Tuesday, June 26, 2012

Pengat Mi Siput

Ramadhan hampir tiba.
Masih terbayang-bayang di ruang mata bundo ni arwah mak mengisar tepung untuk membuat kuih muih semasa berbuka puasa. Dulu tak ada tepung beras.  Tak ada tepung pulut. Kalau nak buat kuih, kena rendam beras dan kisar.  Kisar pulak kena ada teknik. Kalau teknik tak betul nanti tepung jadi kasar dan kena kisar lagi sekali.
Sekarang ni dah tak payah susah susah.  Dan pengisar tepung tu dah jadi hiasan kat laman bundo ni.

Antara juadah berbuka puasa yang mak bundo suka masak ialah pengat mee siput. Err.. nak buat mee siput ni tak payah kisar tepung.  Cerita kat atas tu hanya intro je.  Mee siput beli siap di kedai. Masa dulu, mee kuning pun susah nak dapat. Yang ada, mee yang cina buat.  Orang melayu kita ni belum ada lagi yang pandai buat mee kuning.




Kelmarin bila nampak mee siput di kedai secara otomatis bundo teringatkan pengat mee siput mak. Mak bundo dulu gandingkan mee siput ini dengan pisang nangka. Tapi sebab pisang untuk dibuat pengat tak ada ketika bundo beli mee siput tu, bundo gandingkan dengan keledek yang ada berbaki seketul dua di rumah.




Bahan:
2 keping mee siput
1 biji keledek
1/4 cawan chacha
1 buku gula merah
2 sudu besar lempuk durian
1 sudu teh garam
800 ml santan
2 helai daun pandan

Cara:
1. Rendam chacha sampai kembang
2. Didihkan air dan rebus lembut mee siput
3. Keledek dipotong kiub besar
4. Masak santan, keledek dan chacha sehingga  lembut. Masukkan daun pandan, garam dan gula.
5. Apabila bahan empuk, masukkan lempuk dan mee siput.
6. Kacau sebentar dan padamkan api.



Mungkin ada yang rasa pelik.
H'a?.. mee dibuat pengat? Tapi rasa dulu baru tahu.
Abah bundo makan bertambah-tambah.  Mungkin mengembalikan memorinya kepada arwah mak.
Abah bundo umurnya dah hampir 90 tahun.  Masih kuat. Masih boleh bawa kereta sekitar kawasan rumah bundo ni.  Ya.. abah tinggal dengan bundo sejak pemergian mak.

Berani mahu mencuba?

ibundo


16 comments:

  1. asslm Bundo syg...wah resepi ni lain dr yg lain ni...xpenah tfkr lak mee siput leh dipengatkan...cmner yer rasanye Bundo?? kreatif la dlm mcipta resepi...suka tgk siap mengkaji lagi resepi ni...hehe..mmg pelik resepi ni...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Bundo, saya tak pernah makan pengat mee siput ni sehinggalah berkahwin. Arwah mak mertua masak pengat dengan pisang..memang sedap!

    ReplyDelete
  3. Banyak-banyak pengat, pengat mee siput belum pernah dicuba. Terima kasih kongsi resepi ye Bundo.

    ReplyDelete
  4. as-salam ibundo
    amboiii sedap..pagi2 dah ada pengat mee siput..npk berselera pengat siput tu..

    ReplyDelete
  5. salam Bundo, saya pun tak pernah lagi makan...ni first time jumpa mee siput dibuat pengat...mesti sedap...dan yg penting kenyang

    ReplyDelete
  6. Assalam ibundo..first time mee siput di buat pengat...mesti sedap kan..

    ReplyDelete
  7. sazah panggey mi loka ni kak

    ReplyDelete
  8. sama jugak dgn saya Bundo baru first time dengar me siput buat pengat kalau dekat dpt test ni dah jauh kena buat sendiri lah ni

    ReplyDelete
  9. QH,
    memang lain. Pelik bagi orang yang tak pernah merasa.

    Azian,
    haa.. ada pun yang dah pernah makan. memang asalnya dimasak dengan pisang.

    Amie,
    amacam... jom cuba dan bagi tau kengkawan apa rasanya.

    ady,
    salam. Saja nak kongsi resepi pelik ni haha..

    FnF,
    Selalunya yang pelik pelik orang malas nak cuba tapi.. hehe cubalah. mana tahu berkenan pulak.

    hanim,
    nak tau sedap ke tak, kena buat dulu. tekak lain-lain hehe

    Tijah,
    haah.. yo tak iyo e. Mee loka. Lupo pulak kek namo tu sobab dah bozaman bona tak nyobut.

    Noor,
    nampak gayanya gitulah noor. Err.. kat sana tu ada ke mee siput.

    ReplyDelete
  10. salam bundo...
    baca cerita bundo pasal kisar tepong tu terimbau2 zaman sy budak2 dulu.. selalulah tengok arwah nenek kisar beras nak dijadikan tepong.. kisar guna pengisar batu tu.. pusing2 sambil kisar kena campur ngan air sikit.. hehe.. batu pengisar tu punyala berat kan.. now tak tau kemana pegi batu pengisar yg boleh dipusing2 tu.. tp masih ingat lagi rupa dia.. zmn skrg dah susah nak tengok...

    satu lagi nostalgia bila tgk pengat mee siput ni bundo.. tp yg ni kemudian sikit.. sbb ia muncul dlm hidup sy masa sy dah sekolah menengah.. mak belajar2 ngan jiran2 dlm felda tu.. hihi... yg psl pengisar tepong tu sy lom sekolah lagi... rindu plak nak mkn pengat mee siput ni bundo... sedapnyer...

    ReplyDelete
  11. As Salam Bundo...suke sangat tengok gambar2 n resepi bundo yang kreatif...teruskan berkarya yerr....

    ReplyDelete
  12. salam bundo..alaahhaaii mengamit kenangan tul..time kecik2 emak rajin buat pengat mee siput nie..tp sejak2 dh tua nie x dapat pulak nk rasa..he hehe lama tul x makan:)

    ReplyDelete
  13. madiha,
    masa kecik dulu bundo cukup tak suka kalau disuruh mengisar beras tu. Lenguh tangan. Tapi tak suka tak suka pun kena buat jugak sebab dah takde orang lain yang mak nak suruh hehe..
    Ooo.. madiha tahu ye pengat mee ni. Bundo pun memang dah belas tahun tak makan. entah kenapa tetiba je teringat.

    Siti nadira,
    terima kasih atas perangsang. Insyaallah..

    zila,
    hehe.. ada lagi seorang adik bundo yang pernah makan pengat mee..

    ReplyDelete
  14. Sangat menarik mi siput dijadikan pengat...kalau ada kat depan mata konfirm makan byk ni..hehe..

    ReplyDelete
  15. wahh boleh buat pengat ye kak...tak sangka..saya ada byk stok mee siput kat rumah..takat ni pernah buat goreng gitu je dgn buat mee goreng..heheheh

    ReplyDelete
  16. Mengimbau kenangan semasa knk² . Indah sungguh. Hari ini hujan lebat membasah bumi Sepang. Saya sediakan pengat mee siput bersama pisang nangka utk keluarga. Berselera ank² apatah lagi selera meraka mewarisai si ayah berketurunan jawa. Cuma pembantu² kami rasa pelik dgn juadah ini. Tapi licin juga mangkuk² mrkšŸ„°

    ReplyDelete