Bundo cuma minum air kosong. Kalau nak perisa, bundo perahkan lemon. No cakes. No cookies. No ice-cream. Benda yang manis-manis semua tak ambil termasuklah kuih muih.
Untuk menggantikan nasi, bundo makan ikan panggang, rebus atau kukus. Makan dia saja-saja bersama dengan sayur mentah atau rebus. Dan bundo banyak makan tempe dan tahu.
Dalam setengah tahun bundo amalkan diet macam tu, bundo pergi buat check up dan memang tahap triglyceride bundo turun betul-betul ke tahap normal. Dan berat badan pun turun berkilo-kilo sehinggakan bila berjumpa kawan mereka akan tegur; apasal kau kurus. kau sakit ke...
Oleh sebab tahu dan tempe dah menjadi makanan utama, bundo kena pelbagaikan cara mengambilnya. Kalau gorenggggggg saja, pastilah muak. Ohya.. bundo goreng guna extra virgin olive oil dan guna sikit-sikit saja.
Jadi, apa kena mengenanya dengan berger temtahu yang bundo tempel di sini?
Ini adalah salah satu menu yang bundo cipta semasa berdiet dulu. (Sekarang ni diet dah banyak di langgar. Hancusss..) Dan jangan tak tahu. Nama temtahu itu adalah gabungan tempe dan tahu hehe..
Berger ni selalunya bundo makan dengan roti gandum tetapi kali ni bundo gabungkan dengan roti telur.
roti telur
Okay. Mula-mula kita buat berger dulu.
Bahan:
1 bungkus tempe dalam plastik, potong 4 dan rebus sebentar.
1 biji tahu
1 biji bawang besar didadu kecil
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
3 tangkai daun sadri dipotong halus
2 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk stok ayam kalau suka
Cara:
1. Biar tempe sejuk sedikit.
2. Dalam lesung batu, tumbuk halus tempe.
3. Tumbuk halus tahu.
4. Masukkan tahu dan tempe ke dalam mangkuk dan campurkan dengan segala bahan yangn lain.
5. Gaul rata dan bentukkan seperti berger.
6. Untuk adunan ini, anda akan mendapat 2 berger yang gedabak atau 3 berger yang agak comel. Bundo pilih yang gedabak.
7..Panaskan kuali tidak melekat. Bubuh sedikit minyak dan goreng dengan api perlahan sehingga masak.
(Bundo goreng dalam grill pan. Nampak cantik bergaris-garis gitu....)
Sekarang kita buat roti telur pula. Sebelum bagi bahan, bundo nak bagitahu yang adunan ni adalah untuk 2 keping roti saja. Kalau lebih daripada 2 keping, you all adjustlah sendiri ye..
Bahan:
2 keping roti sandwich
3 biji telur
3 tangkai daun sadri dipotong kecil
1/2 biji bawang besar ditumbuk halus
1/2 sudu teh lada sulah
1/4 sudu teh jintan manis
secubit (hujung jari) jintan putih
1/4 cawan susu segar
secubit garam
2 sudu besar majerin
Cara:
1. Di dalam mangkuk, campur semua bahan dan kocok sebentar sehingga sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian agak-agak sama banyaknya.
2. Panaskan sedikit majerin dalam kuali leper berdiameter kecil. Tuang 1 bahagian telur. Letak sekeping roti di atasnya. Kemaskan tepi tepinya supaya berkumpul di tepi roti.
3. Angkat roti dengan spatula dan masukkan 1 bahagian lagi telur ke dalam kuali. Letak semula roti di bahagian atas ke bawah pula. Jadinya sekarang, kedua-dua permukaan roti telah disalut dengan telur. Angkat bila sudah kekuningan.
4. Buat perkara yang sama dengan sekeping roti lagi.
5. Ketepikan.
Untuk menjadikan roti berger:
Ambil sekeping roti telur. Letak salad, tomato dan timun. Kemudian letak berger temtahu di atasnya. Letak lagi salad, tomato dan timun di atas berger. Lepas itu tutup pula dengan sekeping roti telur lagi.
Bundo tak letak cheese atau mayonis atau sos sebab begitulah yang bundo selalu makan dulu.
Tapi ada orang dalam rumah ni yang suka makan berger temtahu ni begitu saja cicah dengan sos cili dan mayonis. Dua keping berger gedabak yang bundo buat salah satunya telah dilarikan.
Ngap begitu saja tanpa roti. Sebenarnya kan, roti telur tu sedap dimakan macam tu saja. Tak perlu ada berger. Tak percaya cubalah. Hujung-hujung minggu kita ada banyak masa untuk bersantai-santai buat breakfast kan. Pasti ramai orang dalam rumah yang suka.
Akhir sekali, bundo tak kesah kalau you all nak ambil resepi ni dan mencubanya. Tapi pastikan bagi kredit pada bundo sebagai pencipta asalnya dengan membubuh link ke blog bundo ni ya...
Sekian.
Kasih daripada
ibundo
Coppp!!! gee nk 2 set berger temtahu yer Bundo...sgt menggoda...
ReplyDeleteAssalamualaikum Bundo..woi..tersangat sedap nampaknya burger nie..5 STAR untuk bundo utk resepi resepi yang kreatif..terbaik :)))
ReplyDeleteSalam Bundo..
ReplyDeletenampak sedap sangat burger temtahu ni...kalau encik abang nampak konfirm kena oder..
Salam Bundo..
ReplyDeletenmpk sedap sgt..gmbr2 jgn ckp lah
satu lagi resipi baru.. mesti cuba nie. :P
Salam Ibundo,
ReplyDeletevery d tempting tu... very d healthy lagi... very d kalsik jugak cos guna tempeh.. hehehe
Assallamualikum bundo..
ReplyDeleteWah..wah.. Macam set hidangan di restoran jer ni.. Nak 1 set boleh bundo.. Langgar pantang diet pun, langgarlah...
salam..
ReplyDeletenk copy resepi ni ye..
nk try buat..nmpk cm menyelerakan..
terima kasih :)
Ya Allah...nampak sgt sedapp...yg pasti sgt berkhasiat... :)
ReplyDeletesedapp.... saya sukaa...
ReplyDeletemenariklah Bundo...ramuan sihat...
ReplyDeleteAssalam Ibundo..thanks ya wish ummi kat entry Saji tuh...Ibundo pun apa kurangnya, nnt pasti akan dijejaki juga oleh pihak majalah masakan nnt...insyaAlla.. rajin2 masak rajin2 update eh..hehe. Nampak menarik la pulak burger tempe tauhu gini Ibundo...bila la nak mencuba.. Eh pengat mi siput pun x penah makan lgk...sdap eh mi tu wat pengat? *tgh imagine rasanya niiii...hehe
ReplyDeletesalam Budo...sedapnye...sesuai utk buat bentou (bekal) ke sekolah ni... sure kenyang....
ReplyDeleteGee,
ReplyDeletesoooori.. gerai dah tutup.
hanim,
jom kita makan hehe..
rahel,
kegemaran cik abang bundo gak
mamahawa, apa kaba.. lama dah bundo tak jumpa mamahawa ni. Sihat?
OYM,
mula mula bundo nak taruk nama berger temptation haha.. klakar
Naz,
kalau nak langgar pantang kena bubuh cheese bagai hii.. nak ke.
lady
ya.. sila.
lawa collection,
berkhasiat memang .. makan sebelah je dah kenyang dah.
Nita,
alhamdulillah..
Rohah,
Ye rohah.. kalau nak lagi sehat, makan dengan roti je. Tak payah letak telur.
Ummi,
terima kasih ummi atas galakan. Insyaallah..
FnF
Betul.
Knock..knock..salam tuan rumah,lapor ni......
ReplyDeletesalam Bundo..
ReplyDeleteambik bau je burger yg sedap tu nak minta tentu dah habis ni kan best lah Bunda pandai mereka cipta segala saluteee
As'kum Ibundo cayangg wahh betul punya cara berdiet tu Bundo.. sha ni kalau ikutkan tak makan nasi pun tak pe.. tapi kat rumah ni kalau tak nasi pasta.. macam mana nak kurus??? huaaa.... bestnya kalau dapat berat badan macam dulu awww heehehe...
ReplyDeletewahh memula pelik nama menu tu.. bila baca betul2 kisahnya... hebat!!!
As salam Ibundo, tiap hari berazam nak diet. Tiap hari juga saya turut makan lepas memasak. Mcm mana lah nak slim ni. Let's exchange link sb saya dah add your link to my blog list
ReplyDeletesedapnya...tengok bahan dah tau sedap!!!
ReplyDelete