Sunday, July 6, 2014

Sambal asam belacan tempoyak

Seorang sahabat  mempunyai dusun durian di gombak. Dusunnya terdapat lebih kurang seratus batang pokok durian musang king. Buahnya juga sedang galak gugur.
Aku mempunyai dusun durian juga di kampung tapi tidaklah sampai seratus pokok. Buahnya juga jenis yang biasa-biasa sebab abah menanamnya semasa anak aku masih kecil-kecil. Yang terkenal pada masa itu durian tembaga. Malangnya kali ini buah tidak berapa menjadi. Musim panas, kurang dibelai, puluhan tupai, semuanya antara faktor yang menyebabkan buah durian aku hanya beberapa biji saja yang mengintai di sebalik dahan dan dedaun. Aku biarkan saja abang dan anak buahku mengutip hasil yang tak seberapa itu.

Kawan aku yang ada dusun di gombak itu berkali-kali mengajak kami kawan-kawan yang lain ke kebunnya mengutip musang king. Keadaan panas, berpuasa, letih, menyebabkan aku tidak sanggup untuk memenuhi jemputan. Kami yang tidak berkesempatan hanya berpesan-pesan supaya disimpan beberapa ulas di dalam freezer sehingga bertemu di hari raya. Dan buatkan juga tempoyak beberapa balang.

Tempoyak memang kegemaran aku sejak kecil. Kalau emak aku dulu membuat sambal daun kayu , aku akan meratahnya begitu saja. Sekarang pun.
Kalau tak pun, emak meletakkan cili api yang telah ditumbuk ke dalam piring. Tempoyak disudu dan diletakkan disebelah cili tersebut. Apabila makan, cili dan tempoyak digaul-gaul mengikut kepedasan masing-masing. Sekarang pun aku buat begitu juga.

Namun, dengan beredarnya masa sambal tempoyak dihidangkan dengan variasi yang berlainan. Digaul dengan budu pun sedap.




Untuk sambal tempoyak ini resepinya:

1 biji bawang besar didadu atau dihiris separa bulat
2 biji tomato dibuang biji dan dadu
beberapa biji tomato ceri dibelah dua
setengah batang timun dibuang biji dan didadu
belacan bakar (lebih kurang selebar sudu besar)
4 biji cili besar merah
4 biji cili api (tambah kalau mahu pedas)
1 biji cili besar hijau dihiris
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar jus limau kasturi/nipis/lemon
1 sudu besar gula
garam secukupnya
1/2 cawan air masak
2 atau 3 sudu besar tempoyak





Blender cili merah , cili api dan belacan dengan air masak.
Masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan kesemua bahan di atas dan gaul rata.
Kalau nampak terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.




Sekian.
Selamat berpuasa.
Selamat mengerjakan ibadah.


ibundo


6 comments:

  1. Salam Ramadhan Ibundo, rasanya macam dah lama sangat tak terjah blog ni. Bundo pun mcm sunyi je tak update blog.

    ReplyDelete
  2. As salam...asz pun br dpt sambal nie dr jiran last week....mmg sedap n 1st time mkn...;)

    ReplyDelete
  3. waduh bundo ini menu pelaris nasi ni, saya belum pernah campur semua benda macam ni, tapi boleh try jugak kalau sedap boleh buat barkali2 ni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah pertemuan di alam maya kembali di bulan ramadhan. Lama kakPah bersenyap-sepi:)

    Gambar yg kakPah captured tu yg buat org tengok pun tahu keenakkanya:)

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam zana. memang dah lama tak jumpa ni.

    Siti asma, boleh kongsi kesedapannya

    Noor, belum cuba belum tau

    kak zakie.. hehe bertemu kita kembali

    ReplyDelete
  6. Wow, excellent post. I'd like to draft like this too - taking time and real hard work to make a great article. See Instagram photos and videos from 'Deskgram'

    ReplyDelete