Sejak kebelakangan ini kerajinan berada di tahap merudum paling melampau. Sungguh tidak rajin. Tidak rajin untuk berlama-lamaan di dapur. Masak lebih kurang, dah.. Peliknya keinginan tekak dan perut untuk diisi tidak pernah pula berkurang. Malah makin menjadi-jadi.
Kejadian melihat lemak-lemak yang berlengkar di sekeliling pinggang dan bergayutan di perut ketika mencuba baju sambil membelek-belek keserasiannya dibadan di butik Anugerah Klasik petang tadi benar-benar menginsafkan. Arghh.. otak kata kurangkan makan. Hati berdalih kalau tak makan macamana nak buat kerja... argh...
Jomlah kita tengok apa yang bundo buat ni.
Resepi paling sempoi. Bagi yang tak pernah mencuba buat kek, bolehlah cuba. Senang banget deh.
Antara yang ramai-ramai datang ke sini mestilah ada yang tak pandai dan tak pernah buat kek kan? Bundo dulu pun antara yang ramai-ramai itulah. Betul cakap. Tak pandai langsung. Buat mesti jadi lempeng ataupun jadi batu.
Bahan:
150 gm self raising flour
130 gm gula castor
150 gm majerin
3 biji telur grade B
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar air suam
Cara:
-Panaskan ketuhar.
-Pukul majerin dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
-Tepung diayak. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Tambah esen vanila. Gaul.
-Bancuh serbuk koko dengan air. Keluarkan anggaran 1 senduk adunan tepung dan gaul bersama bancuhan koko.
-Sudukan adunan asli dan sedikit adunan koko ke dalam acuan cupcake. Corak-corakkan dengan lidi sate.
-Bakar sehingga masak.
-Sejukkan dan hias ikut kreativiti.
Bundo buat cream hantam-sajalah-laboo. Namanya pun orang malas.
Ooops.. bundo makan seketul je tau.
ibundo
seketoi mana cukup...makan kakpah..makan..nanti
ReplyDeletejika tak makan mano ada tenaga nak buat kerja..nada menghasut sebab tak adil jika kita sorang je gemuk kkihkih...
Aduhh.. Chumelnyer bundo.. Saya pun ada gak bekas silikon ni.. Tah bilalaa jadi keknya.. Nengok bundo buat teruja sangat..
ReplyDeleteashehsheh...kalau bundo makan 2 pun bukan org nampak;)
ReplyDeleteKaki kita warna merah..hehehe
ReplyDeletecute cup cake ni haa..setia mennati ngan kakinya..
ReplyDeleteAssalamualaikum gemmm menarik cantik pulak deco kek ni....
ReplyDeleteMano akak dapek kaki cupcake tu...? Sey ingatkan kaki tu kono bakar sekali.. huhuhu..
ReplyDeleteDulu jd lempeng n batu...skarang gebus macam span....hehehe...
ReplyDeleteCumil cupcake Bundo... bak mai 2 ketoi...
ReplyDeletesaya langsung tak pernah buat kek kalau cuba jadi kott bak kata bundo "senang banget" deco kek tu cantik :)
ReplyDeletesedaplah Bunda, tapi tak pandai nak buat..
ReplyDeleteAssalamualaikum Bundo,
ReplyDeleteSham tongah membayangkan ni.. tetibo lak bokeh biru tu bejalan sendiri. Kaki dah siap bekasut tu..
cm,
ReplyDeletehaha.. tak adil.. tak adil. memang tak adil ko hasut kpah camtu.
shiela,
bekas tu beli dah lama gak tapi tak pakai pakai.
mar,
haha..
puan ros,
boleh le kita tukar tukar kaki ye
rohah,
cute kat bekas tu
shiela,
hentam keromo je
azz,
memanglah kaki tu melokek. bekas tu memang berkaki.
rahel,
ReplyDeletehaha..
gee,
4, 5 ketul pun boleh
Azma,
kena biasakan. Kalau tak biasa buat memang kita rasa susah.
ky,
cuba je.
sham,
memalam jumaat ni janganlah pike camacam haha