Dah buat kue raya?
Kalau jumpa kawan mesti diorang tanya dah buat kue raya ke belum. Tak ada pulak yang menanya dah qatam quran ke belum. Hmmm..
Aku tak buat kue raya. Malas. Nanti dah penghujung-penghujung puasa aku pergi la tunjuk tunjuk je kat kedai. Beli cookies dalam dua tiga jenis. Lebihnya beli kerepek dan kacang-kacang je. Itu yang laku.
Bagaimana anda.
Alhamdulillah atas rezki yang melimpah ruah untuk sahabat yang berniaga kue raya. Ada sedara yang mengeluh barang bahan yang naik harga. Betul ke. Aku dalam bulan ramadhan ni tak ada sekali pun ke kedai yummy yang menjual bahan kek/cookies tu. Sebabnya yang pertama, memang aku tak ada benda nak cari di situ. Kedua, kedai penuh sesak dengan orang. Nak cari tempat parking pun susah. So, aku tumpukan pada masak untuk berbuka je lah dan sekali sekali buat kuih tradisional sebagai pemanis mulut semasa berbuka.
Sotong sumbek ni cakap orang nisemlan. Orang kelumpo cakap sotong sumbat. Aku kekalkan keaslian bahasa ibundoku hiii..
Bahan:
4 ekor sotong
Beberapa batang kacang buncis potong panjang
Bahan inti:
2 biji kentang dipotong dadu
10 ekor udang dihiris halus
2 ketul dada ayam dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 batang daun sup dihiris halus
1 batang daun saderi dihiris halus
2 biji lada merah besar didadu halus
1 sudu besar rempah kari
garam secukup rasa
1. Tumis bawang merah dan putih
2. Tambah rempah kari. Gaul rata.
3. Masukkan kentang dan ayam. Masak sehingga kentang empuk. Tambah sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan udang, cili, daun bawang, daun saderi. Jangan lupa garam.
5. Ketepikan biar sejuk
Bahan kuah:
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 batang serai
3 biji buah keras
2 biji bawang besar yang sederhana
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
5 biji cili api
* Blender semua bahan di atas
1 kotak santan
1 kiub serbuk ikan bilis
Beberapa helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 keping asam keping
1. Sumbat sotong dengan bahan inti. Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan toothpick.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak. Tumis bahan kisar sehingga masak.
3. Masukkan santan, kiub ikan bilis dan daun limau.
4. Masak sehingga kuah agak pekat. Tambah asam keping dan garam.
5. Masukkan sotong dan kacang. Masak sotong jangan terlalu lama. Nanti overcook dan sotong jadi liat.
Sekian.
Selamat berpikir pikir apa yang hendak dimasak untuk berbuka petang ni.
Aku rasa macam nak buat mee kari je.
ibundo
Very efficiently written information. It will be beneficial to anybody who utilizes it, including me. Keep up the good work. Use Twitter search to find Tweets from yourself, friends, local businesses, and everyone from well-known entertainers to global political leaders.
ReplyDelete