Bundo tengok ada sebungkus roti gardenia yang dah kemek-kemek diatas kabinet dapur. Haritu bundo nampak basyir keluarkan dari kereta sama-sama dengan dua tin tuna mayonis. Agaknya roti lebih dia makan masa manjat gunung apetah kat semenyeh tu. Katanya nak nengok matahari terbit. Dan roti ni kalau dibiarkan begitu je tentu tak laku. Orang lain nak buat sandwic pun tak berselera sebab rupa pun dah tak macam roti.
Roti bakar berinti ni dah banyak bundo jumpa kawan-kawan buat. Dan itu mencetuskan idea untuk bundo buat juga tapi bundo tukar intinya supaya rasanya lebih sedap. Tengahari semalam setelah selesai dibakar dan dirasa, memang enak. Apatah lagi masa tu masih panas. Ia sedap dimakan begitu saja ataupun dicicah dengan cili sos.
Resipi yang bundo bagi ni untuk bekas 10inci x 10inci x 2.5inci. Bundo buat lebih sebab bundo tahu anak-anak suka makan masakan macam ni. Kalau orang yang nak makan tak ramai, buatlah setengah adunan saja.
Bahan:
1 bungkus roti gardenia
fresh milk
4 ketul dada ayam didadu kasar
2 biji bawang besar didadu kasar
1 ulas bawang putih didadu halus
1 ulas bawang merah didadu halus
3 biji ubi kentang didadu kasar
1 batang carrot didadu kasar
1/2 biji capsicum hijau didadu kasar
1/2 biji capsicum merah didadu kasar
1/2 tin cendawan butang dihiris (cendawan butang dalam tin yang ada tanda halal jakim)
1 biji tomato didadu kasar
1 botol sos spageti kimball perisa cendawan
mozarella cheese yang diparut (yang ini bundo tak taruk kerana stok di dapur tak ada)
1. Masukkan roti ke dalam bekas dan curahkan fresh milk supaya roti lembut. Berapa banyak fresh milk nak bubuh, boleh diagak-agak.
2. Panas sedikit butter (bundo panaskan xtra virgin olive oil). Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan pula ubi kentang yang didadu. Kemudian masukkan sos spageti kimbal. Kacau dan tambah sedikit air. Masukkan bahan lain kecuali tomato. Masak hingga kuah kering dan masukkan tomato sebelum padamkan api.
3. Gunakan kaserol tahan panas. Bundo guna corelle. Lanser sedikit dengan butter. Perah dulu roti sekiranya terlalu berair. Susun beberapa keping roti sebagai base. Tekan-tekankan. Letak inti di atasnya. Letak lagi beberapa keping roti di atas inti. Letak pula inti. Letak roti dan akhir sekali letak inti.
4. Tutup longgar dengan foil dan bakar selama 50 minit atau sehingga masak dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bundo guna suhu 150 deg saja sebab oven bundo ni ada gila-gila sikit. Kalau letak lebih daripada 150 deg alamat habislah rentung benda yang dibakar tu.
5. Bila habis 50 minit, keluarkan dan buang foil. Tabur dengan cheese dan bakar sekejap sehingga cheese cair. Oleh sebab bundo tak taruk cheese, lepas buang foil tu bundo bakar dalam 8 minit lagi.
Cubalah. Memang sedap.
ibundo
insyaAllah akan dicuba... masalahnya roti slalu je abis kat rumah... kdg2 baru je makan sekeping... yg lain-lain 'hilang'...
ReplyDeleteSalam pagi Kak Pah..
ReplyDeletePagi ni tak de bf lah kat dapur Hawa..hehehe sibuk sikit anak bujang nak berangkat ke Vientiane..
Pernah buat roti bakar cam gini jgk..tapi gunakan daging kisar..mmg fav anak2. Blh try yg kak pah nyer nnt lah cam sedap jer..tumpang bf kat sini dulu ..hehehe
maria,
ReplyDeletekalau nak buat kena belis ebungkus gardenia lepas tu sorokkan. kalau tak ada nanti orang buat umpan mancing.
mama hawa,
oo sibuk ek. patut dapur nampak taak berasap. mehlah makan..hehe
ala2 roti berlapis daging tu kan..tak pernah lg try, sbb roti kalo bli sah2 tak nampk bayang dalam sehari kalau tak sorok..hehe
ReplyDeletesedapnyer..suka yang mcm ni..
ReplyDeleteakak ni kan bilo skill masak dah kuar,tak sompek2 se nak menyalin hah!..
ReplyDeletegunung broga,semonyih....
ReplyDeletekak,sok kaklong dtg umah akak buek yo...
heheh..byk la kau kaklong asyik nk makan pree yo...hahahah!
anna,
ReplyDeletehaah.. tapi bundo bubuh sos spageti kasi angkat lagi dia punya rasa. kalau nak buat kena sorok roti hiii..
rabiatun,
kena buat tu..
anim,
ReplyDeletemood tongah naik ni tak elok belengah-lengah..
kaklong,
oo haah.. gunung broga.
ekau ni kalau pasal makan .. somo main suruh orang buek yo kan? hehe.. jom kaklong, kito makan-makan..
gendang gendut tali kecapi..gembiranya bonda bt roti berinti! :))
ReplyDeletedel,
ReplyDeletehahaha.. tegolak den.
haiyoh ibundo... sgt la lapar saya melihat nya... harus besok pagi leh buat utk sahur.
ReplyDeletethx for the idea sis...
salam..
ReplyDeletem0hon copy resepi ni yer :)
Selamat mencuba :-)
ReplyDelete