Thursday, March 28, 2013

Laboo o Laboo

Salam.
Kerja kalau kelamkabut ni memang tak semenggah. Ni ha... nak cepat-cepat buat posting ni. Mata ni macam dah tak boleh nak tenung skrin ni sebab mengantuk sangat.  Padahal baru jam sepuluh.
Hadei....
Terus jelah ke bingka laboo ni ye.  Sebenarnya tak tau nak namakan apa. Bingka pun bingka lah laboo.....




 Nak buat teramat senang.  Dapat idea ni bila tengok channel afc.

1 1/2 cawan (lebih kurang) labu yang didadu
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan whipping cream
1/2 cawan tepung
1/3 cawan gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila



Labu direbus separuh masak.  Tapis dan ketepikan.
Bahan-bahan lain dimasukkan ke dalam blender.  Kisar sebati sahaja.
Tabur sedikit tepung dulang pembakar (tak kesahlah bulat ke 4 segi.  Janji yang kecil tak besar geabak).
Letakkan  labu.  Curahkan bahan yang diblender. 
Bakar lebih kurang 40 minit. Kalau cucuk dengan lidi tak melekat tu, dah masaklah tu. Bundo saja tak masak sampai berkerak.



Jemputlah!!!

ibundo

10 comments:

  1. cepat memasaknya ya kak pah...ada labu dlm peti sejuk dah makin mengecik saiznya..esok kena buat sesuatu dgn labu tu....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Bundo,
    Alahai sodap eh.
    Tapi Sham dah x buleh makan labu.
    Sojuk segalo sondi.
    Tu la bahano oghang dogil.
    Skarang.. meraso la badan.
    Tapi kan kan.. alahai.. sodap ehhhh..

    ReplyDelete
  3. Issh issh isshhh.. Urut dado den nengok ni bundo.. Adoyyaii.. Peberet amek ni.. :b

    ReplyDelete
  4. Bundo... tukar nak? gee ada bingka keledek...

    ReplyDelete
  5. Nampak pun dah sodap ....kalau makan apatah lagi.....saya mmg peminat labu selalu buat pengat labu jer...

    ReplyDelete
  6. aduhh.. lemak berkrim nampak.. sedappp..!

    ReplyDelete
  7. Assalam Ibundo, lamanya Ummi x datang jenguk2 dapur geng2 nih...masa ketat betul skrg ni... Tgk bingka labu ni menawan jer, labu dikiub2 gitu, mesti terasa2 mengunyah...menarik lerk...eh guna whipping cream eh, mst satu kelainan..pasti sedap kan Ibundo.. ^__^

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Bundo saya pun lama tak singgah sini tercium wangi labooo tu terus terbang kesini ada lagi tak?? nak sepotong kerna perut kosong hee

    ReplyDelete
  9. amboi lemak berkrim bingka bundo tu...nk jilat krim tu dulu!!!

    ReplyDelete