Assalamualaikum.
Setengah tahun menyepi.
Tiba-tiba aku teringat akan dapur yang sudah sekian lama tidak berasap.
Bukan tidak sayang. Sayang.
Tapi keadaan yang pada mulanya tidak mengizinkan telah menjadi sebati dalam diri sehingga tidak mengizinkan aku terus menerus untuk masuk ke sini.
Beberapa hari lepas aku begitu teragak untuk mengambil foto masakan yang aku sediakan untuk berbuka. Terkial-kial aku menggunakan kamera yang aku abaikan banyak bulan. Puas aku mencari setting yang betul. Ada saja yang tak kena.
Practice makes things perfect. Apa lagi aku yang telah berumur ini mudah saja lupa kalau benda tidak dibuat selalu.
Ohya.. apa kabar.
Bagi yang tertanya-tanya, aku sihat. Alhamdulillah.
Awal tahun aku mengalami sakit di tapak tangan kanan. Susah untuk memasak. Susah untuk memegang benda yang berat-berat. Kesusahan itu aku jadikan alasan untuk tidak mengupdate dapur. Apalagi setelah melakukan sedikit operation di tempat yang sakit, alasan semakin bertambah kuat. Alhamdulillah sekarang sudah pulih walaupun masih terasa bila membuat kerja yang berat.
Tidak ada yang istimewa yang hendak aku tunjuk di sini.
Cuma yang hendak aku tekankan ialah kita jangan terlalu membazir ketika berbuka puasa. Ada kalanya makanan yang kita masak terlebih daripada sepatutnya. Kalau ada yang lebih, jangan dibuang. Daging ayam boleh digunakan semula untuk membuat pegedil. Daging boleh digunakan juga untuk membuat perencah nasi goreng etc etc. Kreativiti mesti ada.
Pulut yang aku guna untuk membuat kroket ini adalah lebihan pulut santan durian untuk manisan semasa berbuka. Santan durian yang berlebih aku bekukan dalam freezer. Mungkin boleh dibuat pengat pisang atau bubur kacang hijau. Nantilah.
Kroket pulut ini aku buat keesokan harinya sebagai juadah tambahan berbuka.
Aku letak resepi di sini sebagai rujukan.
5 biji ubi kentang potong dadu
1/2 batang carrot potong dadu
1 biji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang kecil cincang halus
2 biji cili besar cincang kasar
1 tangkai daun sup hiris kecil
1 tangkai daun bawang hiris kecil
1/2 sudu kecil lada sulah
pulut (anggaran 2 cawan penuh)
1 sudu besar rempah kari
1 cawan air
bahan untuk salut:
2 biji telur dikocok
golden breadcrumbs
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
Tumis bawang putih dan bawang besar.
Masukkan rempah kari.
Bila naik bau masukkan kentang dan carrot. Gaul sebati dan tambah air.
Masak sehingga empuk. Sekiranya air kering dan kentang belum empuk, tambah air.
Bila sudah empuk, masukkan bahan-bahan lain berserta pulut.
Gaul sebati. Masak sehingga benar-benar kering.
Angkat dan ketepikan. Biarkan sejuk.
Bila sudah sejuk, bentukkan lonjong.
Panaskan minyak, gelekkan kroket ke dalam telur, golekkan atas breadcrumbs dan goreng sehingga kuning keemasan.
Sekian.
Salam sekali lagi buat semua.
Rindu kalian.
ibundo
Assalamualaikum Bundo,
ReplyDeleteOsah ghindu eh Sham.
Ingat terus pencen dah.
Ghupo eh ado "yg menghalang".
Harap Bundo dah semakin sihat.
Insya'Allah.. mudah-mudahaan lopeh ni aktif balik cam dulu.
Aghi makin paneh.
Kok dapek air sunquick mo nata di coco.. umang sodap eh ni. Boh lak air batu bebanyak.
Selamat bebuko poso Bundo.
assalam bundo, rindu nya kami dgn bundo, ingat dah pencen sebelum pencen, alhamdulillah biasa lah tu sakit sikit ujian dari allah tanda dia sayang pada kita, suka tengok bonda ambik gambar cantik walaupun dah lama tinggalkan camera tu kan
ReplyDeleteMemang rindu beno kat Bundo... selalu Amie terjengok2 ke sini mana tau Bundo ada kat situ... rupanya menyepi terlalulah lamanya!
ReplyDeleteSelamat berpuasa Bundo & seisi keluarga. Gambar tangkapan Bundo tu masih cun melecun seperti selalu.
assalam Bundo..jumpa lg...muge Bundo bertambah pulih...
ReplyDeletesham, waalaikumsalam.
ReplyDeleteiyolah, kok ado joki nak jumpo laie tu, tak komano doh.
Noor, Ingat nak pencen. Tapi masih sayang dan rindu.
Amie, bundo masih memerhati dan mengikuti amie dari jauh.
Rohah, waalaikumsalam. Insyaallah..