Hati masih terkesan dengan kejadian yang menimpa mh17. Hiba yang berpaut belum terungkai. Bertambah-tambah hiba melihat saudara kita dibedil hari demi hari di Gaza. Anak-anak yang tidak berdosa bergelimpangan akibat kegilaan zionis. Sedihnya.. Itu sajalah senjata kita disamping doa-doa yang tidak berkesudahan kita untuk mereka. Sedangkan ketua-ketua negara besar dan gah cuma memerhati dan tidak kurang yang bertepuk tangan melihat umat islam yang dianggap terrorist diganyang sebegitu rupa. Marilah kita terus berdoa. Berdoa disepanjang ramadhan yang masih lagi berbaki.
Agak beberapa kali juga aku cuba membuat posting baru tetapi kesedihan itu membuatkan aku tidak sanggup untuk menulis. Tambah tambah lagi menulis tentang keriangan kita menghadap makanan dan bersiap-siap untuk menemui idulfitri tidak lama lagi. Sedangkan mereka? Pastinya keluarga nahas mh17 akan menyambut idulfitri dengan tawar. Mereka yang diGaza sudah tentu pula bermakankan peluru dan darah manusia. Bilalah akan hilangnya kerakusan manusia.
Mee kari bundo style ditambah dengan bakso jumbo. Ada telur rebus tapi terlupa diletakkan dalam mangkuk semasa difoto.
Bahan:
2 bungkus mee kuning
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai
3 biji buah keras
4 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
(Bahan di atas kecuali mee, diblender halus) Cili merah boleh diganti dengan pes cili kering sepedas mana anda mahukan.
1 bungkus bakso jumbo
beberapa ketul daging ayam dipotong kecil
4 sudu besar kari daging
4 biji kentang saiz besar direbus empuk dan diblender
1 kotak santan
Bahan hiasan:
Sawi direbus
Tauge di celur
Tahu digoreng dan dihiris
Telur direbus
Bawang goreng
Cili merah dipotong
-Panaskan minyak dan tumis bahan blender sampai berbau wangi
-Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air
-Masukkan ayam, gaul sehingga air ayam kering.
-Tambah santan. Bila mendidih, masukkan kentang blender, garam, sesudu stok ayam. Kalau suka taruk gula, bubuhlah gula sikit.
-Bila mendidih lagi sekali, masukkan bakso jumbo.
-Done.
Sekian. Rasanya memanglah berbeza daripada mee kari biasa. Dah namanya pun bundo style kan..
ibundo
wah terangkat lah tengok bakso ni kenyang mata hari ni kejab hehe
ReplyDeleteI think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable. Using the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pikdo right now!
ReplyDelete