbulnya Penyakit Miom

    ReplyDelete