Chah menggoda bundo dengan ayam kicap briyaninya. Sungguh berani kau chah sehingga membuat bundo tak lelap tidur malam tapi tidur siang tetap saja lenanya. Nah!! tengok saja hasil penggodaan tersebut. Siap juga ayam kicap briyani ala chah hasil tangan bundo yang pastinya telah menerima penderhakaan yang teramat sangat. Maap chah di atas penderhakaan tersebut.
Nak sonang kojo den, den copy dan paste sajolah resepi dari dapur chah sambil highlightkan tempat-tempat yang telah diubahsuai mengikut kehendak tokak bundo ni.
4 ketul ayam (lumur dengan sedikit garam dan kunyit)
(bundo punya 1/2 ekor)
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
2-3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1 batang serai - dititik (bundo tak bubuh)
1 sudu besar rempah beriani (bundo bubuh 1 1/2 sudu besar)
1/2 cawan kacang gajus (bundo tambah)
1/2 cawan kismis (bundo tambah)
2 biji ubi kentang dipotong wedges (bundo tambah)
1 sudu besar dadih natural flavour
satu kelopak daun ketumbar dihiris untuk hiasan
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit sos cili
1 biji tomato
Cara-cara:
- Gorengkan ayam separuh masak dan ketepikan.
- Kentang dipotong wedges, goreng dan ketepikan.
- Kacang gajus digoreng. Kismis digoreng sebentar. Ketepikan.
- Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan anggara 4-5 sudu sahaja.
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan bahan tumbuk tadi menggunakan minyak menggoreng ayam tadi.
- Masukkan cili kisar .
- Masukkan rempah beriani yang telah dicampur dengan sedikit air.
- Masak hingga naik minyak. Masukkan kicap dan sos. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
- Masukkan ayam, kentang , gajus dan kismis. Gaul rata dan biarkan ayam betul-betul masak.
- Sejurus sebelum padamkan api, masukkan tomato yang telah dipotong mengikut selera anda.
- Hidang dan tabur dengan daun ketumbar dan beberapa biji cili api jika suka.
Terima kasih chah. Very d mabeles!!!
Bagi beberapa resepi mengancam lagi dan bundo akan fikirkan secara serius untuk mengambil kau sebagai anak angkat bundo kehkeh...
ibundo
Lagi banyak penderhakaannya, lagi sodap raso tokak kito yo Bundo... he he he heh
ReplyDeleteAyam kicap...kita suka.. minta seketul.
ReplyDeleteaduh bestnya Chah dapat jadi anak angkat Bundo ada request ni mau terima tak saya jugak sbb nak selalu makan rusa hahaha boleh ke Bundo cayang..
ReplyDeleteUwaaaa...tak tahan la tenung ayam kic ni lama...takut nanti cepat abis..hihihi
ReplyDeleteassalam Bundo
ReplyDeletememang mengoda ni...goda selera jadi lapar he he
Salam ibundo! cedapppnyaaaaa! kalau dpt makan ngan nasik minyak mesti sedap kan, jgnkan kata nasi minyak dgn nasi putih pun dah cukup nikmatnya hihihi...
ReplyDeleteNak jugak jadi anak angkat...
ReplyDeletekehkehkeh...
Rajin Kak Pah update blog dapo akak ni.. Blog dapo sey dah bozaman tak berasap.. hahaha..
opocot! hahaha bundo...alahhhh kira takyah pertimbang2kan la..nk timbang apo laie,,,kira saya dh sahlah jadi anak bundo yg ke semilan...kiki.. tapi ayam hasil derhaka aka kreativiiti bundo lagi mengancam...mewah dowh ngan gajus segala bagai.....
ReplyDeletedapur bundo ni sentiasa tampil bergaya dengan masakan yg enak2 sih..macam nak ambik sepinggan penuh bawa lari ke sini..sedap nampaknya..
ReplyDeleteThanks for dropping by. Anggaplah komen anda telah dibalas dengan bundo ke dapur you all hehe..
ReplyDeleteangin malas sedang melanda..