Peria besar ni kami kat kampung panggil 'kambeh' ataupun 'kambas' bahasa suratnya. Jadi senang nak bezakan dengan peria katak. Bundo kekadang terpikir-pikir juga akan hubungan kambas ini dengan peria katak.
Pernah satu ketika dulu bundo campak biji kambas yang telah masak ke atas tanah di tepi pagar belakang dapur. Alhamdulillah biji itu tumbuh dan pokoknya menjalar subur melilit pagar. Anehnya apabila berbuah pokok itu mengeluarkan peria katak. Pelik kan?
Anak-anak memang tak suka makan. Kalau digulai, kuahnya pun tak mahu dijamah sebab kata mereka pahit. Memanglah pahit. Emak dulu selalu cakap, ubat mana ada yang sedap. Yang pahit itulah ubat.
Dulu pun bundo tak suka makan. Nak telan pun tak lalu. Tapi sekarang kalau disuruh ratah buat ulam macam tu saja pun, boleh.
Peria sumbat ini bundo buat untuk diri sendiri dan abah kerana orang lain dah gerenti taknak makan.
Bahan:
1 biji peria besar (kambas)
2 keping ikan tenggiri
10 ekor udang didadu kecil
1 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu kecil lada putih
1 biji cili merah dicincang halus
1 tangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus
1 biji telur putih
garam secukupnya
Cara:
1. Peria dipotong anggaran 4 cm. Buang biji dan selaput putih di dalamnya dan rendam dengan air garam sebentar.
2. Ikan diambil isinya sahaja. Tumbuk halus bersama bawang besar.
3. Campurkan bahan-bahan lain bersama campuran ikan dan bawang.
4. Panaskan pengukus. Toskan air rendaman peria. Masukkan peria ke dalam loyang kek. Sumbat isi ke dalam peria sehingga padat dan penuh.
5. Kukus sehingga masak
Kalau rajin buatlah sos cili untuk pencicahnya. Kalau tak rajin, cicah saja dengan cili sos sedia ada dalam botol. Ataupun, makan saja begitu dengan nasi.
Sekian.
ibundo
Salam Bundo, buat kita teringat dekat Yong Tau Foo
ReplyDeletesalam Bundo
ReplyDeletedah lama tk buat macam ni,biasalah kalau anak2 tk makan mmg jarang buat,nnti tunggu mood rajin nak buat utk diri sendiri pulak...tapi mmg sedap lah selera kita yg makan pahit maklum ubatttt semua ditelan kan
Bundo, gee suka peria tp tak pernah buat cam ini lagi...biasa nya masak lemak, goreng telor atau peria celup tepung... amek resipi dulu laa yer... mekacih Bundo
ReplyDeletesedap tu bundo, peria ni bagus selslu mkn wlpun pahit tp itulah kebaikkannya kan he he
ReplyDeletebiasa sy goreng ngan telur je ,nanti blhlah ikut cara bundo wat kelainan pulak