Dulu bundo ada bibik dari semarang. Dia ni kalau tanam apa-apa mesti menjadi punya. Kalau tanam cili api, buahnya sampai tak termakan-makan dek banyaknya. Pokok pun elok rimbun. Bundo yang tanam? Cekeding. Taruk baja pun tak menjadi juga. Apehal ya? Tangan bundo ni panas kot.
Dulu, tersangat lama dulu, bundo ada bibik dari sumatra. Dia ni pelik sikit. Bundo lagilah pelik sebab tengok dia makan nasi berlaukkan cili api. Nasi putih sesaja. Takde kuah. Tak ada lauk. Sambil suap nasi, sambil gigit cili api. Bundo tengok selamba je dia makan.
Mungkin orang indon ni memang suka gigit-gigit cili api. Bundo cakap macam tu sebab kalau diorang hidang cekodok ke, karipap ke, mesti letak cili api di sebelahnya. Mulanya memang heran sebab kita kat sini mana ada letak cili bulat-bulat macam tu dengan kue. Tapi kan, bila bundo cuba.. makan karipap segigit. lepas tu gigit hujung cili api.. hehe.. sedappp. Bagi orang yang tahan pedas sedaplah. Bagi yang tak tahan, jangan kau buat kerja. Mahu berasap-asap keluar tang hidung dan telinga tu.
Tulang lembu ni pulak, orang selalu buat sup je kan? Selain tu bundo buat masak kari. Bundo buat masak lemak cili api. Rasanya sedap sebab ada rasa lemak-lemak gitu. Tapi tak boleh diamalkan selalu makan tulang lembu ni. Kolesterolnya..hmm tahu-tahu sajalah. Buat sesekali saja ye anak-anak ye.
Cuba perhatikan sup tulang ni kalau sejuk pasti lemaknya melekat di sudu, di pinggan, di senduk, di periuk. Ha.. macam tu jugalah rupanya dia melekat kat dalam badan kita ni. Takut?
Jom tengok cara bundo masak lemak tulang lembu ni:
2 kilo tulang yang berdaging (kalau sekilo je nanti kita makan tulang je, daging tak ada)
Santan dari sebiji kelapa
15 biji cili api *
1 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci lengkuas diketuk
1 inci halia diketuk
3 batang serai diketuk
1 cube stok daging
beberapa helai daun limau purut dibuang tulangnya
3 biji ubi kentang dibelah 4
1 keping asam gelugur
Cara:
Asingkan santan pekat dan santan cair.
Bahan yang bertanda* ditumbuk lumat atau diblender.
Masukkan tulang ke dalam periuk dan bubuh bahan kisar. Tambah air sehingga paras tulang. Bubuh garam, dan rebus. Tulang mestilah diebus sehingga benar-benar empuk. Apabila air berkurangan, masukkan santan cair. Masukkan juga halia, lengkuas dan serai yang diketuk.
Apabila daging empuk (sekiranya belum empuk, boleh tambah sedikit air lagi), masukkan santan pekat. Juga kentang, cube stok daging dan daun limau purut.
Bubuh asam keping apabila kentang empuk.
Angkat apabila kuah pekat.
Kadang-kadang bundo kurangkan tulang dan bundo tambah dengan daging. Misalnya 1 kilo tulang dan 1/2 kilo daging. Bagi yang belum tahu, janganlah terperanjat kenapa bundo selalu masak banyak. Famili bundo besar. Masak banyak ni pun, sekali ngap saja habis.
Sekian.
Ibundo
eh! eh!! menarik betul..tulang lembu masak lemak cili padi..mintk copy resepi yer..
ReplyDeleteadda,
ReplyDeletesilalah. Kita memang nak kongsi pun kan..
mesti terasa lagi lemak dia tu kan berbanding kalau letak daging je kan..errr semua anak bundo stay bershama-shama ke? ari2 kenduri arr itu mcm...
ReplyDeleteAdduuhhh....sodap eh Bundoo.... Hubby kita dengan anak tak berapa makan daging2 lembu and tulang serta yang seangkatan tu.. Terpaksalah buek utk diri sendiri yo agak eh...
ReplyDeleteAduh hai....
ReplyDeletelapar yg amat Bundo sy nie....mcm sedap jer...eh2..konpem ler sedap ye x? hehe....
wah bg saya resepi baru ni sis..selalu bikin sup jek. Harus try nnti ni.
ReplyDeletesy pun suka cili api sis..masak apa2 pun mesti nk taruk cili api..
tp tgn panas lah..tanam tak pernah menjadi. mak saya nk kasi rimbun selalu tgk dia siram air basuhan ikan je. segar bugar cili2 dia.
Salam Bundo :)
ReplyDeletewah ptg2 gini ada lemak tulang lembu...
Oh Hawa tak tanam pokok cuma yg ada pokok perhiasan jer spt pokok daun pandan berduri & money plant :)
Ah ha..selalu buat sup dgn kari jek tulang ni..
ReplyDeletenak try la wat masak lomak cili api peh ni..
mesti terangkattttttttt!hehe!
Betul kak...org sana suka makan dgn cili padi...rilex je diaorang gigit dgn tempe atau bala2(cekodok)..lama2 saya pun terikut kak...saya ppernah 5 thn di Bandung.
ReplyDeleteBestnya gulai akak :)
sedapnya kalau dapat merasa masak lomak ibundo ni..memang menyelerakan mkn tulang lembu dgn lemakx2nya sekali tu.:)
ReplyDeleteSalam Bundo sedap ni sedap ni.. pedulikan lemak yang melekat.. janji sedap.. pastu kita puasa yaa... :))
ReplyDeletemeriah betul nengok..bikin lapar je ni...nampak sedapp..sangat
ReplyDeletemmg nampak best... ni mesti air hidung smua kuar skali...janji sedap...
ReplyDeletemak saya, slalunya dia siram ngn air basuhan beras ngn air basuhan ikan...gumuk2 cilinya...