Salam pagi Isnin.
Sejak subuh angin di luar sana bertiup agak kuat. Langit gelap menjanjikan titik-titik hujan akan dicurahkan ke atas muka bumi. Kilat berlegar-legar di kaki langit dan guruh sahut menyahut mengejutkan tidur anak-anak kecil. Namun sang unggas terus saja mencicip-cicip terbang ke sana ke mari mencari rezki apa yang ada.
Tatap saja hidangan bundo pada pagi ini.
Bahan:
8 biji cili hijau besar
15 biji cili api hijau
1 biji kecil bawang besar bersaiz kecil dipotong kasar
5 sudu besar cincaluk
1/2 biji lemon diambil jusnya
Cara:
1. Blender kasar cili dan bawang.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan kisar sehingga masak.
3. Masukkan cincaluk dan perahan lemon. Gaul rata sehingga benar-benar masak.
(Kalau suka pedas, boleh tambah cili api)
Sedap dimakan sebagai penambah selera.
Sekian.
ibundo
Assalamualaikum salam sejahtera di pg isnin yg nyaman di sini juga sejuk ....hemmm hidangan yg menarik bembuka selera...kena pula nasi panas2 dan ulam ulaman....perlu cuba tq resepi :-)
ReplyDeletejarang buat sambal ngan cencaluk ni..semalam baru nyembang pasal cencaluk ngan biras org melaka... bila2 bolehlah try kan..
ReplyDeleteAduhai..godaan betul...pepagi dah nampak sambal cincalok...ngencess.
ReplyDeleteSalam Bundo, pepagi dah kecur liur tgk ni..makan nasi la pagi ni ya Bundo...
ReplyDeleteAduh enaknya ya Bundo! Boleh cicah sama ikan bakar ni...
ReplyDeleteAs'salam Ibundo
ReplyDeletememang sedap sambal cencaluk lagi sedap ada nasi panas ..leleh air liuq ku hehehe
Belum pernah tengok cencalok goreng lagi bundo pasti sedap ni sangat membuka selera ni ...
ReplyDeletepergh! kalau makan dgn nasi panas dan ikan goreng boleh bertimbun2 ni... sedapnyaaaa
ReplyDeletesedap juga Bundo cencalok masak gini..pembuka selera makan ni...
ReplyDeletemmg membuka selera betul ni Bundo.. :b
ReplyDelete