Saja nak mencari kelainan. Hasilnya tidaklah terkinja-kinja dek kesedapan tetapi memadai memuji diri sendiri kerana berjaya membuat sesuatu yang lain daripada yang lain.
Bahan:
1 bungkus mee kuning
1 ketul dada ayam didadu kecil
8 ekor udang (ikut suka nak letak berapa)
10 biji fish ball dibelah dua
2 keping fishcake dipotong nipis
beberapa batang sawi
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu besar rempah briyani
2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap masin
1 cube stok ayam
1 cawan air (atau lebih)
untuk tabur:
daun bawang dan daun sadri dihiris
1 biji cili merah dihiris
sedikit bawang goreng
Cara:
-Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah briyani. Goreng rata.
-Masukkan ayam. Setelah berubah warna, masukkan udang, fishcake dan fish balls. Gaul.
-Masukkan pula tomato puree, stok ayam, sos tiram dan kicap. Tambah air.
-Apabila mendidih masukkan sawi dan mee.
-Sekiranya suka mee basah, bolehlah tambah sedikit air lagi.
-Rasakan masinnya. Tambah kicap atau pun garam kalau perlu.
ibundo
wah..satu menu yang unik ni..boleh cuba.Masakan ni seni kan kak pah jadi seni ni sungguh luas skopnya.Kita boleh reka macam-macam resepi..yang penting sedap:)
ReplyDeletealamak sedapnya tengok mee goreng tengah2 malam ni...nak cuba la sebab ada kelainan...:)
ReplyDeleteSalam Bundo.satu kelainan mee goreng campur dg rempah beriani dan nampak sedap digoreng basah gitu. ayam kat bawahpun nampak sedap juga..
ReplyDeleteYummy~
ReplyDeletekena makan cepat-cepat ni.nanti mee jadi kembang pulak.meleleh airliur tengok segala jenis resepi arini:)
Ingat nak try la resepi ni untuk petang ni...hehe..bahan semua ada kat dapur tu..Udang dari KERPAN, Blue Archipelago!
ReplyDelete